10 Cara Nak Sabar Layan Kerenah Anak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dalam rumahtangga, kehadiran cahaya mata merupakan pelengkap kehidupan. Tak seronok seandainya kemeriahan hidup berumahtangga tidak diserikan dengan telatah dan gelagat anak-anak yang 1001 macam kerenahnya. Gelak ketawa dan suka duka dalam sebuah keluarga makin terserlah dengan kehadiran cahaya mata. Namun tidak dinafikan juga, ada pasangan hidup yang selesa tanpa kehadiran anak-anak.

10 cara nak sabar layan kerenah anakGambar : Bila Si Dia Mula Menunjukkan Perangai

Mengimbau kembali kenangan dan pengalaman pertama menimang cahaya mata, sedikit sebanyak mengukirkan senyuman di raut wajah yang suci ini. Pengalaman pertama yang saban hari dirindui agar pengalaman sebegitu akan hadir lagi untuk kali kedua. Namun rezeki belum berpihak pada kami lagi. Apa yang mampu, berusaha dan teruskan berusaha untuk mendapatkan pengalaman kedua menimang cahaya mata tersebut. Hehe.

Pengalaman hidup membesarkan seorang anak yang kini telah menjangkau usia dua tahun 10 bulan begitu mencabar sekali. Kerenah dan gelagat nakalnya semakin menonjol sekarang ini. Kadang kala aku tak terlayan kerenah yang si anak tunjukkan. Ada masa aku pun akan naik hantu dan akan naik darah dengan kerenah yang ditunjukkan. Namun semua itu merupakan asam garam dalam hidup berkeluarga. Apa yang mampu aku lakukan, sabar dan terus bersabar dalam melayani setiap kerenah si anak.

Di bawah ini aku kongsikan cara nak sabar layan kerenah anak. Semua ini berpaksikan pada pengalaman aku selama 2 tahun 10 bulan ni. Hehe.

  1. Sentiasa ingat Allah apabila terdetik perasaan amarah pada si anak.
  2. Ambil wuduk apabila emosi marah sedang berada di puncak.
  3. Ingat dan sentiasa ingat. Anak adalah amanah yang paling besar yang diberikan untuk kita didik, jaga dan asuh. Bukan untuk kita pukul dan marah sesuka hati sahaja.
  4. Fikirkan pada perkara yang positif untuk setiap kerenah yang si anak tunjukkan.
  5. Sentiasa berpegang pada kata-kata like son like father. Kita dulu pun nakal juga. Kita dulu pun ada 1001 kerenahnya juga. Hilang sabar bila anak buat kerenah? Tepuk dada tanya selera.
  6. Jangan lekang dari berdoa kepada Allah supaya dikurniakan sikap sabar yang tinggi dalam diri kita.
  7. Redha dan pasrah atas kententuan yang diberikan Allah. Anggap ini semua ujian dari-Nya.
  8. Sila baca artikel yang bertajuk 5 Cara Menguatkan Sabar Ketika Ditimpa Susah.
  9. Setiap masalah yang ditunjukkan oleh si anak, tanganinya dengan penuh minat dan kesungguhan. Dengan cara ini, sedikit sebanyak ia dapat memupuk sifat sabar dalam diri aku.
  10. Harap korang semua sudi kongsikan cara-caranya di ruangan komen di bawah. Hehe

Untuk itu, daripada apa yang aku kongsikan di atas aku harap sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang sedang dalam dilema tu. Terima kasih juga kerana memaksa aku untuk menerbitkan artikel ni. Hehe.

cara nak sabar layan kerenah anakSusah juga sebenarnya nak terangkan dalam konteks yang lebih korang fahami…

p/s : Korang rasa artikel ni membantu ke tak?

50 thoughts on “10 Cara Nak Sabar Layan Kerenah Anak”

  1. Bagus artikel ni. Harap membantu dan memperingatkan diri ambe ni jugak. Thanks bro

    Satu jer, kalau jenis panas baran, kalau nak marah…cepat2 tinggalkan tempat kejadian…itu ajer…

    1. ha kalau saya punya angin sy akan berlalu jer pastu suami memujuk heee..begitu sebaliknya..kalu buat salah kami hukum dia heeee makna dia tahu kami marah syukur dia memahami 😉

  2. saya seorang yang lembut tapi dalam tetap tegas tapi tengok juga berapa kali di abuat benda yang sama heee..kalau mula, ketiga kelima sikap saya ok kalau geram saya gigit dia dan geletek dia..bab nak tinggikan suara tu sllu saya akan sebut nama dia panjang2 hee…dia tahu sebut nama dia pasti akan terkejut punya.. 😛

  3. Aku mendidik anak masih mengikut konsep tangan-tangankan anak. Sebagai guru aku dah banyak melihat kesan -ve dari didikan ibu bapa yang tidak pernah hendak pukul anak. Pukul anak biarlah niat kita untuk mengajar dan mendidik. Ini bagi mendidik anak kita. Jika lakukan kesalahan ada hukuman. Dan satu lagi jangan pukul anak masa marah. Konsep pukul anak lebih sesuai jika anak dah berumur 7 tahun ke atas dan kalau dah lebih 12 tahun berhenti pukul. Pukul anak juga bukan untuk menyakitkan, tapi untuk mendidik. Dan satu lagi. Jika mak marahkan anak, bapa jadi tukang pujuk dan memberi nasihat. Dan begitulah sebaliknya.Jangan dua2 marah. Nanti anak lari dari rumah. Ini cuma pendapat aku je. Boleh buat satu entri komen aku he..he..he..

    1. Wahhh panjang namun sarat dengan informasi..hehe..terima kasih bro..kasi cukup 300 perkataan mungkin saya akan buat satu artikel..haha..emm saya takut dan kesian nak tangankan anak..paling teruk pun saya akan marah dengan mulut aje..emm banyak lagi saya kena belajar bab mendidik anak ni..sekarang bila ibu marah, saya akan pujuk la..dan bila saya marah si ibu pula akan pujuk..kadang2 ada masa gak dua2 marah..hahaha

  4. Nak melayan kerenah anak-anak sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi… Lebih-lebih lagi nak melayan kerenah anak lelaki yang sedang membesar… Buat masa ini sedang dalam proses untuk melayan kerenah anak perempuan pula… 😉

    1. Hahaha..setuju dengan apa yang bro utarakan ni..mudah sikit nak suruh kita sabar kan..haha..terima kasih bro sudi kongsikan..blog bro dah lama saya tak jenguk..adoiii..masalah aje sekarang ni..huhu..dapat update blog pun dah kira beruntung sangat sekarang ni..

    1. Haha..dah tu bila nak tambah lagi?saya ada sorang jer..nak tunggu yang kedua ni..emm harap dipermudahkannya..hehe..seronok dapat tengok baby orang lain..rasa pulak nak bermain dan bergurau senda dengan baby..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *