10 Minit Pun Dah Cukup Sebenarnya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ok. Sepuluh minit pun dah cukup sebenarnya.

Aku ada masa 10 minit sahaja ni untuk menulis. Apa yang sempat aku tulis, itulah yang akan korang baca. Sepuluh minit masa yang ada ni sebenarnya sangat lama. Jika kita holdkan dulu jam itu daripada berdetik.

jam dinding

Sekadar Hiasan

Sampai esok pun masih belum berganjak. Betul???

Ok. Loya buruk sat.

Sepuluh minit yang ada, macam-macam hal kita boleh buat. Tapi banyak yang aku jumpa, asyik duk mengeluh aje.

“Alahhhh… Sepuluh minit je tinggal? Nak buat apa ni???”

“Mak aiiii.. 10 minit aje yang bagi masa.. Mana sempat nak buat apa-apa.”

Duk rilek pun macam tak cukup aje kan?

Ok. Aku rakus sangat duk taip cerita ni. Backspace pun tekan laju-laju aje. Maklum aje la. Aku ni seorang blogger. Tang menaip tu memang fail sikit bila taip laju dan pantas. Ofkos banyak typo.

Dulu masa zaman belajar memang akulah juara.

Mata tak tengok keyboard. Tengok kat monitor aje. Dan jari aku memang laju la duk taip. Tut.. Tat… Tut.. Tat…. Macam belangkas lajunya. Tapi sekarang ni bila dah berumur, dan kurang praktis, tangan dah tak ada pick up nya.

Kadang-kadang aku rasa bangga juga.

Zaman sekolah dulu, memang aku terer bab taip menaip ni. Kawan-kawan semua duk jeling, duk tenun tajam-tajam kat wajah aku ni.

Kisahnya macam ni…

Cikgu yang ajar komputer tu, dia bagi dua helai A4. Isinya penuh dengan tulisan. Pendek kata cerita dongeng zaman dulu kala.

Arahannya… Salin dah taip semula menggunakan Perisian Microsoft Office.

Tingggg!!!

Tak sampai 20 minit, aku dah siap. Complete tanpa ada Typing Error.

Masa tu aku pegang title anak emas. Tapi untuk kelas tusyen Computer sahaja.

Bangganya masa tu Tuhan sahaja yang tahu. Nak cerita kat mak, memang tak sampai hati rasanya. Tak tahu nak cerita macam mana. Maklum aje la.. Diorang bukan tahu bab computer masa tu. Sebut keyboard pun diorang ternganga-nganga.

Bila sebut mouse ataupun tikus, dia hairan pulak tu.

“Kelas tusyen komputer ada tikus??? Biasalah. Tempat tertutup macam tu memang tikus suka…”

Nya balas macam tu. Tensionnya… Tuhan aje yang tahu.

Start hari tu, aku dan mak dah tak ada cerita tentang computer. Haha.

Tamat….

Okeh. Dah cukup sepuluh minit punya cerita. Tak perlu ambil masa lama nak tulis cerita macam ni. 10 minit pun dah cukup sebenarnya. Haha.

Ok. Bai.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

16 thoughts on “10 Minit Pun Dah Cukup Sebenarnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge