10 Sebab Susah Nak Dapat Kerja Dengan Jobdirumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ok. Hari ini aku kongsikan 10 sebab kenapa susah sangat nak dapat kerja dengan jobdirumah.

Sebelum aku melangkah kepada perenggan yang seterusnya, pertama sekali aku nak pohon sejuta kemaafan. Mungkin artikel yang bakal korang bacakan ini dapat membunuh perasaan gembira, perasaan ceria dan sebagainya lagi. Mungkin juga selepas korang baca artikel ni, korang akan rasa marah, geram dan bengang pada aku. Ketidakpuasan hati korang selepas membaca artikel ni, aku harap halalkan aje. Sekiranya korang rasa tak sanggup nak baca artikel ni sampai habis, sila klik butang pangkah pada browser anda. Tak pun shutdown terus komputer tu.

10 sebab susah nak dapat kerja dengan jobdirumah

Haha. Macam menyampah jer kan statement di atas tu… Kan???

Ok. Artikel ini aku buat berpandukan kepada pengalaman hidup sendiri. Aku tahu bukan senang nak buat duit dengan Jobdirumah. Sebab tu sampai ke sudah aku belum berjaya menjana pendapatan dengan syarikat luar negara seperti oDesk, elance dan sebagainya lagi.

Di bawah ni aku senaraikan 10 Sebab Susah Nak Dapat Kerja Dengan Jobdirumah. Antaranya adalah :-

1. Malas membaca.

Kehidupan di dunia ini, sudah di tetapkan. Yang malas akan mundur dan yang rajin akan maju. Bukan hanya dalam soal kerja dengan Jobdirumah sahaja. Setiap aspek dalam kehidupan juga itu lah yang menjadi titik tolaknya. Malas itu adalah sikap semulajadi manusia. Dilayan jangan di lawan pun jangan. Untuk berjaya dengan Jobdirumah ni, aku kena kawal perasaan dan sikap malas ni.

panduan kerja jobdirumah
Inilah dia laman kepada panduan kerja jobdirumah…

Panduan kerja Jobdirumah yang disediakan bukan selalu di baca. Sedangkan dalam tu banyak ilmu yang boleh dijadikan rujukan untuk menjadi garis panduan apabila ingin memohon kerja dengan syarikat-syarikat tersebut. Panduan tu kalau dijadikan buku, rasanya berkulat macam tu jer.

2. Tidak berani untuk mencuba.

Setiap apa juga bidang yang diceburi, berani mencuba adalah satu cabang kejayaan. Sampai bila makan nak bersuap aje kan? Lama kelamaan jemu lah kita. Sampai masa kena belajar makan sendiri. Barulah hidup ni bertambah nikmat dengan pengalamannya. Kan?

3. Tidak melengkapkan syarat dengan syarikat terbabit.

Aku apply kerja dengan syarikat freelance, banyak yang aku tak lengkapkan syaratnya. Salah satunya portfolio dan resume. Langsung aku tak lengkapkan. Bab lain lagi lah. Sebab tu kalau korang nak berjaya mendapat kerja dengan syarikat freelancer, patuhilah apa yang telah ditetapkan.

Sama juga kongsepnya dengan temuduga. Paling teruk pun dalam bungkusan fail korang mesti ada resume kan? Kalau tak ada macam mana korang semua nak hadapi sesi temuduga tersebut. Dan perkara paling penting penemuduga akan tengok adalah resume. Nak mohon kerja kerajaan mahupun swasta, mesti kena hantarkan resume dahulu. Betul kan?

Sebab tu, sangat penting bagi korang untuk melengkapkan maklumat sebagaimana yang dipohon oleh majikan tersebut.

4. Lemahnya penguasaan Bahasa Inggeris.

Aku tahu, bab ni aku sangat gagl. Bahasa Inggeris aku sangat lemah. Tapi dalam lemahnya menguasai bahasa Inggeris, aku masih juga mampu memahami serba sedikit apa yang dikehendaki oleh syarikat yang menawarkan kerja tersebut. Kalau nak kira logik lah, kenapa aku apply kerja dengan syarikat Freelancer? Sedangkan aku tahu aku tahap penguasaan bahasa Inggeris sangat lemah. Sia-sia jer habiskan masa dengan semua ni. Jangan dijadikan alasan ini jika mahu berjaya menjana pendapatan secara online.

Lepas ni mngkin akan lebih banyak menggunakan google translates. Huhu.

5. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Ok. Aku suka sangat buat banyak kerja dalam satu masa. Maklumlah nak cepat dapat duit. Sedangkan aku silap. Dengan syarikat Freelancer belum sempurna lagi, dah mohon kerja dengan syarikat Elance. Tak ke gelojoh namanya tu. Akhirnya, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

6. Mudah putus asa.

Mudah putus asa. Sejujurnya aku akui. Aku memang mudah sangat berputus asa. Hari tu sekali dapat respon dari majikan yang ada dalam syarikat freelancer tu. Punya lah gembira masa tu sebab permohonan aku mendapat respon majikan. Aku mohon kerja typing, diberikan pula kerja menulis captcha kod. Hampir setengah jam aku duk hadap menda tu, akhirnya aku rasa boring. Kali kedua aku apply, pun dapat kerja yang sama.

Semua kerja yang diberikan aku tak siapkan dengan sempurna. Mungkinlah, ini semua hanya ujian dari majikan sahaja. Dan sehingga ke hari ni, aku tak apply sebarang kerja dari syarikat Freelancer mahupun syarikat Elance. Apa yang aku dapat rumuskan, selagai belum lengkapkan apa yang dipinta oleh syarikat terbabit, sampai bila pun susah untuk aku dapat kerja yang sesuai dengan apa yang dipohon. Dan apa yang menarik, halaman web mereka dah dikemaskini dengan paparan yang lebih kemas dengan penyusunan senarai kerja yang lebih tersusun dari sebelum ni. Huhu.

7. Kurang fahami istilah BID yang digunakan.

Dalam panduan kerja Jobdirumah tu, dah sebut dah. BID adalah istilah gantian untuk memohon kerja. Tidak perlu membayar untuk setiap BID yang di letakkan. Lepas aku baca balik panduan tu barulah aku tahu apa yang harus aku lakukan bila melakukan BID untuk sesuatu kerja.

Kepada yang belum fahami istilah BID tu, elok di baca panduan tersebut dengan teliti.

8. Tidak ambil peperiksaan sepertimana yang disyorkan.

Salah satu syarat yang dikenakan oleh syarikat freelancer adalah dengan menduduki ujian (Exam). Ia dapat meningkatkan lagi tahap keyakinan majikan serta tahap penilaian majikan kepada setiap pemohon kerja. Dengan cara ini, aku beranggapan bahawa majikan akan memberikan keutamaan kepada mereka yang telah menduduki exam. Tak faham apa yang aku terangkan? Dah sah korang belum pun mendaftar dengan syarikat Freelancer tu. Macam mana nak dapat kerja kalau tak daftar lagi. Kan?

exam dengan freelancer jobdirumahWalaupun berbayar namun ia satu pelaburan yang sangat bijak…

9. Kurang menjenguk dan mengadap laman web Freelancer.

Serius. Seminggu sekali susah nak jumpa aku bukak laman web Freelancer ni. Selepas aku bersikap putus asa hari tu, aku langsung tak ada mood nak bukak laman web freelancer ni. Nak cari kerja dalam syarikat ni, lagi lah. Memang kelaut sudah. Huhu. Mungkin lepas ni aku akan tumpukan semula pada laman web freelancer ni. Mencari dan mencari apa yang susah sangat nak dapat kerja dengan majikan tersebut.

Ada baiknya juga jika kita bersengkang mata menatap laman web tersebut. Cuba buat perbandingan profile korang dengan profile pencari kerja yang lain. Dan aku pasti, banyak yang perlu dikemaskini dan diperbaiki lagi agar profile tersebut nampak menyerlah di mata setiap majikan.

Susah??? Dah namanya kerja kan… Cer cerita sikit kerja apa yang senang…

10. Cukup dah tu.

Ok. Cukup dah tu. Banyak-banyak kan nanti muak pulak korang nak baca. Maklumlah aku ni banyak merepek dari berleter. Haha.

Kesimpulannya, apa yang dapat aku rumuskan adalah, bukan senang nak dapat kerja dengan syarikat freelancer ni. Lagipun aku bukannya ada sifu, ada mentor dan ada cikgu untuk dijadikan tempat rujukan. Belajar sendiri dengan pelbagai dugaan yang harus ditempuhi. Try & Error, itu lebih baik daripada tidak mencuba langsung.

 ” Kesilapan pertama itu sememangnya kesilapan. Kesilapan kedua, bukan lagi kesilapan tetapi pilihan. “

Sedikit sebanyak yang mampu aku kongsikan dengan korang semua. Aku tahu aku tak layak kongsikan semua ni. Aku bukanlah blogger popular yang menjana pendapatan beribu-ribu US Dollar dari syarikat Freelancer mahupun Jobdirumah itu sendiri. Apa yang ada hanyalah perkongsian daripada pengalaman semata-mata. Andai kata perkongsian ini ada baiknya, ambil dan jadikanlah ia panduan berguna. Andai kata ia perkongsian yang merepek, jadikanlah ia sempadan. Ok?

Kepada yang berminat untuk membaca panduan kerja Jobdirumah, sila klik pautan di bawah.

Klik aje >>> Panduan Kerja Jobdirumah Yang Lengkap

p/s : Agak panjang artikel ni. Harap terhibur dan selamat membaca. Hehe.

30 thoughts on “10 Sebab Susah Nak Dapat Kerja Dengan Jobdirumah”

  1. Tapi Titan, malas2 dia pun masyuk.. Hairan aku ngan dia.. Hahahaha.. tapi dia rajin, kalau tak mana dapat komisyen je.. Kena rajin buat kerja kata dia..

    belum ada masa yang terbaik nak join benda ni.. mungkin di lain masa..

  2. Komitmen sekarang ni banyak terarah ke benda lain. Tu yang buatkan saya rasa malas nak try jobdirumah ni. Tambahan pulak kena keluarkan bayaran, rasanya kena hold dulu benda ni. Rasa dah konfiden sangat nanti, baru kot saya try.

  3. Resume dan english test dekat Freelancer tue mmg penting. Macam mane nak buktikan kemampuan, skil yang ade kalau takde bukti. Aku pun tak kan pilih pekerja yang takde butiran lengkap.

  4. assalamualaikum En.Hafizul.. masih aktif lagi ke encik dengan freelencer?
    sy ada beberapa soalan nak tanye tentang freelencer.
    kenapa tiap kali bid project, portal freelencer mintak post contoh project y kite pernah buat pada hal kita kan new.. xde contoh project lg.. y k2, wajib ke amik exam walaupun sy cume apply copy past & data entry..ok itu shje soalannye….
    pecah kaca, pecah gelas,
    sudah baca, harap balas

    **** =) terima kasih.

    1. Dah tak aktif dah.. hehe.. salah register ni.. maybe register sebagai majikan.. bukan sebagai freelance.. register balik sebagai freelance yer..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *