2 Hari Blog Tak Update, Tetiba Dapat PR2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Lama aku tinggalkan Pondok Kecil ni. Tetamu pun macam biasa la. Bila dah tuan rumah tak adakan majlis makan dan santai, sedikit je la yang sudi singgah di halaman Pondok Kecil. Hehe. Tak apa la. Janji tetamu setia selalu jer singgah di Pondok Kecil. Terima kasih semua.

Setelah berjaya menang tempat pertama hadiah saguhati Top Up dari contest Cabaran SEO Eyriqazz vs Denaihati – Apa Kata Pondok Kecil? anjuran Jebeng Otai, aku menyepi seketika. Berangan apakah aku akan jadi juara pula untuk contest Eyriqazz vs Denaihati anjuran Eyriqazz.

Perasaan gembira terasa dihati bila diumumkan sebagai pemenang saguhati. Tak sangka dapat habuan juga Pondok Kecil walaupun entri yang dihasilkan tak la menarik sangat. Inilah yang dinamakan rezki. Membujur lalu melintang patah. Haha. Hajat dihati, duit tu nak simpan biar banyak sikit lepas tu aku nak anjurkan contest. InsyaAllah kalau ada rezeki tahun ni juga. Kalau tak ada rezki, bawa ke tahun depan. Hehe.

Sumber : Blog Jebeng Otai

Hari ni baru start buka halaman Pondok Kecil. Macam biasa aku tengok sebelah sidebar Pondok Kecil. Tengok apa-apa yang terbaru dari pemenang top komentor Pondok Kecil. Tetiba hati tertarik pada entri rakan kongsi aku, Budak Felda yang bertajuk PageRank 2 Sebulan Lebih Berblog. Aku pun apa lagi. Scroll mouse kebawah dan tengok PR Pondok Kecil. Wahhhh Pondok Kecil pun dapat PR2 jugak. Senyum tersengih jer nampak gigi rongak 2,3 batang. Perasaan ni gembira rasa macam nak melompat-lompat jer. Haha.

Tetiba terus teringat pada entri denaihati yang bertajuk Contest SEO faedah kepada penganjur dan peserta. Ada harapan la nak masuk contest ketiga anjuran Denaihati nanti. Hehe. Aku puas memikirkan apakah yang membuatkan Pondok Kecil dapat PR2. Adakah kerana rakan kongsi aku Budak Felda? Adakah kerana aku rajin update blog? Adakah aku tukar themes? Adakah… Adakah…

Sumber : Google

Emm malas dah aku fikir. Janji, PR2 Pondok Kecil, aku terima dengan hati terbuka dan penuh dengan kesyukuran. Hehe.

Sumber : Google

 

 

43 thoughts on “2 Hari Blog Tak Update, Tetiba Dapat PR2

    1. hafizul Post author

      emm tngu income dari blog masuk sikit lagi..nak buat sekarang,byk sgt dah contest yang besar2..kot yang kecik tak mendapat sambutan jer..hehe

      Reply
        1. hafizul Post author

          Kahkahkah….boleh jer nanti income blog pondok kecil boleh beli subaru ke, bmw 5s ke, baru boleh bagi hadiah contest mcm tu…ke gane??

          Reply
    1. hafizul Post author

      Emm tu la bro..tapi pondok kecil tak leh lawan blog budak felda lagi..mantap habis…hahaha..adakah kerana…………..????? BIARLAH RAHSIA…haha

      Reply
    1. hafizul Post author

      hehe..terima kasih bro..ni namanya rezeki kot..tu la pasal..ikut kata entri rakan blogger, google slap ni memang sakit..merudum traffic..huhu

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge