3 Destinasi Impian Aku Dan Keluarga

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Destinasi impian merupakan suatu tempat pilihan yang menjadi keutamaan kita untuk dilawati. Ianya juga merupakan satu tempat pilihan untuk berbulan madu. Ataupun dalam bahasa yang mudah korang fahami, tempat dan ruang untuk bermanja dengan isteri. Selepas tu dapat berita gembira yang korang bakal menjadi ibu dan ayah. Dah boleh faham kan? Haha.

3 destinasi impian

Sekadar gambar hiasan : Google Images

Kenapa tempat pilihan ataupun destinasi impian penting untuk berbulan madu?

  1. Jimatkan bajet. Dua perkara dalam satu masa. Berbulan madu dan melancong. Tak nampak sangat membazirnya.
  2. Ada privasi. Kalau kat rumah tak berapa nak privasi sangat. Tengah-tengah bermanja dengan isteri, ada orang datang. Tengah syok mandi dengan isteri, jiran sebelah rumah ketuk pintu.
  3. Mencari ketenangan dan kelainan suasana. Maklum aje la. Setiap hari sibuk aje kerjanya. Kadang-kadang tu nak “buat anak” pun tak lalu. Sebab dah jemu dengan suasana dan keadaan sekitar. Bila beralih kepada suasana baru, hormon-hormon “keganasan” itu wujud. Haha. Itu sebab kalau kita perhatikan. Mak mertua sibuk duk suruh honeymoon. Katanya cepat sikit dapat baby. Entah la. Bab ni aku tak berapa nak faham sangat kenapa disuruh buat perkara macam ni.
  4. Ada lagi. Malas nak kongsi. Kan mak cik belakang rumah baca, tak pasal-pasal ajak suami pergi honeymoon. Maklum aje la. Bila dah tua ni, kurang sikit aktiviti untuk bermanja dengan pasangan  masing-masing. Diajaknya pergi honeymoon, tepuk dahi suami yang berkedut tu. Haha.

Sebab itu pasangan yang baru berkahwin kebanyakannya akan melalui detik-detik manis berbulan madu. Kadang-kadang tu aku tengok dah menjadi perkara wajib. Asal kawin pergi honeymoon. Ada honeymoon jer, mesti baru kawin. Haha.

Tak salah sebenarnya. Dah korang mampu, pergi aje la. Yang tak mampu, jangan mengada-ngada nak pergi honeymoon jauh-jauh. Honeymoon kat rumah pun ok apa.

3 Destinasi Impian Aku

Destinasi impian tidak bermaksud tempat pilihan untuk berbulan madu sahaja. Ok. Aku malas nak mengarut sangat hari ni. 3 destinasi impian aku ialah :

1. Makkah

Ini ialah destinasi pilihan yang paling utama. Dah lama sangat aku menanam angan-angan nak pergi ke sini. Masih belum tiba giliran. Dan bukan aku sahaja yang menanam impian macam ni. Semua manusia yang beragama Islam sudah pastinya menanam impian untuk ke sini.

3 destinasi impian

Gambar : http://travelerarea.com/makkah-holly-city-muslims/

Buat masa sekarang, aku hanya perlu menunggu giliran sahaja. Dan sediakan duit yang mencukupi dalam akaun tabung haji. InsyaAllah. Pastinya akan jejakkan kaki ke sini juga. Cuma lambat dengan cepat aje.

Dan aku juga teringin sangat nak jejakkan kaki dan menunaikan ibadah di Masjidil Haram. Mesti korang tahu sebabnya kan? Jadi, aku malas nak hurai dah la.

2. Langkawi

Sebab aku nak pergi ke langkawi ialah :

  1. Bawa anak dan isteri naik feri.
    3 destinasi impian
  2. Nak peluk helang gergasi tu kemas-kemas.
  3. Nak bagi isteri stress sebab nak beli pinggan mangkuk tak boleh. Nak beli, guna duit sendiri. Haha.
  4. Nak beli dan bawa balik coklat Kisses banyak-banyak.
    3 destinasi impian

    Sedappp….

  5. Nak singgah kat HIG (Haji Ismail Group). Nak beli periuk ajaib. Boleh memasak pelbagai jenis makanan.
  6. Nak dating dengan isteri kat pekan kuah sambil bawa mangkuk yang besar. Serta sudu yang mencukupi untuk menceduk kuahnya. Haha. Jangan marah haaa. Gurau aje.
  7. Nak naik cable car. Yang ni aku paling suka. Mesti isteri peluk kuat-kuat sebab dia seorang yang gayat. Memang sweet giler part ni. Haha.
  8. Banyak lagi. Tapi cukup dah tu…

3. Jepun

3 destinasi impian

Ya. Aku dah jawabkan….

Tapi aku ada sedikit kelirunya. Adakah pertanyaan korang ni akan membawa berita gembira dalam hidup aku dan keluarga aku?

Masih confius…

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

61 thoughts on “3 Destinasi Impian Aku Dan Keluarga

    1. hafizul Post author

      Ehh makanan lain tak ada ke? Tapi dah lama sangat nak merasa sushi kat jepun ni..orang kata semuanya bahan-bahan mentah yang tak dimasak..segar bugar pulak tu..haha

      Reply
    1. hafizul Post author

      InsyaAllah..ha ah..sekarang ni pun saya sama jer..tak kan pergi berdua..kalau pergi, anak-anak mesti angkut sekali..haha..semoga kita berjaya sampai ke destinasi impian tersebut..

      Reply
    1. hafizul Post author

      Boleh pulak dia buat “eh”…hahaha..tula..lepas kawin, memang kena gunakan ruang dan peluang yang ada dengan sebaik-baiknya..bila dah ada anak, nak kena cari masa yang sesuai..yang paling sesuai, jam 3-6 pagi…hahahaha

      Reply
  1. Chii

    Terjebak bsar chii baca ke apa destinasi bulan made di pilih..heheh…
    Bg chii sendiri , masih x berkesempatan lg nk g bercuti bulan madu. Lokasi pilihan..langkawi..sma mc, PK..selain dpt beli coklat byk2..chii lum pernah je makan kaki kt situ..huhuh..tu yg teringin sgt g sana nnt klo ada kesempatan Dan rezeki
    Chii recently posted..Kembali setelah lama menghilangkan diriMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge