4 Tips Bermanja Dengan Suami

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

“Tips bermanja dengan suami?”

Suami merupakan insan yang agak penting untuk dijaga, dibelai dan ditatap dengan penuh kasih sayang. Isteri yang solehah dan baik pastinya akan mencuba untuk menjaga sebaik mungkin hati dan perasaan si suami. Tak nak suami terasa hati, merajuk, bermasam muka dan sebagainya lagi.

isteri nak bermanja dengan suamiGambar : Comic Isteri Nak Bermanja Dengan Suami

Oleh yang demikian, sebelum mendirikan rumah tangga, elok la belajar dulu bab nikah kawin ni. Belajar dulu adab dalam keluarga, adab dengan mertua, cara melayan suami dan sebagainya lagi agar kita siap sedia menghadapi segala macam perkara yang bakal berlaku selepas berkahwin nanti.

Aku dulu, masa nak kawin tak study banyak mana pun bab nikah kawin ni. Maklum aje lah. Excited punya pasal. Haha. Bila dikenangkan kembali memori tu, aku rasa macam bahagia sangat. So sweeeetttt. Hahaha.

Ok. Aku bukan nak cerita pengalaman ngeri kawin suatu masa dulu. Hari ni aku nak kongsikan 4 Tips Bermanja Dengan Suami. Antaranya ialah :-

Keadaan dan suasana

Para isteri, sebelum bermanja dengan suami tu, korang kena tengok juga emosi dia. Pastikan emosi suami stabil, dalam suasana yang tak stress, suami senyum aje dari pagi sampai petang dan sebagainya lagi. Tak kan masa suami tengah stress, korang nak bermanja kan?

Pewangi

Haruman yang segar lagi menggoda boleh memberikan lebih ruang selesa kepada suami dan isteri. Suasana yang mendamaikan dengan hidangan bau yang begitu seksi akan menambahkan lagi semangat yang ada dalam diri suami. Tak dinafikan, lelaki memang suka kepada bau yang harum dan agak menggoda.

Belailah

Tak dinafikan, suami sentiasa mengharapkan belaian isteri. Belailah rambut si suami ketika suami sedang menonton televisyen, sedang merehatkan diri dan sebagainya lagi. Secara tidak langsung, dengan sentuhan dan belaian ni, suami akan rasa disayangi dan rasa tersangat diperlukan. Haha.

Pujian

Memberikan suami pujian yang baik-baik pada penampilan diri seperti rambut, muka suami, pakaian dan sebagainya lagi yang berkaitan. Suami, bukan selalunya nampak kemas. Kan? Dulu masa sebelum kawin memang kemas, smart dan ensem sepanjang masa. Tapi lepas kawin, suami akan lebih selesa dalam keadaan yang kurang smart, kurang ensem dan kurang kemas. Ini dari pemerhatian aku la. Haha. Tak salah puji lebih-lebih suami ni. Biar hatinya gembira.

Ok. Dah cukup dah 4 tips untuk korang jadikan panduan. Banyak lagi sebenarnya. Tapi aku rasa cukup dah tu. Lagi pun, bab ni, korang semua dah pandai explore sendiri. Kan?

tips bermanja dengan suamiJenuh gak aku fikirkan tips ni….

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

62 thoughts on “4 Tips Bermanja Dengan Suami

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge