5 Perkara Yang Suami Tak Kisah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dalam kehidupan berumahtangga, kadang kala kita terlepas pandang beberapa perkara yang ada pada suami sendiri. Bagi mereka yang baru melangkah ke alam perkahwinan pastinya akan mengambil masa untuk saling kenal mengenali.

pemandangan

Sekadar gambar hiasan : Gambar pemandangan

Walaupun hampir 10 tahun menjalinkan hubungan cinta, namun kita selaku wanita tidak mampu untuk mengenali siapakah pakwe kita yang sebenarnya. Apabila telah menjalani kehidupan berumahtangga, barulah kita mengenalinya dengan lebih rapat lagi.

Dan tidak mustahil kiranya timbul persoalan yang meragukan.

“Ehh betul ke suami aku ni. Dulu tak macam ni….”

Jangan pelik dan jangan hairan. Sudah menjadi kebiasaaan buat pasangan yang baru berkahwin. Tidak terkecuali juga pada mereka yang dah lama mendirikan rumahtangga. Kesimpulannya, manusia boleh berubah. Dan manusia akan berubah. Kemanakah perubahan itu, dan apakah motif perubahan itu, hanya tuan punya badan sahaja yang mampu menjawabnya.

Haha.

Berbalik kepada tajuk, aku nak kongsikan berkenaan dengan 5 perkara yang suami tak kisah selepas kawin.

1. Pakaian

Selepas kawin, kebanyakan suami tak kisah sangat dengan apa yang mereka pakaikan. Asalkan pakaian tersebut elok, bersih dan selesa dipakai. Kalau pakaian itu untuk bergaya, aku rasa jauh panggan dari bara. Sebabnya dah ramai yang aku jumpa. Rupa ada. Gaya kelaut. Tetapi isteri dah tiga. Dan nak masuk empat dah.

2. Makan

Bukan orang lain. Aku sendiri pun kadang kala tak memilih sangat bab makan ni. Nasi berlaukkan ikan kering pun dah cukup baik. Asalkan perut kenyang. Tetapi isteri yang tak sanggup tengok suami dia makan macam ni. Tu sebab dimasaknya sedap-sedap. Sampaikan cepat perut encik suami membesar.

3. Ungkapan keramat “I Love U… I Miss U…”

Kalau sebelum kawin, ungkapan ni selalu diluahkan oleh pakwe-pakwe. Tetapi selepas kawin, ungkapan tu hilang entah kemana. Sebulan sekali suami nak cakap “I Love U” pun susah. Sedangkan pada isteri, dia senantiasa dahagakan ayat-ayat keramat macam ni. Kalau boleh nak suami luahkan setiap hari. Tetapi, ada aku kesah? Tak ada kan? Haha.

4. Perut boroi

Ada lelaki kisah. Ada lelaki tak kesah pun. Tetapi kebanyakan lelaki yang aku jumpa memang tak kesah dengan perut yang semakin maju ke depan.

“Ehh due date ni bila? Kau dulu atau isteri yang dulu?”

“Ehh lainnya kau sekarang ekk. Perut dah semakin maju…”

“Buncitnya perut… Kau makan nasi atau telan dengan periuk sekali???”

Dan banyak lagi celoteh daripada mereka yang belum kawin. Semuanya disambut baik dengan hati yang gembira. Dan senyum senantiasa. Langsung tak kisah dengan apa yang mereka miliki. Haha.

5. Tarikh penting

Hari jadi anak, hari jadi isteri, memang akan terlepasnya. Sebelum kawin, lelaki yang terlebih over dengan tarikh-tarikh penting macam ni. Maklum ajelah. Kalau dah makwe merajuk, memang susah la nak pujuk. Silap haribulan, kita bukanlah pilihan dia pun. Haha.

Tetapi selepas kawin, aku dah tak kesah akan tarikh-tarikh penting macam ni. Biasanya isteri yang tolong ingatkan. Tarikh yang tidak pernah kita lupa ialah tarikh perlawanan bola pasukan pilihan. Dan satu lagi. Tarikh gaji. Haha.

Dan banyak lagi sebenarnya. Apa yang terlintas difikiran, itulah yang aku tuliskan. Dan kepada isteri yang solehah, sila kenal perangai dan pe’el suami masing-masing. Agar bahagia senantiasa mengiringi bahtera rumahtangga kita.

Ok. Sekian dulu celoteh aku hari ni. Haha.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

28 thoughts on “5 Perkara Yang Suami Tak Kisah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge