7 Manfaat Daripada Bajet 2013 Yang Akan Aku Rasai

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bajet 2013 telah pun melabuhkan tirainya dan dibentangkan pada Jumaat, 28 September 2012. Bajet 2013 dibentangkan oleh YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak di Dewan Rakyat mengukirkan senyuman pada seluruh rakyat Malaysia khasnya pada mereka yang nasibnya terbela. Tujuan entri berkenaan bajet 2013 ini ditulis adalah kerana ingin berkongsi apakah keistimewaan aku akan perolehi yang berkaitan dengan kandungan bajet 2013 ini. Sesuai dengan temanya iaitu memakmur negara, mensejahtera rakyat : sebuah janji ditepati.

bajet2013

Bajet 2013 – Bantuan Rakyat 1Malaysia ( BR1M 2.0 )

Bajet 2013 memperuntukkan RM 3 billion untuk 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang yang mana pembayaran akan dibuat pada awal tahun 2013. Dalam bajet 2013, kerajaan mengumumkan bahawa pendaftaran bagi pemohon baru boleh dibuat pada bulan November 2012 secara atas talian atau melalui kaunter di Pejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara.

Bajet 2013 – Mewujud Kejiranan yang Selamat dan Harmoni

Bajet 2013 memperuntukkan RM 591 juta untuk melaksanakan beberapa langkah untuk mengurangkan jenayah di bawah inisiatif NKRA. Antara langkah-langkah yang akan dilaksanakan dalam tahun 2013 adalah :-

a. Menambah bilangan anggota polis.

b. Unit rondaan motosikal akan ditubuhkan.

c. Menambahkan ahli Pasukan Sukarelawan Polis.

d. Kuantiti bilangan Kamera Litar Tertutup ( CCTV ) akan ditambah.

Bajet 2013 – Pembukaan Klinik 1Malaysia

Bajet 2013 memperuntukkan RM 20 juta untuk menambah 70 buah klinik 1Malaysia. Kerajaan juga akan menyediakan perkhidmatan ujian kolesterol dan glukosa serta ujian urin kepada mereka yang memerlukan. Menurut sumber yang boleh dipercayai, masa menunggu untuk mendapatkan rawatan di klinik 1Malaysia lebih cepat berbanding di hospital kerajaan.

Bajet 2013 – Perumahan Untuk Rakyat

Bajet 2013 memperuntukkan RM 1.9 bilion untuk membina 123 ribu unit rumah dengan harga berpatutan di kawasan-kawasan strategik. Inisiatif ini akan dilaksanakan oleh PR1MA, Syarikat Perumahan Nasional Berhad (SPNB) dan Jabatan Perumahan Negara.

Skim Rumah Pertamaku yang telah dilancarkan melalui bajet yang lalu, akan ditambah baik dengan meningkatkan had pendapatan peminjam perseorangan daripada 3,000 ringgit kepada 5,000 ringgit sebulan atau 10,000 ringgit sebulan bagi pinjaman bersama suami isteri.

Bajet 2013 – Mempermudah Ibadah Haji

Mereka yang mencarum di KWSP kini boleh mengeluarkan wang simpanan dari akaun 2 untuk menampung kekurangan kos tambang. Inisiatif ini terhad kepada jemaah muassasah (pergi dengan cara biasa tiada pakej) dengan maksimum pengeluaran sehingga 3 ribu ringgit.

[quote style=”1″] ” Amalan Haji adalah satu amalan di dalam syariat Islam yang mengandungi latihan menahan nafsu bersyahwat, menjauhi kemewahan hidup, meningkat tinggi dengan kekuatan jiwa, serta mengadap bulat-bulat kepada Allah ‘Azza wa jalla..” ” Apa saja yang dibelanjakan oleh seseorang di dalam perjalanan ini hendaklah dibelanjakan dengan senang hati. Dan apa sahaja kehilangan nyawa atau harta yang dialami hendaklah ditanggung dengan kesabaran, kerana Haji yang sedemikian adalah tanda-tanda haji kita diterima oleh Allah.”[/quote] – Mutiara Kata, Imam Al-Ghazali

Bajet 2013 – Pusat Internet 1Malaysia

Bajet 2013 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) memperuntukkan sebanyak RM 150 juta untuk menyediakan kelengkapn komputer dan jalur lebar untuk setiap pusat internet 1Malaysia. Kerajaan akan menubuhkan 100 buah pusat di kawasan perumahan rakyat di kawasan bandar.

Bajet 2013 – Perumahan untuk generasi baru FELDA

Bajet 2013 Felda akan melaksana dan menyiapkan projek perumahan generasi baru sebanyak 20,000 unit untuk tempoh lima tahun di atas 5,000 ekar tanah dalam kawasan Felda. Di samping itu, Felda telah memperuntukkan sebanyak RM 60 juta bagi membaiki rumah-rumah kampung tradisi di sekitar rancangan. Felda juga akan berbelanja sebanyak RM 100 juta/tahun untuk program pendidikan dan latihan kemahiran serta biasiswa kepada 5,000 anak generasi baru di mana 2,000 orang dari jumlah ini adalah terdiri dari anak-anak dari luar Felda.

Secara kesimpulannya, banyak juga faedah yang akan aku perolehi daripada bajet 2013 ni. Terima kasih PM atas bajet yang penuh prihatin ni. Semoga Malaysia terus berjaya di persada dunia.

Sumber : Bajet 2013, Laman treasury.gov.my.

p/s : Bajet 2013, apa yang korang akan dapat?

23 thoughts on “7 Manfaat Daripada Bajet 2013 Yang Akan Aku Rasai”

  1. sebetulnya bajet 2013 ni memang memberi banyak manafaat jangkamasa pendek. Jika diteliti ia sebenarnya akan memakan diri juga.

    Terlalu banyak perkara yang ada dlm bajet 2012 dan 2011 disisebut semula dalam bajet kali ni sedangkan ia tak sempurna atau tidak dilaksanakan langsung dlm bajet 2012 dan 2011.

    1. Ooo mcm tu ke cikgu…saya tak tahu la pulak..sebab sebelum ni tak pernah baca lagi bajet seperti mana untuk bajet 2013..terima kasih atas pemberitahuan ini..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *