Abang Ensem di Mata Aku

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Entri ni aku tulis bukan sekadar untuk menyertai contest yang dianjurkan oleh Abang Ensem, tapi penulisan aku ni berunsurkan kejujuran dan keikhlasan. Siapa Abang Ensem di mata aku? Aku sendiri pun belum pernah bersua muka. Terjah blog beliau pun baru sekali dua. So, gambaran yang aku dapat pasal beliau hanyalah dari penulisan beliau dan rakan blogger yang lain. Nak tahu serba sedikit biodata beliau, boleh jer baca dekat blog beliau. Tak cukup di situ, baca pulak di sini. Kalau nak tahu lebih mendalam lagi, follow beliau di twitter dan facebook.

Peace!!!

Pernah juga terbaca sedikit ulasan tentang beliau dalam entri blog Denaihati yang bertajuk Penangan SEO Dalam Pemasaran Produk. Bak kata pepatah, ” manusia mati meninggalkan nama, harimau mati meninggalkan belang “. Abang Ensem terkenal dengan penulisan beliau dalam hal-hal yang berkaitan dengan hartanah. Penulisan beliau boleh memberi gambaran jelas kepada mereka yang masih mentah dalam bidang hartanah.

Seminar Hartanah Untuk Semua - Sumber Blog Ariffshah

Apabila mereka membaca ebook yang ditulis oleh Abang Ensem, sekurang-kurangnya mereka dapat panduan dari mengelakkan berlakunya kerugian dalam pelaburan yang mana melibatkan hartanah. Bila sahaja cerita blogger berkenaan dengan hartanah, mesti diselitkan juga profile Abang Ensem ni. Kalau tak bagi cerita panjang tentang beliau, nama pun sudah memadai.

Ebook AE di blog sharinginfoz

Aku betul-betul belum mengenali bagaimana sikap Abang Ensem, latar belakang keluarga Abang Ensem, dan segalanya berkenaan dengan Abang Ensem. Dan segalanya berubah apabila aku mula membaca satu entri ni yang mana entri ni sedikit sebanyak memberi aku gambaran kasar tentang beliau.

Abang Ensem Rancak Duk Bincang Hal Seminar - Sumber Blog Ariffshah

Wahh baru aku kenal dengan terperinci lagi siapa Abang Ensem ni. Rupanya beliau bukan dari keturunan orang berada. Sebab bila pertama kali aku melihat muka Abang Ensem (melalui gambar), aku rasa Abang Ensem orang kaya dan berasal dari keluarga berada. Maklum la kan tak semua orang berani menceburkan diri dalam bidang hartanah jika tiada modal yang tebal.

Yang menarik perhatian aku, Abang Ensem ni sudah ada aset yang mampu memberi pulangan yang berterusan. Bila agaknya aku nak jadi macam Abang Ensem ye. Entri yang bertajuk Belajar Pelaburan Hartanah Bersama Abang Ensem ditulis oleh Ariffshah telah memberi gambaran kasar siapa itu Abang Ensem.

Abang Ensem Ke Utara - Seminar Hartanah

Sambil-sambil tulis entri ni, aku buat sikit kajian dengan pakcik Google berkenaan tajuk ebook yang telah diterbitkan oleh Abang Ensem. Ternyata ebook yang dihasilkan Abang Ensem bukan sebarangan ebook, tapi ebook yang mendapat perhatian Search Engine Google. Ebook yang bertajuk Tips Mudah Lulus Pinjaman, Rahsia Jutawan Hartanah Terbongkar telah berada pada halaman pertama Google.

Kelebihan apabila sesuatu perkara berada pada halaman pertama Google, bagi aku ia boleh meningkatkan lagi kebolehpercayaan sesuatu produk kepada pengguna alam maya dan alam nyata khasnya. Wahh ini bermakna ebook Abang Ensem telah mendapat perhatian umum la ni.

p/s : Semoga Abang Ensem Success Selalu. Aminnn.

17 thoughts on “Abang Ensem di Mata Aku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge