Adakah Ini Artikel Yang Santai?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Entah kenapa malam ni aku rasa nak karang artikel macam ni. Sempena bulan Ramadan ini, kadang kala seronok juga kongsikan artikel yang santai macam ni. Mungkin artikel ini bakal mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia khasnya pengguna perkhidmatan internet di seluruh dunia. Tinggi harapan aku. Besar impian aku. Memandangkan kekasih hati Alexa mungkin sedang merajuk sakan, makanya aku terpaksa lakukan sesuatu.

artikel yang santai

Beberapa hari ni, rangking Alexa statik aje. Tak turun tak naik. Runsing aku dibuatnya. Tak apalah mungkin tengah berehat untuk berjuang ke arah yang lebih baik. InsyaAllah.

Korang sehingga ke hari ni dah berapa kali tengok cerita Anakku Sazali? Walaupun dah banyak kali aku melihatnya, namun perasaan puas belum mampu menguasai diri. Malam ni aku berkesempatan untuk melihat cerita Anakku Sazali. Banyak pengajaran yang dapat dijadikan iktibar dalam meniti hari-hari indah bersama keluarga tersayang.

Dalam memberi kasih mesra kepada si anak, janganlah kita terlampau sangat. Salah dan silap yang si anak lakukan haruslah ditegur dengan cara yang betul. Janganlah sesekali menyebelahi setiap kesalahan yang si anak lakukan. Kemewahan dalam hidup, janganlah disalah ertikan. Akibatnya nanti akan jadilah sepertimana kisah dalam cerita Anakku Sazali. Ya Allah. Jadikanlah si anak ini, orang-orang yang soleh dan taat akan perintah-Mu. Aminnn.

ajar-anak-jadi-baik-2

Kredit : Tips – Jadi Anak Yang Baik

Lagu yang bertajuk Tiada Kata Secantik Bahasa betul-betul menusuk kalbu. Nyanyian penyanyi lagenda sepanjang zaman memang tiada gantinya. Walaupun lagu tersebut telah dihidupkan semula oleh kumpulan monoloque, namun rasanya tetap tak sama. Emm kadang kala terlintas juga difikiran. Kalau aku dianugerahkan suara merdu macam tu, agak-agaknya korang nak beli tak album pertama aku? Haha.

Tiada kata secantik bahasa
Untuk ku puji adinda
Tiada gambar secantik lukisan
Nak ku tunjuk perasaanOhhh…
Dinda puspa gemala mengharum jiwa
hmmmm….
Dinda puspa gemala mestika kanda

Namun musim berubah suasana bertukar
Tapi ikatan mesra sikit pun takkan longgar
Tiada kata secantik bahasa untuk kupuji adinda

Mesti seronok kalau nyanyikan untuk isteri. Lagu khas sempena sambutan ulangtahun perkahwinan pun menarik juga. Bagi yang tak ada idea sambutan ulangtahun perkahwinan, lagu ni mungkin sesuai kot. Perghhh kena pula penari tu anak-anak korang. Lagi mantap sambutan ulangtahun perkahwinan korang tu. Kan? Haha. Mungkin aku juga boleh cuba idea ni. Maklumlah aku bukan jenis romantik sangat. Bermulut manis jauh sekali. Sekali sekala buat kejutan macam ni, terbeliak gak mata isteri aku nanti. Haha.

p/s : Semoga korang terhibur membaca artikel yang santai dan kosong maknanya ni. Hehe.

75 thoughts on “Adakah Ini Artikel Yang Santai?

    1. hafizul Post author

      Haha..segan lah nak nyanyi..nanti kot dikatakan saya ni buang tebiat pulak…hahaha..nanti ulangtahun boleh nak cuba nih..haha

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge