Adat Kehidupan Macam Ni Lah…

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kehidupan adalah sebuah roda yang teguh berpusing di atas paksinya sendiri. Makhluk yang bernama manusia mempunyai sebuah kehidupan yang begitu sempurna daripada makhluk-makhluk yang lain. Ada masanya, pusingan roda itu akan tergelincir daripada paksi dan landasan yang sepatutnya. Begitulah kehidupan kita manusia sejagat. Ada masa kita akan tergelincir daripada landasan yang betul. Dan setiap kali kehidupan kita terbabas, akan ada insan yang hadir membantu.

adat kehidupan macam ni lah disamping telatah anak tersayang

Entah mengapa dan entah bagaimana. Malam ini hati begitu terusik sekali. Mungkin kepenatan yang singgah menguji. Mungkin juga hasutan nafsu yang sukar untuk dikawal selia dengan baik. Adat kehidupan memang macam ni. Kan? Ada masa kita kalah, ada masa kita menang. Tidak selalunya kita akan berada di tangga kemenangan. Sekali sekala, kenalah rasainya juga apa itu yang dipanggil nikmat kekalahan.

Kehadiran blog Pondok Kecil dalam kehidupan aku sekarang ini sedikit sebanyak memberikan aku satu gambaran kehidupan yang baru. Ia mengajar aku betapa pentingnya usaha gigih dalam merialisasikan impian yang dibina. Ia juga mengajar aku untuk tidak mudah berputus asa dalam apa jua dugaan yang menimpa. Apa yang aku rasa dan alami bersama blog Pondok Kecil sedikit sebanyak memberikan aku kekuatan untuk menempuh dunia blog yang kejam dan penuh kegelapan.

Kehidupan aku bersama blog Pondok Kecil sekarang ini agak baik. Dan apa yang aku harapkan, blog Pondok Kecil akan berjaya suatu masa nanti walaupun hakikatnya, aku tak tahu macam mana caranya untuk mengejar kejayaan tersebut.

Adat kehidupan macam ni lah…

  1. Ada masa kita mudah terasa hati disebabkan oleh sesuatu perkara yang remeh-temeh.
  2. Ada masa kita akan senyum gembira pada suatu perkara yang betul-betul menyakitkan hati kita.
  3. Ada masa kita akan cuba untuk ketawa walaupun saat itu kita sedang berduka.
  4. Ada masa kita akan lakukan yang terbaik walaupun kita sedar kita memang terbaik di antara yang terbaik.
  5. Ada masa kita akan cuba buatkan orang lain tersenyum walaupun kita tahu orang akan menyampah bila melihat wajah kita.
  6. Ada masa kita akan buat sesuatu untuk dihargai walaupun kita tahu orang itu tidak kenal erti menghargai.
  7. Ada masa kita buatkan juga apa yang diarahkan walaupun sebenarnya hati kita susah untuk menerima arahan sesiapa pun.
  8. Ada masa hati kita terasa ada taman bunga walaupun hakikatnya penampilan kita menggambarkan seorang ketua kongsi gelap seluruh malaya.
  9. Ada masa kita perlu nyatakan pendapat kita juga walaupun kita tahu betapa tidak logiknya pendapat yang akan kita utara itu.
  10. Ada masa aku ceritakan lagi.

Walau apa pun yang kita rasa saat ini, ingatlah. Kita sebenarnya bertuah sebab dianugerahkan kehidupan sebegini. Jangan sesekali merungut atas perkara yang menimpa. Alahhh. Hidup di dunia ni, hanya sementara sahaja. Nak runsing apa nya?

“Bang!!! Masuk tidur. Sudah-sudah la berangan tepi Pondok Kecil tu.”

Suara isteri membantutkan akal fikiran aku yang kreatif ni. Dah. Esok aku karang cerita lain pulak yer.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

47 thoughts on “Adat Kehidupan Macam Ni Lah…

    1. hafizul Post author

      EMm terima kasih bro atas kata-kata yang bersemangat tu..sebagai hambanya yang taat, susah senang hidup ni, harus dilalui dengan rasa rendah diri..kan?

      Reply
    1. hafizul Post author

      Hehe..kacau daun ke?saje je nak kacau sikit..hahaha..betul tu..hidup selagi mampu kita teruskan..haha..kalau tak mampu, kita duk diam aje lahh..haha

      Reply
  1. Pingback: Aku Yang Berdosa - Pondok Kecil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge