Akaun Twitter Bermasalah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni, aku ada bukak emel. Check kot ada komisen Jobdirumah yang masuk. Yer la. Aku dah tak sabar nak belikan buku yang Aqif Azizan punya tu. Tak mahal pun harganya. RM37 untuk sebuah ebook yang sarat dengan ilmu tentang buat duit dengan menulis. Nampaknya kena tunggu lah sari dua lagi. Tak pun sebulan dua lagi baru leh belikan ebook tersebut.

ebook aqif azizanHa… Ebook ni laaa. Ebook ni laaa…

“Bro, beli pakai duit gaji aje la”

Ok. Duit gaji aku kan, nak makan hari-hari pun tak lepas. Ni kan pula nak buat modal beli buku tersebut. Haha.

Pertama sekali, aku ingin mohon maaf buat mereka yang terlibat. Aku tak tahu, kenapa jadi lagu ni. Yang aku tahu, aku dah lama tak login akaun Twitter, dan lama juga tak cari Follower. Setakat share artikel di Twitter, tu pun pakai butang Share It yang terdapat di halaman blog.

Jahanam akaun twitter akuOk. Harap puas hati dengan statement aku tu yer…

Lepas tu, ada pulak emel yang Twitter hantar. Antara kandungannya berbunyi :-

Jahanam akaun twitter aku

Kelmarin lagi aku rasa pelik dengan akaun Twitter aku ni. Tapi aku buat bodoh aje la. Yer la. Mana aku tahu menda ni boleh menyebabkan akaun Twitter aku bermasalah. Haha.

Hari ni, aku dah masukkan password baru. Dan aku harap tak kan berlaku lagi perkara semacam ni lagi. Dan kepada mereka yang senasib dengan saudara MK Kimi, aku mintak maaf yer.

jahanam akaun twitter akuOk. Dah beres dahhh..

Aku tak ada niat pun nak kacau daun akaun Twitter korang yang aman lagi mendamaikan tu. Ye? Haha.

Ok. Harap korang semua jelas.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

56 thoughts on “Akaun Twitter Bermasalah

    1. hafizul Post author

      Hehe..ye ke?saya tak pernah lagi kena macam ni..emm kepada yang dah ada pengalaman macam akak, tak kesah la..kalau orang tak tahu, dia kata saya ni buat aktiviti SPAM pulak..hahaha

      Reply
    1. hafizul Post author

      Emm ok bro..terima kasih atas nasihatnya..emm ebook tu masih belum cukup modal lagi nak beli..hehe..bro oyat gini, makin tak sabar rasanya nak beli ebook tu..hehe

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge