Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bulan puasa merupakan bulan untuk mengeratkan silaturahim diantara satu sama lain. Bulan puasa adalah bulan untuk mendidik hawa nafsu supaya tidak terjebak daripada melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa dan juga perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa.

Bila sampai pertengahan bulan puasa ni, teringat kawan lama dengan ceritanya. Sebuah cerita yang dikongsikan oleh kawan baik sendiri. Pengalaman yang sudah tentu sukar untuk dilalui oleh mereka pasangan yang bercinta.
Alkisahnya bermula apabila mereka seringkali berjumpa dan berselisih bahu di pusat membeli belah yang dirahsiakan namanya. Haha.
Kawan aku tu seorang lelaki. Namanya Abu. Bercinta pula dengan seorang perempuan yang agak cantik bernama Siti.
Walaupun Abu telah berkahwin, namun nafsu gatal dan miang seorang lelaki tidak kemana juga. Dengan sengaja mereka telah menjalinkan hubungan cinta yang terlarang. Terlarang kerana hubungan itu tanpa restu dan keizinan dari isteri Abu. Duk couple aje hampir 3 bulan. Nikahnya tak.
Bertuah sangatttt kalau korang dapat suami macam si Abu. Haha.
Pertengahan cerita, mereka terpaksa berpisah kerana Abu sedar bahawasanya cinta terlarang ini tidak kemana juga. Sedar akan hubungan mereka tidak berpenghujungi, akhirnya Abu nekad membuat keputusan. Lagipun, dia tidak sanggup untuk menanggung risiko andainya rahsia mereka terbongkar suatu masa nanti.
Sayang akan keluarga, Abu nekad untuk berpisah dengan Siti tatkala kemanisan cinta baru tercipta.
Siti tidak rela untuk menerima keputusan tersebut. Apa yang diputuskan oleh Abu dianggap gila dan tidak berperikemanusiaan. Dituduhnya Abu dengan pelbagai tuduhan. Hakikatnya diorang sama-sama gatai, sama-sama galak. Bak kata pepatah “bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi”. Sukar untuk menerima keputusan tersebut seumpama “habis madu sepah dibuang”.
Giler kau. Siapa yang nak sepah tanpa madu???
Aku pendekkan cerita kerana kisah mereka berdua agak panjang untuk dikongsikan di sini.
Punyalah keras hati Siti untuk menerima keputusan tersebut. Walhal mereka sekadar keluar berdatim di kedai-kedai makan sahaja. Pekena ABC semangkuk dua dan sembang dua tiga jam. Itu aje.
“Siti masih DARA. Tetapi kenapa Siti sukar melepaskan aku???”
Ujar Abu yang agak kecewa.
“Abu… CINTA seorang wanita sangat SETIA”
Aku cuba menenangkan hati Abu.
“Abu… Pandai makan, pandai simpan.. Berani buat, berani tanggung…”
Aku cuba mengawal emosi Abu daripada terus merasa tertekan. Alhamdulillah. Nasihat daripada pakar kaunseling yang tidak bertauliah amat memberi kesan yang positif.
Semua masalah boleh diatasi dengan syarat :
- Berani untuk jujur.
- Perempuan itu lembut. Kawal mereka dengan kelembutan.
- Jangan lari daripada masalah.
Kesimpulan…
- Hargailah isteri sendiri. Zaman couple sayangnya ketat-ketat. Pas kawin longgar pulak dah. Apa cerita kan?
- Buruknya isteri dimata kita dek hasutan pendusta. Yang cantik, nampak buruk. Yang buruk nampak cantik. So, janganlah sesekali termakan tipu dayanya.
- Dialah isteri, dialah kekasih, dialah kawan dialah segala-galanya bagi kita. Selepas 10 tahun kawin, dia bukan lagi sesiapa dihati kita. Kenapa yang haram juga kita cari?
- Nak kongsi kasih dan sayang dengan wanita lain boleh. Tak salah pun. Tapi kena pastikan dahulu. Halalkan yang haram itu.
- Pandai guna pandailah simpan.
Jadi, jangan suka sangat meniru perangai Abu yang tak agak miang ni. Tirulah perangai aku yang agak setia ni. Sebulan sekali request dengan Isteri nak kawin lagi. Haha.
p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.
kalau rasa itu jodoh mengapa tidak nikah sahaja..
boleh berpoligami dengan syarat adil dan mampu zahir serta batin..
cuma cinta begitu perlu dimuhasabah agar bukan kerana nafsu tetapi kerana anugerah Allah untuk hambaNya yang terpilih..
Yup..terima kasih bro atas pandangan dan kata-kata nasihat ni…
bro ada hajat ke?..
kalau ada sila teruskan kerana berpoligami boleh mendekatkan hambaNya kepada Sang Pencipta..
In shaa Allah
Biarlah sekadar angan-angan je bro…tahu tanggungjawab susah nak pikul tu..hehe
ni citer hal sendiri ke bro? heheheh
Ehhh cerita daripada pemerhatian ni bro..haha
nasihat rumahtangga yang simple tapi bermakna. sesuailah untuk saya yang akan berkahwin tahun depan.
InsyaAllah.. Semoga mendapat manfaatnya…
Sebelum khawin memang macam tu la. Godaan dia bukan main kuat. Bila dah khawin, dah dapat…. mulalah nak cari yg lain. Sebab tu kena latih jaga pandangan mata. huhu. Dah khawin ni kena byk jaga mata.
Yup..si penghasut dan si pendengki sentiasa ada… haha
jangan silap mengatal-gatal..
nanti makin parah pulak..haha
Haha.. betul tu bro.. itulah.. ambil cermin, cermin diri tu lama-lama..hehe..
yela tu setiap bulan request nak kahwin.
kang bini baca nanti..tidur luaq hari-hari. haha
Haha… Haha.. Dia dah lama tak baca.. Kalau dia baca, mesti akan ada ayat berbaur sindiran.. haha
kalau dah terlarang mmg takkan lama
yup.. betul tu.. hehe
Eloklah putuskan cinta terlarang ni…. Kalau nak jadikan secara HALAL, be a gentleman…. Kalau setakat nak gei-geli jer, baiklupakan terus…
Yup..be a gentleman la.. Emmm kalau tak serius, jangan cari nahas.. hehe
Rasa macam boleh buat novel ni. Buat drama pun boleh sangat ni. hehe
Hahaha.. Harapnya ada lah mata yang memerhati.. Dapat duit poket buleh sejuta dua pun dah ok.. Hahahaha
Kadang2 perempuan jugak yang buat hal.. yang cari suami orang tu dah kenapa.. dah pupus ke lelaki bujang kat dunia nie.. hmmm
Emmm itu lah.. Kalau ditegurkan dia bagi seribu satu alasan..
Alhamdulillah, yang benar datang akhirnya.
Haha.. alhamdulillahhh…
Kisah ada kena mengena dengan yag hidup ya PK?ke rekaan ja nih
Rekaan daripada pemerhatian aje.. kalau ada kena mengena itu dah kebetulan namanya..haha
kena ingat juga. .syaitan kiri dan kanan 24 jam nak meruntuhkan rumah tanga dgn seribu satu cara…..
cuma bulan puasa nie diaorg kena jail dari kerja2 tu. heee
Betul tu bro.. setan kena jail.. tapi jiwa kita susah nak bentuk juga.. hebat kesan peninggalan setan ni..
Satu sudah memadai, ye dok? hihi
Ha ah.. satu pun dah tak terjaga.. nak tambah buat apa.. cari nahas namanya..haha