Aku Bukan Sifu

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ya…

Aku bukan Sifu yang boleh korang bangga-banggakan. Aku juga bukan cikgu yang boleh korang pinta ilmu sedalam-dalamnya. Aku hanya insan biasa yang mampu memberi ilmu sekadar termampu. Hanya sekadar apa yang terpahat ruangan dada.

Sekadar hiasan : Google images

Sekadar hiasan : Google images

Tidak mampu untuk memberikan ilmu yang melangkaui batas sebagai seorang pensyarah. Tidak mampu menyediakan bahan rujukan sebagaimana yang dibekalkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia.

Harap maklum….

Ilmu merangkumi aspek yang meluas. Ilmu tidak lengkap sekiranya dipelajari dalam bab teori sahaja tanpa adanya bahagian untuk dipraktiskan ilmu tersebut. Teori, praktis dan pengalaman merupakan pelengkap terhadap ilmu yang dipelajari.

Aku kata korang malas cari ilmu, nanti korang sentap tak tentu hala. Aku kata korang anak manja, korang nafikan sedalam-dalamnya. Serba serbi tak kena bila aku buat kesimpulan sendiri.

anak-manja

Beb…

Nak cari jawapan 1+1 senang jer. Kalau korang tanya aku pun, aku mesti jawab dengan bangganya. Tapi kalau korang tanya aku, kenapa jawapannya 2? Bukan 3, 4 ataupun 10?

Aku nak jawab apa beb? Aku sendiri pun tak pernah nak selongkar kenapa 1+1=2. Sebab ilmu yang aku ada, cukup untuk menjawab persoalan 1+1 sahaja. Tidak terperinci sebagaimana yang korang inginkan.

Lagi satu, kenapa korang nak nafikan bila aku kata korang anak manja?

Sedangkan korang nak ilmu, korang malas untuk belajar sendiri. Malas pergi sekolah. Aku juga yang kena suapkan. Aku juga yang kena masak, kena cari bahan untuk masak, kena adun bahan tersebut agar kena dengan selera korang.

Apa ni beb???

Hanya anak manja sahaja yang reti buat perangai pelik macam tu.

Beb…. Dunia sekarang dah moden. Semuanya yang korang nak, ada dihujung jari je. Pakai telefon canggih-canggih. Pelan data boleh tahan besar GB nya. Tapi nak cari “perkara senang” itupun korang dah bising ekk. Semua nak bersuap, berat nanang la orang ganu kate.

Alih-alih korang kata aku kedekut ilmu???

Aku bukan kedekut ilmu. Tapi aku nak tengok sejauh mana korang usaha untuk mendapatkan ilmu tersebut. Tak ada maknanya kalau aku nak kedekut bab ilmu ni. Bukan boleh jadi genius pun kalau aku simpankan aje ilmu yang aku ada.

Kecuali dengan Isteri sendiri. Memang aku kedekut sikit. Itupun ada sebab yang susah orang lain nak fahami. Termasuk isteri sendiri.

Hanya aku sahaja yang mengetahui kenapa aku kedekut dengan isteri sendiri. Haha.

Aku sendiri pun tak faham dengan manusia zaman sekarang. Dunia dah semakin maju. Ekonomi semakin bertaraf tinggi. Tapi fikiran……………

Aku bukan nak mengadu, bukan nak luah perasaan di blog. Banyak hal lagi yang lebih penting yang boleh aku buat.

Tapi aku terpaksa buat artikel macam ni beb. Semata-mata untuk mengemaskini artikel di blog Pondok Kecil. Aku dah buntu cari ideal beb. Dan buntu sangat dah ni. Ini aje yang ada. Haha.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

23 thoughts on “Aku Bukan Sifu

    1. hafizul Post author

      Hahaha.. terima kasih atas sokongan.. Itulah nak keep on writing tu agak susah sekarang ni.. entah la. Mood malas semakin menebal ni.. Tak pe.. Kawin dua punya cerita tu menyampah kadang-kadang aje.. Tak selalu menyampah kan? Hahaha

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge