Aku Cabut Gigi Kacip Anak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sebenarnya…

Bukan senang untuk menjadi seorang ayah yang berstatus “HERO” dihati anak-anak. Menjadikan diri sebagai IDOLA yang boleh bertahta dihati anak bukan semudah yang disangka. Banyak pengorbanan yang harus dilakukan. Kiri, kanan, atas dan bawah semuanya harus dijaga agar tidak mengotori keperibadian seorang idola.

wanna be hero
Gambar : http://abuikhwan.blogspot.my/2011/02/qudwah-atau-idola-mana-satu-pilihan.html

Betul tak?

Beberapa hari yang lepas terpaksa beranikan diri untuk mencabut gigi kacip anak sulong. Pertama kali dalam hidup berhadapan dengan masalah ni. Takut dan gerun, itu sudah menjadi perkara biasa.

Kadang-kadang aku tak berapa nak faham dengan diri sendiri. Adakala dia punya berani sampai tahap dewa tingginya. Ada masa datang ketakutan ibarat berhadapan dengan hantu raya.

Gementar dan gerun walaupun berhadapan dengan situasi kecil macam ni.

Cabut gigi anak je kot…

Bukan menda yang serius. Lagipun gigi dah bergoyang. Tak perlu bius ubat dan tak perlu khidmat mereka yang pakar. Just goyang dengan penuh kelembutan. Tolak depan, tolak belakang. Nah tercabutlah akhirnya…

Alahhhh macam tak biasa men goyang-goyang kan?

Tapi serius la. Dia punya gerun boleh rasa di dada ni.

Demi ego yang ada, aku terpaksa menjadi manusia yang berpura-pura.

Tension weh kalau bini sound, “Abang ni laki ke pempuan???”

Nak tak nak, aku memang kena pikul tugas tu dengan penuh sifat keberanian. Selepas beberapa minit bertarung, akhirnya….

gigi-kacip

Tercabut juga gigi kacip anak sulong.

Tapi….

Apabila aku tilik balik gigi tu, aku rasa sesuatu yang tak munasabah berlaku.

“Mana akar gigi ni??? Tertinggal dalam gusi ke???”

Tetiba jadi panik. Aku cekah mulut anak luas-luas. Aku tenun dalam-dalam. Aku perhatikan…

Tak ada langsung kelibat akar gigi sebagaimana gigi aku yang dicabut oleh doktor gigi tahun lepas.

Panik punya pasal…

“Ehhh gigi ni memang tak ada akar ekkk…”

“Tak ada…. Nanti dia tumbuh gigi kekal barulah ada akarnya…”

Cehhhh… Patutla. Aku cari tak jumpa akarnya. Rupanya tak ada.

Dan malam tu, banggalah aku untuk seketika. Jadi HERO dapat cabut gigi anak dengan jayanya. Dan kepada mereka yang masih belum ada pengalaman macam ni, sila jangan panik.

Gigi kacip memang tak ada akar sebagaimana gigi orang dewasa. Harap maklum.

[quote cite=”Wikipedia” url=”https://ms.wikipedia.org/wiki/Gigi_kacip”]Gigi kacip (juga dikenali sebagai gigi acip dan insisor) merupakan jenis gigi pertama yang tumbuh dalam mamalia heterodon. Gigi acip terletak pada pramaksila di rahang atas, dan mandibel di rahang bawah.[/quote]

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

22 thoughts on “Aku Cabut Gigi Kacip Anak”

  1. Tahniah… Saya baru lepas bawa anak kedua saya adam cabut gigi dekat klinik kerajaan… Ada 2 gigi dah goyang… Bersebelahan pulak tu… Kemudian ada satu gigi dah berlubang… Disebabkan tak nak ambil sebarang risiko, saya bawa anak saya ke klinik gigi… Akhirnya doktor buat keputusan cabut kedua-dua gigi yang dah goyang tu… Dan yang berlubang tu sambung minggu depan… Syukur Alhamdulillah….

  2. Anak saya langsung tak bagi pegang gigi dia yang dah goyang sangat..seb baik satu pagi tuh, dia bangun tido dan tunjukkan gigi yg dah tercabut pada saya….kalau lah dia tertelan…hmmm…..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *