Blog Ciktom.com

Aku, Cik Tom dan Alexa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Blog Ciktom.comEntri ni ditulis bagi melayakkan Pondok Kecil untuk menyertai satu contest / giveaway yang dianjurkan oleh Cik Tom – Gadis Tomato sempena ulang tahun perkahwinan blog beliau. Macam biasa la semangat Pondok Kecil untuk menyertai contest memang tidak dinafikan. Sertai contest ini juga adalah satu cabang untuk mengeratkan silaturahim sesama rakan blogger.

Syarat untuk memasuki giveaway Cik Tom ni adalah :-

1. Wajib buat satu post entri berkaitan giveaways ini untuk melayakkan penyertaan anda. Tajuk entri adalah bebas.

Dah buat dah. Seperti perenggan diatas.

2. Dalam entri, sila nyatakan dari mana permulaan korang kenal blog ciktom samaada blogwalking, google search, first time kenal untuk join giveaways ataupun mana2 je.

Ok. Permulaan aku kenal blog Cik Tom adalah melalui blogwalking ke dalam blog rakan blogger yang lain. Seingatan aku blog puanbee. Tapi aku lupa dah dimana kah entri blog puanbee yang boleh membawa aku kepada blog Cik Tom. Semasa aku galok gatal buat blog dulu, aku tak terfikir pun yang aku akan terjebak ke dalam blog Cik Tom seperti mana hari ini.

Dulu aku tak tahu pun ada orang yang suka sangat akan tomato sampai boleh buat nama blog “Cik Tom” singkatan dari Tomato. Memang kreatif. Aku ingatkan kegemaran dan persepsi orang pada tomato sekadar pada makanan sahaja. Tapi Cik Tom lain sikit. Hehe.

Ntah kenapa Cik Tom suka sangat akan tomato. Menda seakan bulat, color merah dan hijau. Apa yang menarik ekk?? Haha. Maybe untuk kesihatan kot. Apa-apa je la Cik Tom asalkan Cik Tom bahagia. Disamping tomato kegemarannya, Cik Tom juga ada menyimpan satu perasaan. Perasaan cinta pada si cilik bewarna keemasan.

Rasa tertarik juga untuk mempunyai minat seperti Cik Tom. Dan bila aku baca entri yang bertajuk Cik Tom Pilih Emas Sebagai Simpanan Masa Depan, makin kuat perasaan aku untuk jatuh cinta pada si cilik bewarna keemasan itu. No money no talk la bab ni. Hehe.

Agak lama juga untuk aku setia dengan blog Cik Tom. Sampai lah satu masa bila timbulnya contest Eyriqazz Vs Denaihati, aku dah mula terkenan akan blog Cik Tom. Terkenan kerana di saat itu, blog Cik Tom berada pada ranking pertama page Google. Selepas itu, aku terus follow blog Cik Tom.

Ditambah pula dengan keperihatinan Cik Tom berkenaan dengan komen beliau di makan spam, makin kuat la deria aku untuk terus melekat pada setiap paparan entri blog Cik Tom.

Cik Tom, terima kasih yer

Sape tak terharu kan. Bila blog picisan macam ni ada juga orang yang ambil peduli kan. Hehe. Lagi terharu bila ramai yang sudi melawat dan tinggalkan komen mereka di setiap entri Pondok Kecil. Terima kasih. Korang semua memang terbaik!!! Alamak, air apa yang menitik di keyboard ni??? Ha??? Air mata aku??? Terharu giler rasa bila cerita bab2 dihargai ni.

Dah-dah tak nak sedih-sedih. Kan suram pulak contest ni. Hehe.

3. Nyatakan artikel mana yang korang rasa terbaik di blog korang sendiri berserta link dan sebab kenapa korang suka artikel tersebut. Korang buat entri santai2 promosi blog korang ye.

Ok. Bahagian ni yang aku suka ni. Sebabnya aku boleh melalut apa sahaja dan tak ada kaitan dengan privasi orang lain. Hehe. Sebanyak-banyak entri dalam Pondok Kecil, entri yang bertajuk Pondok Kecil Seusia 63 Hari telah bertakhta di hati aku. Dengan usia yang masih muda remaja, banyak yang telah aku pelajari. Orang kata umur baru masuk pra sekolah, tapi skop belajar dah masuk SPM. Haha. Bab-bab SEO, aku masih gagal lagi. Tak apa la. Lain tahun aku belaja lagi yer.

Dalam entri pilihan aku ni, aku suka tengok graf peningkatan traffic, yang tak mampu aku aku tafsirkan. Kenapa naik mengejut sampai macam tu sekali. Tapi masa turun, dia buat gaya cat walk pulak. Haiya. Stress jugak aku tengok. Rasa nak masuk dalam laptop, nak tarik jer graf tu biar traffic sentiasa tinggi.

Traffic Pondok Kecil

Kenangan ni. Kurang-kurang aku ada bukti yang boleh dibangga-banggakan. Sampai saat entri ni ditulis, aku masih lagi tak mampu mencari punca kenapa boleh terjadi macam ni. Mungkin ini perkara biasa dalam arena blogging. Tapi bagi aku, ini dah dikira sebagai perkara luar biasa.

Dengan usia yang masih mentah lagi, aku amat tertarik dengan ranking Alexa Pondok Kecil. Setiap minggu menunjukkan angka penurunan jer. Dan ini sekaligus membuatkan hati aku bertambah sayang pada themes ni. Takut juga sebenarnya untuk tukar themes. Kan tak pasal-pasal ranking Alexa naik 500k balik sama sewaktu mula-mula aku daftar akaun Alexa.

Aku dah la tak pandai bab-bab edit themes ni. Kan jadi perkara yang tak di ingini naya aku. Baru la tidur tak lena, makan tak kenyang, mandi tak basah. Adoiii pening-pening.

4. Tidak dibenarkan guna blog contest. Entri mesti dibuat di blog utama.

Iya Cik Tom. Blog Pondok Kecil blog utama. ada segala bagai cerita. Sukan ada, makanan orang kampung ada, ikan bakar ada, hal-hal keluarga pun ada, hal komputer sikit-sikit, perumpamaan peribahasa jarang-jarang, teknologi kadang-kadang dan banyak lagi la Cik Tom.

5. Tarikh tutup giveaway ialah 31 Ogos 2012 dan mungkin lagi awal bergantung pada budi bicara cik tom.

Haha. Saat entri ni di tulis, tinggal 12 hari jer lagi. Nasib sempat buat karangan. Kalau tak kena reject dah. Tak merasa la backlink free. Haha. 

Kalau di ikutkan banyak lagi masa sebelum tibanya tarikh tu. Bagi mereka yang belum join, masih sempat lagi untuk mencari ideal yang kreatif-kreatif. Harap-harap dapat la backlink free. Kan Cik Tom? Hehe.

Akhir sekali,

Setiap penyertaan perlu masukkan di akhir artikel; “Artikel ini penyertaan bagi giveaway Cik Tom ditaja oleh JebengOtai, Papa Mifz, Amna, Kak MahhDania Eryati, Onlajer, NazriHatiputera, EielaRina Avail, Akhiyy, HafizulPuanbee dan KeretaHitam.”

53 thoughts on “Aku, Cik Tom dan Alexa

    1. hafizul Post author

      Hahahahaha..terima kasih cikgu hairul..sy tak perasan..ingatkan ni bulan Ogos dah..Terima kasih banyak-banyak atas pembetulan tu…

      Reply
    1. hafizul Post author

      hehe..terima kasih bro…aku nak dapatkan backlink free jer disamping nk eratkan silaturahim..harap ada la rezki utk aku dapat backlink tu..

      Reply
    1. hafizul Post author

      wahhh statement yang menyeronokkan nih..terima kasih bro…tanpa support bro, sape la aku kan..tanpa support rakan blogger tak mungkin pondok kecil terus utuh dipersada blogging..hahaha..terima kasih banyak-banyak..opss selamat berpuasa buat hafiz dan keluarga…

      Reply
    1. hafizul Post author

      hahaha..tu la pasal puanbee..mujur jugak cikgu hairul tegur..kalau tak,duk mcm tu la sampai bila-bila..terima kasih puanbee naa..buat susah2 jer habaq guod luck..haha

      Reply
    1. hafizul Post author

      haha..biasa la excited nak sambut raya sampai tersyasur ke bulan ogos..ni kes ingat duit raya tak prepare lg la ni..adoiii…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge