Aku Dah Penat

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni aku rasa susah.

Hari ni aku rasa tak aman dek suasana dan keadaan kerja seharian.

Hari ni fikiran aku bercelaru sangat. Buat itu tak kena. Buat ini tak kena.

Hari ni aku rasa nak memulakan sesuatu yang baru.

aku dah penat dan ingin buat sesuatu yang baruKredit : Google Images

Hari ni aku rasa macam nak berhenti kerja. Tapi aku sekarang ini dalam dilema. Keputusan macam mana yang harus diambil.

Nak berhenti kerja, bila-bila masa pun boleh. Nak buat surat berhenti kerja, tak sampai lima minit dah boleh siap. Dah boleh print, sign dan masukkan dalam sampul. Hantar pada majikan. Namun semua itu hakikatnya sangat merumitkan. Tambahan pula, aku sebagai manusia yang hidup sederhana dan bergantung rezeki pada satu sumber sahaja. Memang merumitkan.

Tekanan kerja, tekanan di tempat kerja, masalah dalam berkomunikasi, dalam pergaulan, memang menuntut untuk aku terus membuat keputusan, aku nak berhenti kerja. Memang betul, rezeki Allah ni luas. Selama kita hidup ni, sampai hari ni, berapa banyak sumber rezeki yang kita dapat? Tepuk dada tanya selera. Satu sumber sahaja? Dua sumber ataupun seribu satu sumber?

Rezeki Allah sangat luas. Memang tidak dinafikan. Namun untuk mendapatkan rezeki kita yang luas tu, banyak mana usaha yang kita laburkan? Rezeki tak datang bergolek. Bak kata pujangga, membujur lalu melintang patah. Ehh betul ke kata-kata tu? Kadang-kadang kita selaku manusia ni, bila dah ada satu sumber yang mencukupi untuk menampung kos sara hidup, kita akan berikan tumpuan pada satu sumber itu sahaja.

Dan lain pula bagi orang kebanyakan seperti aku. Satu sumber, gaji kerja hakiki memang tak cukup. Dah la gaji tak cukup, tak dapat menampung kos sara hidup sekeluarga, kerja pula dalam mood tension aje. Mana tahan weh!!! Ibarat kata, kerja dalam keadaan terpaksa. Bukan dalam keadaan sukarela. Nikmatnya langsung tak ada. Setahun dua, ok lagi kot.

Dah masuk tahun ke tiga, keempat, memang memaksa aku untuk mencari sumber pendapatan yang lain. Sumber pendapatan yang sudah pastinya dalam lingkungan kerja dalam suasana kerja yang aku suka. Aku percaya, ramai yang dah alami suasana dan keadaan sama seperti aku. Dan korang pun buntu macam aku juga kan? Mana nak cari sumber kewangan lain, mana nak dapat kerja yang sejiwa sekarang ni? Dan pelbagai lagi soalan yang bermain di fikiran.

Oleh sebab dan faktor-faktor yang aku nyatakan di atas, pada pertengahan tahun 2012, aku mula mencorak langkah ke dunia baru. Dunia blog yang kejam dan penuh kegelapan.

Ya. Awal tahun 2013, aku mula nampak sumber kewangan dari blog. Sumber yang aku rasa aku boleh hidup dengan blog. Semangat aku dalam dunia blogging tidak pernah kenal erti putus asa. Tidak pernah kenal erti jemu. Walaupun kadang-kadang tu aku rasa fed up dan rasa penat yang teramat sangat. Namun disebabkan oleh perkara yang aku suka, semua itu aku jadikan pemangkin semangat untuk berjaya menjana pendapatan dengan blog. Siapa tak gembirakan? Dapat menjana pendapatan pertama dari program Affiliate.

Aku sangat bersyukur kerana terjebak dengan program Affiliate. Program yang mana sumber kewangannya tidak terbatas. Setiap hari akan ada duit masuk. Setiap saat akan ada bersama kita sebatang kail dan sedikit umpan. Kita pancing ikan tersebut untuk dijadikan lauk seharian. Rajin kita memancing ikan, makanya hasil yang kita perolehi juga banyak.

Tak macam kerja sekarang. Rajin ke, malas ke, tiap-tiap bulan gaji banyak tu jer. Aku cakapkan macam tu sebab pengalaman. Pengalaman mendewasakan. Bukan nak merungut pada rezeki yang ada sekarang ni, cuma nak luahkan apa yang terbuku selama ni. Cukup la. Orang pandai guna jer, tapi tak pandai nak hargai. Ada masa hati yang elok rupanya akan berkecai juga dek sikap tak pandai nak menghargai. Kan?

Bab kerja ni, kalau aku nak ulas, memang tak kan habis sampai bila-bila. Dah la aku penat dah dengan semua ni. Aku dah penat kerja jadi KULI. Aku dah penat kerja MAKAN HATI. Aku dah penat kerja MACAM ROBOT. Aku dah penat kerja di HUJUNG TELUNJUK. Sekarang aku cuba bina empayar aku sendiri. Aku cuba untuk mencari dimanakan rezeki aku sebenarnya.

Dan sampai sekarang, aku masih lagi berjaya menjana pendapatan dari Program Affiliate. Cuma masih belum berjaya menjadikan sumber itu hidup secara konsisten. Apa sumbernya? Betul korang nak tahu?

Nahhh sumbernya –>> Program Affiliate Jobdirumah.

aku rindukan saat komisen job dirumah

Korang berminat untuk menambah pendapatan sampingan ataupun nak jadikan ia sumber pendapatan utama, sila baca dan buat keputusan. Melalui komisen Jobdirumah yang aku dapat, aku percaya. Ia boleh menjana pendapatan sampingan ataupun pendapatan tetap. Cuma satu jer masalah aku sekarang. Nak dapatkan kerja dari syarikat yang ada di laman Jobdirumah tu susah sikit.

Salah satu kelemahan paling ketara yang aku ada adalah :-

  1. Aku tak banyak masa lapang yang ada.
  2. Aku bahasa Inggeris, fail. Dapat 8G SPM.

Daripada masalah yang aku sebutkan diatas, aku ambil langkah mudah. Aku sertai program Affiliate Jobdirumah. Untuk berjaya dalam dunia Affiliate ni, salah satu jalan yang korang harus ada adalah dengan memiliki ……………RAHSIA…………………. Aku cerita di lain masa.

Dahhh aku tak nak merepek lagi. Dua hari tinggal blog, hari ni panjang pulak artikel aku. Kan nanti jemu pulak korang.

p/s : Sila baca perlahan-lahan. Jangan gopoh-gapah dan semoga terhibur. Hehe.

51 thoughts on “Aku Dah Penat”

  1. Apa yang akau alamai, akupun alami…cuma engkau dapat juga komisen. Macam aku ini lama dah tak dapat komisen daripada jobdirumah…rasanyalah dekat dengan 1/2 tahun. Umpan yang aku letakkan tidak mengena…umpan basi kot.

  2. Tak nafi, apa yg deme rasa, ambe jugak rasanya…

    cuma “ketakutan” dalam diri yg ambe sendiri belum mampu tewaskan menghadkan usaha..lemah ambe ni….huhu

    moga deme kuatkan semangat tambah produk utk direview….moga bertambah sumber pendapatan!

    1. Hehe..biasa lah tu..bila dah terdesak mcm ni, hilang lah sikap takut tu..bro lemah ke?haha..lemah dalam diam aje..kan?terima kasih bro..isnyaAllah..nak cuba Affiliate yang lain pula..terima kasih juga selalu berikan sokongan moral untuk saya dan pondok kecil..

    1. Emm betul tu bro..perkara paling penting, masalah duit belanja dulu kena utamakan..andai blogging dah boleh berikan kita sumber kewangan yang boleh mencukupi, insyaAllah..saya tak teragak-agak untuk berhenti kerja..hehe

  3. gua penat, tapi gua terus bersabar, nak berhenti kerja? erk ada kontrak la pula. Tapi kalau part time wat job dirumah mungkin boleh. Ada juga side income dari menganga je kat ofis ni. Tapi paling tak best kerja kat sini, internet totally blocked, susah la nak merayau.

    1. Emm susah gak macam tu..kena prepare broadband lah kan mcm tu..emm kontrak bagus sikit kot dari sambilan macam kerja saya sekarang ni..kalau ikutkan hati memang dah lama nak berhenti..tapi fikirkan keluarga, pendamkan dulu niat murni tu..hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *