Aku Jatuh Cinta Lagi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Fuhhh… Lama giler aku tak update blog. Rasa kekok semacam bila nak menaip. Dan kisahnya terpaksa aku habiskan beberapa jam untuk membelek artikel-artikel lama dalam Pondok Kecil. Semata-mata nak dapatkan kembali rentak menulis sebagaimana dua, tiga tahun yang lalu.

Kuntuman bunga cinta…. Snap dekat rumah Mak Cik punya awek comel…

Serius beb. Kekoknya susah nak cerita dengan kata-kata. Hanya mereka yang mengalaminya sahaja yang mampu merasai. Namun, aku masih lagi gembira kerana skill menaip tanpa melihat keyboard masih dikuasi dengan jayanya.

Langsung tak rasa lembab dan typing is clear. Haha. Inilah kelebihan menjadi keyboard writer. Setakat nak taip 1000 patah perkataan tu tak sampai setengah jam boleh siap. Nampak tak “kebisaan” kemahiran yang aku ada ni. Jadi, kalau korang rasa nak upah aku untuk job menaip, sila PM yer.

Malas PM, boleh whatsApp. Nombor telefon aku korang simpan lagi kan? Kan?

Tapi satu jer yang aku hairan bila dah lama tak login WordPress ni. Lagu mana nak buat “JUSTIFY” text? Dah tak ada button justify. Jenuh dah aku duk cari alik atas ni. Yang ada cuma kiri, kanan dan tengah. Ke aku yang tak jumpa ataupun memang fungsi “JUSTIFY” dah tak wujud dalam wordpress?

Celah mana “JUSTIFY” text berada?

Ohhh lama giler aku tak login wordpress. Rasa macam tersisih dan disisihkan oleh wordpress je ni.

Tapi tak mengapalah. Asalkan skill menaip tanpa melihat keyboard masih berjaya dikuasai.

Banyak perkara yang berlaku dalam bulan September ni. Ada yang sedih, ada yang duka, ada yang sengsara, ada yang derita sampai tak boleh berkata-kata. Walau apa pun situasi yang dialami, selaku manusia yang normal, hadaplah ujian itu dengan hati yang redha.

Dan setiap yang berlaku, ada hikmahnya. Sedar ataupun tak, kehidupan seharian semakin tenat. Macam-macam hal yang berlaku. Jadi, segala cerita yang wujud dizaman ini, tapislah dengan akal fikiran yang waras. Jangan terima dengan hati yang terbuka. Kalau rasanya pahit, mana mungkin jadi manis. Melainkan ada rasuah dari gula melaka. Ataupun gula halus.

Yang manis pula, tak kan merasa masinnya jika tidak disuap dengan garam yang secukupnya.

Haha. Betul tak?

Jadi, aku nak tanya korang yang duk pakai wordpress tu.

Adakah fungsi “JUSTIFY” text telah tiada ataupun aku yang cari tak jumpa?

Sila bantu agar mood untuk menulis dihari esok akan bersinar secerah mentari. Haha. Serius. Aku rasa tak best dengan keadaan text macam ni. Aku lebih gemar “JUSTIFY” text.

Oh ya. Tang tajuk “Aku Jatuh Cinta Lagi” tu sebenarnya keyword ya. Keyword untuk apa? Biarlah rahsia.

Okeh?

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

16 thoughts on “Aku Jatuh Cinta Lagi

  1. jalan jalan

    tahniah telah menemukan cinta lagi, cinta menulis cinta berblog, pondok kecil ini dah punya reputasi tinggal mengembalikan kejayaan bahkan kalau bisa seperti tuan AHMADFAIDZAL AK ENCIK TITAN yang berjaya dalam afiliasi
    jalan jalan recently posted..Resep Saus CakueMy Profile

    Reply
    1. hafizul Post author

      Ya. Ya.. Tuan Ahmad Faizal memang idola saya semenjak buat blog lagi.. Tapi itulah.. Sekarang macam mood ada tak ok.. Sekarang cuba mengembalikan semangat menulis…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge