Aku & Promoter Jam Tangan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Fuhhhhhh….

Lama giler aku tinggalkan blog Pondok Kecil. Celik mata pagi kelmarin dah masuk bulan Mei rupanya. Ingatkan bulan Mac lagi. Haha. Rasanya la. Semalam baru habis bulan Januari. Ohhh sekejapnya masa berlalu. Tut-tut-tut dah nak puasa. Pas tu raya. Pas tu masuk tahun 2018.

Sekadar hiasan : Google Images

Sekadar hiasan : Google Images

Tahun silih berganti selari dengan peredaran masa. Antara sedar ke tak, ekonomi sekarang semakin lama semakin tidak menyenangkan jiwa. Kalau ikutkan perubahan ekonomi sekarang ni, dah rasa semacam. Bak kata pepatah, yang miskin makin miskin, yang kaya makin kaya. Haha.

Kaya ke, miskin ke, tak ada beza pun. Semua tu pangkat dan darjat aje. Yang tak kekal sampai bila-bila. Jadi kaya pun susah. Jadi miskin pun susah. Masing-masing ada kelemahan dan kekurangan.

Apa yang penting, kita enjoy dengan hidup kita. Gembira dan bahagia sepanjang masa. Betul tak?

Kadang-kadang aku jeles dengan korang semua. Melancong sana-sini. Makan sedap-sedap. Duit berkepuk. Siap boleh bazirkan sana sini. Tapi aku tak mampu nak buat macam korang buat. Aku sedar siapa aku. Tapi biarlah rahsia. Malas nak cerita. Kan aku cerita korang gelak pula.

Haha…

Alhamdulillah. Aku bahagia dan gembira dengan kehidupan aku sekarang ni. Walaupun duit tak berkepuk, tapi hati selalu senang.

Hari ni sedang aku tulis artikel, ada seorang promoter datang. Promote diorang punya jam tangan. Lima minit aku dipaksa untuk melayan kerenah promoter tu. Tapi aku tak kesah. Maklum aje la. Perempuan. Cantik pula tu. Aku pantang tengok perempuan cantik-cantik. Tapi cantik-cantik diorang pun, cantik lagi isteri I tau…. Ratu kecantikan di hati I.

Ohhh.. Sweet tak??? Haha.

Putar belit sungguh promoter tu. Aku cakap tak nak, dia pusing kot lain. Aku cakap A, dia balas B,C,D,E sampai Z.

Last-last aku diam. Dan aku pun mula menggatal…

“Jam ni cantik sebenarnya…”

“Ha ah Encik. Memang cantik. Produk hot..”

“Tapi hot lagi kalau saya dapat awak…”

Boleh pulak dia ketawa. Haiii promoter. Cepat-cepatlah tinggalkan aku di sini. Haha.

“Apa beza jam tangan awak jual dengan jam tangan saya??”

“Banyak beza Encik. Jam ni stainless steel. Tahan karat. Boleh pakai untuk menyelam… “

Belum sempat dia habiskan ayat, aku pun menyampuk.

“Ohhh boleh bawa menyelam ekk?”

“Ha ah Encik. Boleh pakai untuk menyelam…”

Belum sempat lagi dia habiskan ayat, aku menyampuk lagi.

“Menyelam dalam hati awak boleh???”

Haha. Dia gelak lagi. Aku rasa promoter ni dah berkenan dengan cara aku. So, sebelum dia jatuh cinta, baik aku berambus awal-awal.

“Alamak Cik. Maaf saya kena pergi. Ada meeting…”

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

22 thoughts on “Aku & Promoter Jam Tangan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge