Aku Yang Berdosa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Setiap manusia dianugerahkan akal fikiran yang sempurna dan waras. Akal fikiran yang waras yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T adalah sebagai titik perbezaan diantara manusia dengan makhluk ciptaan Allah S.W.T yang lain. Dalam menempuh kehidupan seharian, aku seringkali leka. Aku juga sering kali alpa dengan amanah yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T. untuk di jaga dengan baik.

adat kehidupan macam ni lah disamping telatah anak tersayangGambar : Adat Kehidupan Macam Ni Lah…

Setiap apa yang diamanahkan-Nya sudah pasti akan dipersoalkan di medan perhitungan nanti. Siapa kita hari ini bukanlah penjamin untuk kehidupan yang sempurna di sana nanti. Iman dan takwa, dosa dan pahala serta pelbagai perkara lagi, itu merupakan titik tolak kemana arah tuju kita yang sebenarnya.

Gila dan bodoh. Ya itulah gelaran yang sesuai diberikan pada diri aku saat ini, gelaran yang layak untuk manusia yang kurang perikemanusiaannya. Akal fikiran yang waras telah hilang dek gagalnya melawan hawa nafsu. Apa yang aku harapkan, apa yang aku doakan, semoga hari-hari mendatang setiap langkah yang di aturkan sentiasa dirahmatkan kesabaran yang teguh. Aminnn.

“Abang…” Lamunanku terganggu. Suara lembut lagi lemah gemalai menghancurkan kesunyian malam.

“Kenapa abang buat macam tu…”

 Mulut seakan-akan kaku untuk menjawab persoalan tersebut. Lidah kelu membuatkan aku bertambah sukar untuk berkata-kata.

“Abang… Piah Tanya ni. Apa salah budak tu sampaikan abang sanggup pukul macam tu sekali?”

“Jawablah bang… Piah Tanya ni…”

“Abang… Terlalu ikutkan perasaan Piah… Abang sedar abang tak patut buat macam tu. Abang tak mampu nak kawal emosi abang. Benda ni terjadi memang diluar kawalan abang”.

“Kesian budak tu bang. Tengok lah tu. Diam jer dia. Air mata mengalir tak henti-henti. Seksa hati Piah tengok keadaan macam ni. Piah tak sanggup nak melihat semua ni bang… Anak kita tu masih kecil. Tak tahu mana betul. Tak tahu juga mana yang salah..”

“Abang nak tengok anak kita muram sentiasa? Abang nak tengok anak kita membesar dalam keluarga yang tak bahagia? Abang suka tak kalau anak abang cakap abang ni panas baran?”

Persoalan demi persoalan diajukan. Namun aku tidak mempunyai jawapan yang khusus untuk menjawab persoalan tersebut. Ya. Setiap insan yang bergelar seorang ayah tak nak melihat anaknya membesar dalam keadaan yang tertekan. Ada masanya pokok bunga pun layu dek panas yang melampau. Inikan pula manusia.

“Ayahhhh adikkk mintakkk maaf.”

Suara sayu di satu penjuru membuatkan hati aku semakin bercelaru. Andai dapat aku undurkan masa, akan aku ubah semuanya. Siapa tak sayangkan anak…. Kan???

Betul. Sayangkan anak tangan-tangankan. Sayangkan isteri cubit-cubitkan.

***********************TAMAT***************************

Adaptasi daripada novel kehidupan, aku yang berdosa version 2.0 by Pondok Kecil.

p/s : Sekadar coretan kosong sahaja. Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

24 thoughts on “Aku Yang Berdosa

    1. hafizul Post author

      Hehe..ciktom ni macam bergurau aje kan..mana lah layak saya buat novel..emm kadang2 memang akan ada juga part yang marah secara spontan tu..emmm..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge