Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada rakan blogger, Suri dari blog cahayacinta.com kerana sudi menghantar sebuah artikel yang sangat bermakna ini. Semoga artikel ini menjadi panduan dan nasihat dalam kehidupan kita seharian.
*******************************************************************
Bismillahir Rohmaanir Rohim & Assalamualaikum buat sahabatku.
Kita sering kali di kaitkan dengan amanah tapi pernahkah kita menjadi amanah bila memegang hal peribadi seseorang, menjadi bendahari takala memegang wang, amanah dalam perkara-perkara yang telah di janjikan terutama amanahnya kita pada Pencipta untuk tetap sentiasa beribadat kepadanya selagi nyawa masih berhembus. Rasanya masih banyak lagi baki amanah boleh di berikan beberapa cabang ingatan. Seperti contoh sebagaimana amanah pada tanggungjawab di bawah tanggungan mereka yang bergelar ibu bapa kepada anak-anak di bawah tanggugannya.
Bagaimana pula amanah anak-anak kepada kedua ibubapanya yang berjanji untuk berjaya dalam pelajar tapi sampai suatu saat amanah yang dikatakan bersungguh-sungguh itu lerai dengan keputusan yang amat mengecewakan.Sebenarnya banyak perkara yang boleh dikaitkan dengan amanah dalam kehidupan seharian. Setiap yang wujud sering berkait rapat dalam kehidupan.Tapi jika kita amanah pada sesuatu yang telah ditetapkan kemungkinan kita sendiri akan alpa pada apa yang dikatakan sebuah janji atau ikrar itu telah di mungkiri.
Jadilah seorang yang amanah seperti kita tegar pada seseorang bila mencipta sebuah kata seharusnya dikotakan dengan sebaik yang boleh. Ingatlah jika kita tidak berani memegang amanah itu dengan benar-benar sekuat hati bermakna kemungkinan kita akan melanggar amanah itu kepada mungkir janji. Jadi bersedialah untuk menjadi seorang yang amanah bermakna anda sedia mengotakan janji-janji atas apa yang telah dilafazkan. Sebab kemungkinan jika amanah itu tidak dapat di selesaikan dengan baik ia membawa erti kita gagal dalam melaksanakan misi tersebut.
Menjadilah seorang yang bersederhana dan istiqamahlah selalu moga-moga kita akan sentiasa berada di dalam perjalanan sentiasa sabar dan kuat dengan ujian dan cabaran hehidupan dunia ini. Kita tidak bisa melawan arus yang kuat kerana khuatir diri akan di lambung ombak yang kencang, akan tetapi kita mampu untuk merubah menjadi yang baik kepada sebaik-baiknya atas sebab kita masih upaya untuk baiki perkara itu lebih baik dari yang sebelumnya.
wahualam.
*******************************************************************
Amanah la perkara yg paling berat dalam dunia ni. Namun, itulah yang harus dipegang setiap insan dalam menuju matlamatnya yang abadi iaitu Allah. Semoga kita sentiasa kuat 🙂
amanah memang satu tanggungjawab berat…
Betul tu bro..hehe
Terima kasih bro atas peringatan yang bermakna ni..
memang berat dan susah nak menjaga dan menjadi seseorang yang amanah…walaubagaimanapun kita mesti mencuba sedaya-upaya…insyaAllah dipermudahkan olehNya…
InsyaAllah..amanah terhadap keluarga rasa berat sekali..haha
terima kasih
peringatan utk kita bersama 🙂
sama-sama itu lebih baik saling ingat mengingati
suka orang amanah tak suka orang tidak jujur tak berkat
sangat penting utk menjaga amanah yg diberikan walau kecik manapun. terima kasih peringatannya
emm tu la kan..kecik mana pun, selagi bernama amanah, memang kena jaga..
janji perlu ditepati..bukan dichapati…:)
Hahaha..chapati sedap makan jer..ke guane?haha
artikel yg menarik..
terima kasih
ha ah..menarik..hasil ciptaan suri..hehe
setiap insan ada amanah dalam sehari….sememang masing2 kena tunaikan hingga nafas yg terakhir
Betul tu bro..setuju sangat..hehe
terima kasih kerana mengingatkan…
sama-sama..terima kasih pada suri sebagai penulis artikel..hehe
marilah kita sama-sama mengamalkan kesederhanaan dalam hidup.
Itulah yang terbaik..terima kasih HP…hehe
selamat bertemu kembali, akak pun lama tak terjah blog ni, moga kita semua menjadi insan yang boleh menjaga setiap amanah yang diberikan, amminn
Aminnnn…biasa la kan bila sibuk macam ni la..terima kasih kerana sudi berkongsi di ruangan ni..hehe
amanah kecil, amanah besar
semuanya mesti dijaga dengan cermat
anak dan isteri juga amanah bagi seorang lelaki
Betul tu bro..setuju dengan pendapat tehr ni..terima kasih kongsikan disini..hehe
jagalah amanah, sesungguhnya jika terlepas amanah (tidak menjaga dengan baik) di akhirat nanti akan berhadapan dengan seksa yg pedih
Betul tu bro..terima kasih atas peringatan ni..hehe
saya tak sangka ini adalah hasil tulisan saya terharu sungguh ini
Jadi, sila sangkakannya..haha