Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Diberikan kepada pasangan yang bergelar suami isteri untuk di jaga dan di didik agar menjadi insan yang soleh. Anak ibarat kain putih yang akan dicorakkkan oleh ibu bapa menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat. Dalam kehidupan ahli keluarga Pondok Kecil, anak adalah segala-galanya. Dia membawa sinar, keceriaan dan kegembiraan buat kami suami isteri. Tanpa anak, suram lah cahaya dalam Pondok Kecil ini. Impian untuk melihat anak berjaya memang kami nanti-nantikan.

Memang tidak dinafikan pasangan yang berkahwin pasti akan mengharapkan kehadiran cahaya mata. Bagi ibu mengandung pula, anak yang dikandung selama 9 bulan 10 hari akan dijaga sebaik mungkin. Sanggup bersusah-payah membawa kandungan kemana sahaja dia pergi. Pengorbanan ibu memang tiada nilainya. Susah senang semasa melahirkan anak menjadi memori terindah dan tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Masa yang terluang akan aku habiskan untuk anak dan keluarga tercinta. Lima hari sibuk dengan tugasan kerja, masa yang lapang tidak pernah aku sia-siakan. Dulu banyak masa aku habiskan diluar bersama kawan-kawan. Tapi dengan hadirnya anak, aku lupakan segala-gala. Aku isikan memori yang terindah dalam Pondok Kecilku ini.
p/s : Adik, cepat besar yer..Kita main Polis Entri Pulak. Haha.
anak adalah anugerah allah yang amat bernilai,,,
betul tu…tapi kenapa ada insan yang sanggup buat perkara terkutuk pada ank sndiri?haiya..
Anugerah terindah yg tiada gantinya…pada sy anak adalah nyawa sy…
Hehe..betul la kan…sekarang baru tahu betapa sayangnya mak bapak kita pada kita..haha
sygi keluarga kita.. 🙂
baru tahu perasaan menyayangi ank..macam ni kot rasa mak bapak kita syg kita..hehe
bersyukur dengan anugerah yg tak ternilai ini, jaga dan berikan ilmu sebaik mungkin.
Emm InsyaAllah….Amanah tuhan akan sy didik sebaik mungkin…agar menjadi insan yang berjaya dunia akhirat…