Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Ya. Anak kedua ni pe’elnya comel sangat. Sangat baik dan tersangat menguji kesabarannya. Haha. Korang faham tak apa makna pe’el? Pe’el ni dalam bahasa yang aku fahami ialah perangai ataupun tingkah laku dan perbuatan seseorang. Mana tak comelnya. Bila tiba masa nak masuk kelambu, nak tidur, mula la dia tunjuk muka tak senang.
Renungan bersama…
http://fadir78.blogspot.com/2012/12/di-sabalik-anak-kecil-menangis-malam.html
Tu belum masuk bab pongoh. Bila masuk bab ni, memang kena gaya dengan baik sekali. Susu badan ni, korang tahu la macam mana kan? Bila dah penuh, baby menyusu pun tak sedap. Kadang-kadang kena perah dulu sebelum menyusukan baby tu. Susu badan bukan boleh pilih puting nak yang slow, nak yang laju. Bila dah penuh tu memang laju la susu keluar. Si baby ni pula, bila tak dan dia nak telan, memang pongoh la jadinya.
Menangis sana sini. Kadang-kadang tu puas pujuk, puas dukung, tapi asyik menangis juga. Kalau suaranya perlahan tak apa. Dah la menangis macam sakit kena cubit. Tapi semua ini lumrah kehidupan bila kita dikurniakan seorang baby yang comel dan kiut. Memang kena terima dengan hati yang gembira.
Sebenarnya, situasi macam ni janganlah dianggap dugaan. Dan jangan sesekali dianggap sebagai beban yang menyusahkan. Sebaliknya kena terima dengan hati yang riang gembira. Anak pertama, mungkin sikap ayah lebih sporting lagi untuk ambil baby tu. Dukung dan gaya dengan cara yang cukup menyanyat hati. Tapi bila dah masuk anak kedua, ketiga mahupun seterusnya, akan adalah ayat yang berbunyi “Piah… Cer senyapkan budak tu. Bising ni. Aku nak tidur…”
Kecik hati isteri tu kan? Dah la situasinya dalam keadaan berpantang. Sakit urat dan sendi masa melahirkan baby tu pun masih terasa. Dah la seharian baby tu isteri kena jaga. Alik malamnya pula, suami buat tak endah jer. Tak ke kesian isteri tu. Apa salahnya. Malam hari kita selaku suami yang baik ni, jaga la anak kita dengan penuh perasaan gembira.
Masa tu, kasi la peluang yang terbaik punya untuk isteri melelapkan mata dengan aman dan gembira. Haha. Tapi satu jer yang aku kena sedar. Tak banyak manusia yang bernama lelaki dan suami ni sanggup berkorban sebegini rupa. Betul tak? Kalau ada pun, berapa kerap sahaja. Termasuklah aku.
Haha. Memang menguji kesabaran sangat bila waktu kita sedang tidur, tiba-tiba tersedar anak menangis. Ambil dukung, nyanyi lagu sikit, tidur la dia. Lepas tu, tak dan lama, menangis lagi budak tu. Bangunlah kita dengan hati yang muram. Ambil dukung dan nyanyi lagu sepapan dua. Sampailah jam 4 pagi baru nyenyak budak tu.
Sekali sekala, memang terasa nak menyanyikan lagu Arjuna Beta yang dinyanyikan oleh Fynn Jamal tu. Barangkali barula dia nak tidur dengan nyenyak. Situasi macam ni, memang tersangat menguji kesabaran. Dan aku dengan jujurnya mengaku aku bukanlah seorang ayah yang sabar. Haha.
Ok. Muka steady..Kejap lagi nangis la tu..
Baby menangis malam ni, tak lama pun. Paling lama pun 40 hari. Lepas tu baiklah budak tu. Masa kecil ni, memang pelbagai menda yang dia akan nampak. Ada orang tua-tua kata, kembar dia datang mengagah. Datang mengusik dan sebagainya lagi. Sebab tu, kalau korang perasan, dalam tidur pun baby boleh senyum. Kadang-kadang tengok dinding pun dia senyum sendiri.
Tapi, kalau korang pandai, cer buat baby korang senyum. Payah. Bukan main payah dia nak senyum bila kita menegurnya. Dia buat muka selamber dan cool ada lah. Baby aku ni, sehingga ke hari ni memang tak berjaya lagi buat dia senyum bila aku menegurnya. Tapi bila dibiarkan sendiri, elok pula dia senyum.
p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.
Update : 21.08.2014
Aku terpaksa buang gambar anak kecil yang telah dimasukkan atas beberapa perkara. Dan salah satunya, sila baca DISINI. Harap maklum.
seorang ayah yang prihatin tentang anak..bagus2 cuba jadi ayah mithali
Hehe..insyaAllah..semoga dipermudahkan..haha
seronoknya tengok dah ada anak.. den masih belum nak kawin lagi. mungkin belum bersedia nak pikul tanggungjawab 🙂
Emm tak apalah..pelan-pelan cari kesediaan tu yer..hehe
Hehe.. senasiblah kita.
Anak kedua ni memang lain sikit berbanding abangnya..
lagipun breastfeeding. Kami suami isteri kena banyak sabar awal awal
Huhu..tahu tak apa..ya..sabar..itu perkara yang terbaik yang harus dilakukan..
memang ada syndrom anak kedua, tapi semua anak pe’elnya lain-lain.
Hahaha…terima kasih tuan DH..
dah lahir anak kedua rupenye ye….
punya lama saya tak ziarah sini.. sorry yer….
comel baby. biasa la nangis malam tu… dia baru nak sesuaikan diri dgn dunia baru kan…
satu lagi, bby tu tk senyum bila kita mengagah sebab dia masih belum nampak jelas. hehehe… baby sy pun, masuk hari ke 35 – 40 baru senyum2 bila mengagah. saat dia senyum tu, kita yang terlebih teruja kan! 🙂
Hahaha..tu diaaa…pengalamn dari mereka yang dah berpengalaman lebih haaa…emm tak apa la ummi..janji tak tinggalkan terus pondok kecil..kecik hati kiter taw..hahaha
Nak jaga baby memang kena banyak bersabar lagi2x waktu malam.
Yup..betul tu bro..hehe
hahaha….sempat lagi masuk bakul angkat sendiri, ayahnya itu…
Memanglah dalam 40 hari ni, baby macam-macam ragam. Dulu dalam perut ibu, aman damai jer, bila dah keluar tu, suasana pun lain. Nak kene sesuaikan dengan persekitaran pun ya.
Cer check, kot2 kembung ke apa.
Kalo penat dah nyanyi, boleh gak pasang bacaan al-quran sepanjang masa terutama waktu tidur kat baby tu…
Orait bro..emm tak kembung..saje je dia nak menangis kot..hehe..emm biasa pasang bacaan yassin aje la..
Anak kedua memang lain macama peelnya..apa2pun tetap comel!
Hahaha..terima kasih rokiah…hehe
aku suka tegok baby tidur
aman je rasa alam semesta 😀
Hehe…dan paling best tengok masa dia senyum dalam tidur..huhhhh hilang habis stress..haha
anak kedua memang ada pe’el tersendiri..anak kedua saya masa dalam pantang memang penyabar orangnye..kalau menangis nak susu tak dapat dia boleh hisap jari dan tidur balik..tapi bila besar sket baru tau pe’el sebenarnya..meraung tak ingat dunia la pulak dibuatnye..rupanya masa dalam pantang dia control macho je…hehe
Wahhhh memang penyabar orangnya masa kecik ekk..emm anak saya kalau merajuk, kena pujuk baik2..barulah nak isap susu..huhu..haha bab control macho tu yang tak tahan..hahaha
Mesti serak-serak basah suara bapak dia dodoikan dia pukul 4 pagi tu kan?.. 🙂
Hahahaha..sabar aje la..kalah suara iklim haaa..hahaha
cute nye baby ni.. hihii.. rasa nk cubit2 je pipi tu..
Alamak…kesianlah baby kiterrr ni…huhu
hahaha.. :p
ada baby kecik sangat seronok walaupun mereka nangis tetapi kita kurang tidur ..itu dinamakan pengorbanan seorang ayah!
Ya..nak buleh ke besar memang banyak pengorbanan haa…
respek ibu bapa yang tabah menjaga anak kecil.sangat mencabar.semoga Allah mempersiapkan saya ke arah itu.ameennn… 🙂
Aminnnn..semoga diperkenankan..insyaAllah..hehe
saya seronok tengok anak-anak kecil. saya sangat seronok
Ye la..mana tak seronok kan..mukanya jernih dan tiada masalah langsung..kita yang melihat pun tenang jer..haha
Jaga baby ni memang mencabar bang. Saya memang respek kat bini yang memang sabar jaga baby ni. kita sebagai suami ni kadang2 memang out la. tak pandai pun ya jugak. huhu. Sabar je lah.
Haha..tu lah pasal bro..yup..sebab tu saya sayang ketat-ketat bini saya..haha
pe el cam daaddy dia kot..
Huhhh lama betul bro tak singgah sini..hahaha..ayah dia banyak sopan punya orang haaa..hahahaha
anak kedua camtulah..kalau kene dapat boy pulak macam anak saya..mengempil je kejenye..manje mak..pagi2 akan melalak kalau mak xde kat sebelah..ayahnye pujuk pon bo layan..
Hahaha…biasalah anak lelaki..kamcing dengan ibunya..tak gitu..haha
besar doh ho anok dio…buleh berungga doh ko?hehehe
pongoh? serupo ayoh dio jugok tu…hahaha
Ohhh tidak…ayah dia baik punya orang haaa…hahahaha..buleh masuk acara lumba lari 100m doh bohhh..haha
semua anak berbeza. saya ada 2 orang boys. yang kedua mmg la lain dgn abangnya. masing2 special gitu.
Ya..macam tu la kejadian Allah yang sangat unik..hehe..
Pengalaman semasa anak kecik memang menyeronokkan 🙂
Yup..bila dah besar, kesronokan tu lain pula..hehe
Ayah mithali ni.. Bagus2. hehe
Hahaha..terima kasih bro…aminnnn
comel luar dan dalam
Haha..tu la..terima kasih bro..
Tak bagus jika bayi menangis terlalu lama.Ayah kena mainkan lebih peranan nie.
Yup..betul tu…ayah dah la tak pandai mana nak pujuk kasi baby tu tak menangis..makin pujuk makin kuat pula..haha
lama dah tak dengar perkataan pongoh
Haha..faham ke bila sebut pongoh tu?hehe