Antara Mak Cik Monopos & Anak Dara

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Antara Mak Cik Monopos & Anak Dara, mana menjadi pilihan utama? Kadang-kadang kita sendiri pernah tersilap buat pilihan kan? Nak pilih anak dara, tetiba mak cik monopos yang tersengih di depan mata. Mungkinkah mata tersalah buat pilihan atau hati kita yang sememangnya dah mati.

Banyak cerita yang ingin di kongsi berkenaan dengan tersalah buat pilihan ni. Bukan niat dihati nak sakitkan hati sesiapa cuma mahu memberi peringatan dan garis panduan kepada mereka yang belum mengalami. Namun betapa sukarnya nak diluahkan kot nanti ada yang terasa hati.

Baik-baik kan jatuh nanti

Beberapa hari yang lepas, aku telah membeli perisian Kaspersky Internet Security 2013 (KIS 2013) 3 user. Teruja sangat dengan perisian ini kerana diselitkan bersama pendrive 8GB. Pendrive yang mengandungi installer KIS 2013. Bagi aku, perisian KIS keluaran terbaru ni, memang ada beberapa kelebihan yang tersendiri. Tak sama macam perisian Kasperky keluaran sebelum ini. Aku dan setia dengan Kaspersky hampir 4 tahun dah. Setakat aku guna ni, Alhamdulillah. Sangat puas hati.

KIS 2013 (3 user) mempunyai 6 lesen kesemuanya. Antaranya adalah :-

1. Tiga lesen / tiga pengguna – Kaspersky Internet Security 2013 selama selama setahun

2. Satu lesen / satu pengguna – Kaspersky Antivirus untuk Mac Operating System selama 6 bulan.

3. Satu lesen / satu pengguna – Kaspersky Mobile Security selama 6 bulan

4. Satu lesen / satu pengguna – Kaspersky Tablet Security selama 6 bulan.

Walaupun mahal tapi ianya berbaloi. Pengalaman yang diperolehi boleh dikongsi bersama dengan pelanggan. Hehe. Sama juga seperti memilih mak cik monopos dengan anak dara. Walaupun wang hantaran anak dara lebih mahal dari mak cik monopos, namun ianya pelaburan yang amat berharga. Ada tak rakan blogger bercanggah pendapat dengan aku? Kalau ada pendapat lain berkenaan hantaran mak cik nonopos tu, korang boleh la komen diruangan dibawah yer tanpa segan silu. Hehe.

Demi menjaga kepuasan hati pelanggan, kali ni aku kerugian. Nilainya puluhan ringgit juga. Dalam berniaga ni, nak dapatkan keuntungan puluhan ringgit memang susah. Tambahan pula berniaga secara part time macam ni, lagi lah susah. Kadang-kadang ada pelanggan, kadang-kadang tak ada. Sabar je la. Ini semua gara-gara membeli dari mereka yang aku snediri sendiri tak tahu mana hujung, mana pangkal. Tanpa berfikir panjang, dicampur pula harga yang murah, aku terus membelinya. Bila tekanan macam ni melanda, rasa nak layan muzik-muzik Orchestra jer. Mungkin Malaysian Philharmonic Youth Orchestra boleh membantu aku merawat masalah tekanan ni. Hehe.

antara mak cik monopos dan anak dara

Kaspersky Internet Security 2013

Dan ini lah risiko yang terpaksa aku tanggung. Andai barang yang dibeli untuk kegunaan sendiri mungkin boleh diterima lagi. Bila melibatkan perasaan dan wang ringgit orang lain, paksa la pejamkan mata dari melihat kerugian yang mengalir tu. Nak dapatkan seorang pembeli bukan mudah, nak dapatkan 100 orang penjual bukan susah.

Dan sepertimana janji aku untuk memberi hadiah kepada top komentator september 2012, aku akan tunaikan dalam masa terdekat ni. Satu lesen Kaspersky Internet Security 2013 daripada tiga lesen yang akan aku beli nanti akan menjadi milik saudara Yusri. Hahaha. Nak berpantun sikit nih.

Tuah jalak nampak di kaki,

Tuah Yusri nampak di jari,

Pemberian diberi tanda diingati,

Buat Yusri yang rajin mengunjungi,

Saudara Kamil, amacam pantun aku ni? Menjadi ke tidak? Hahaha.

p/s : Fikir masak-masak itu perlu sebelum membuat sebarang pilihan.

31 thoughts on “Antara Mak Cik Monopos & Anak Dara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge