Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Siapa yang tak suka makan ayam KFC? Kat tempat lain aku tak tau la sambutan menggalakkan ke tidak. Tapi kalau dilihat di Jerteh, KFC memang dah menjadi perkara wajib untuk disinggahi. Semalam sempat singgah makan di KFC sebelum bertolak balik ke Felda Tenang, rumah mak ayah. Singgah pun sebab ada orang nak belanja. Bak kata pujangga, rezeki jangan di tolak, musuh jangan di cari. Aku sebenarnya tak ada mood dah nak makan KFC sebab terpaksa beratur panjang. Sambutan terhadap ayam KFC amat menggalakkan tambahan malam minggu macam ni.

Aku sendiri pun tak tau bilakah kali terakhir aku makan ayam KFC ni. Yang pasti, long time ago la. Haha. KFC Jerteh kini tampil dengan wajah baru setelah beberapa minggu penubuhan rakan baiknya Pizza Hut. Penubuhan Pizza Hut bersebelahan dengan KFC mungkin akan memberi cabaran buat KFC. Mungkin disebabkan itu, pengurus KFC Jerteh membuat sedikit perubahan. Sebelum ni mana ada Pizza Hut kat Jerteh ni. Kalau nak makan Pizza, biasanya aku dan keluarga akan ke Kota Bharu. Kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan. Haha. Dulunya ruang makan tingkat atas yang tertutup sahaja dan kini sudah ada ruang yang terbuka dan nampak lebih selesa. Sesuai untuk aktiviti santai. Ruang yang terbuka memang memberi kelebihan pada mereka yang merokok. Sambil makan, sambil minum, layan rokok sebatang dua. Baru ada feel bila lepak kat KFC lama-lama. Hehe.

Pada awalnya aku tak perasan adanya ruang legar tu. Naik hairan jugak kenapa la ruang dalaman KFC ni nmpak kecil. Apa dah jadi KFC Jerteh ni? Sedang termenung di kerusi, tetiba ada orang buka pintu untuk ke ruang sebelah. Dalam hati terdetik. Sejak bila KFC ada pintu keluar macam ni? Lama aku perhatikan, rupanya ada ruang makan lagi sebelah sana. Laaa ada orang la kat luar tu. Kenapa aku boleh tak perasan. Tersenyum aku dengan gelagat pelik aku sendiri. Tak tau la orang kat situ perasan ke tak. Yang penting, aku betul-betul tak tahu. Dengan spontan terus mengajak isteri makan kat ruang terbuka tu. Memang selesa. Dengan angin malam yang sempoi-sempoi bahasa, dengan keadaan cahaya yang sedikit malap, menjadikan suasana malam tu sungguh romatik. Haha.

Selepas menikmati ruang terbuka yang nampak selesa tu, aku rasa macam nak buat kerja online dekat KFC jer. Order air milo segelas, bukak laptop update blog. Mana tahu kot datang idea yang bernas-bernas untuk buat karangan dalam pondok kecil ni. Hehe. Mungkin lepas ni Pizza Hut pun kena fikirkan cara yang bijak lagi untuk mewujudkan suasana selesa kepada pelanggan. Serius, aku memang selesa dengan suasana baru KFC ni.
suka berblogging waktu2 ni tapi klu buat gitu nnti dia ckp aik pi makan pun smpt update blog..? isyh…isyh..
dah tu nak cari idea biasa la..apa boleh buat..haha
kata kwn yang ni terbaru..geram tgok pic besar bila dpt kt tangan kecik jer hii…
biasa la tu promosi…gambar memainkan peranan..haha
sy suka rang besar tak suka saiz kecil sb sempit makan pun meja kecik berhimpit… cam md tu buka cawagan kat section 18 kt meru kecil kedainya sgt2…
samala..kedai yang ruang luas dan selesa memang nikmat menikmati masakan kan..haha
ok lah tu fizul, lepas ni blog pondok kecil tentu malatoppppp
Hahaha..terima kasih kak ct..
aku kalau pergi kfc memang lupa akan blog hehe
Hehe..maknanya KFC lebih sedap lagi dari update blog??menikmati hidangan KFC sepuas-puasnya nih..hehe
nmpk cam gemoak jer..hhehe boleh cube nnti 🙂
boleh jer kalau ada masa singgah jerteh ni..
Baru sekali singgah kat kfc Jerteh ni.OTW ke Fox Cave..itu pun time malam…hujan plak tu…take away jer lah…huhu
Fox Cave tu apa bro??batu cave ke??haha
demo gak eh…wat malu ore Teney jah…hahahaha…Gua Musang….hehhe
opsss…kawe dop tahu sungguh..buke niat nak malu ore tene..hahaha
takpo…rama ko ore teney jadi blogger?hahaha…demo tra buat research sikit…buleh buat gathering…huhu
ehh kawe tok jupo lagi boh ore tene hok buat blog..kecuali kawe..tapi dop tahu kot lepas ni jupo…demo kalu jupo ejas oyat la kawe etek..haha
demo gak eh…buat-buat dok tahu pulok doh…kawe pong ore tene jugok…hahahaha…
ehh jolo jugok..kawe buke dop tahu tapi buat2 dop ingt..
bukannya lupa tetapi tak ingat…hehehe…lagu sapo dio doh?
lagu safura boh…haha
molek juga tu ada ruangan terbuka
tapi musim sekarang ni dah kurang sesuai dah
asyik hujan je
Emm betul tu bro..kalau hujan ada jugak tempias dia tu..hehe
lamanya tak balik kampung. sampaikan pizza hut dah ada di jerteh.
Hehe..makin maju dah bandar jerteh sekarang…
he he he…geram…lama tak pekena KFC nih…last sekali bulan puasa yang lalu..nampak gambar je mengancam…
Hehe..lama dah tu tak jenguk KFC..memang bukan peminat KFC tegar ni..haha
serius, dah lama betul aku tak gi makan kfc nih..
emm makan cendol lagi best kan?hehe
wahh cantiknye KFC die
hehe..datang jerteh, singgah la kat KFC sekali..hehe
kalau kfc yg selalu sibuk, drive thru je lah…
emm takut nak order mcm ni..kot tak smp kat rumah..hehehe
suka lepak online di mamak.. order teh tarik.. boleh layan asap rokok.. hahahha
haha..kat sini kedai mamat tak de..memang best makan sambil layan asap rokok..hahaha
memang lebih best kalau makan di bahagian terbuka macam tu kan, lebih nyaman…
Emm betul dah tu..selasa tu penting..hehe
memang blogger tegar ni
ade peluang terus update belog 🙂
Hehehe…harapan macam tu la bro..
ID kfc mmg terbaik….
Kebanyakan francais mengutamakan keselesaan penggunaan sekarang ini. Sebab itu dia mementingkan ID.
ooo patut la KFC dah naik taraf macam tu sekali..hehe