Apa Yang Ada Pada Bunga Telur

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bunga telur memang tidak asing lagi dalam masyarakat kita hari ini. Bunga telur juga merupakan perkara yang perlu dilengkapi semasa melakukan sesuatu majlis perkahwinan. Mengimbas kembali kenangan dan memori semasa membeli bunga telur dulu boleh mengukirkan sedikit senyuman sebagai pengiring kepada penulisan entri ini. Semangat untuk menjadi raja sehari membuatkan diri ini begitu teruja dalam membuat persiapan menyambut hari yang berbahagia itu.

Kredit : abangkhai.com

Masa yang diambil untuk tarikh keramat itu tiba bukanlah satu pilihan masa yang agak tepat. Sebulan masa diperuntukkan untuk melengkapkan segala kelengkapan perkahwinan membuatkan diri ini begitu leka dan bersikap sambil lewa sahaja. Maklum la pertama kali melangkah ke alam perkahwinan. Sikap lara mengatasi segala-galanya. Semasa memcari bunga telur dahulu, Kota Bharu merupakan tempat yang wajib aku singgah dahulu. Walaupun hakikatnya di Jerteh sudah belambak corak dan hiasan bunga telur ni. Aku pun tak pasti kenapa Kota Bharu menjadi pilihan kami.

Haha. Mungkin juga jarak perjalanan yang jauh menjadi pilihan kami berdua. Biasa la orang tengah hangat bercinta. Makin jauh perjalanan, makin lama la dapat lepaskan rindu. Hehe. Alhamdulillah 6 tahun di alam percintaan akhirnya percintaan kami berakhir dengan satu ikatan yang sah. Walaupun semasa tempoh percintaan itu, tidak terbilang berapa kali kami gaduh, berapa kali kami putus cinta, berapa kali si dia menangis, namun kalau dah jodoh tak kan kemana. Semoga ikatan perkahwinan ini akan berbahagia sampai ke anak,cucu dan cicit serta ciak.

Telur yang terdapat pada kuntuman bunga telur juga menurut kepercayaan masyarakat melayu melambangkan kesuburan. Menurut kata orang tua, kesuburan bererti mendapatkan zuriat secepat mungkin atau bahasa yang biasanya bunting pelamin. Namun semua ini hanyalah kepercayaan masyarakat melayu sekian lama dahulu. Bagi aku pula, aku kurang mempercayainya kerana rezeki kita Allah yang tentukan. Kenapa masih ada insan yang belum dikurniakan cahaya mata sedangkan sewaktu perkahwinan dahulu bunga telur cukup cantik dihias ditepi pelamin.

Bunga telur juga menggunakan telur yang sudah dimasak. Aku tak pernah jumpa lagi ada orang hiaskan bunga telur dengan telur mentah. Dan pengalaman semasa merebus telur dengan jumlah kuantiti yang banyak cukup menyeronokkan. Kesemuanya berjaya direbus sehinggalah masak tanpa ada sedikit pun yang retak. Untuk mengelakkan telur retak, aku letakkan telur tu dalam plastik dan dicampur sedikit garam. Hehe. Hebat petua orang tua-tua kita nih. Mungkin petua macam ni akan hilang satu masa nanti jika tidak disimpan dan diwarisi pada anak, cucu dan cicit kita.

Kepada meraka yang baru berkahwin, yang bakal berkahwin dan yang sudah lama berkahwin, aku doakan agar korang sentiasa dipermudahkan segala urusan dalam memikul tanggungjawab sebagai suami dan isteri.

Sebut sahaja bunga telur, teringat akan cara membuat bunga telur Teddy Bear. Hasil kreativiti isteri Abang Khai. Siapakah Abang Khai? Hehe. Nanti korang ada masa, korang terjah la kat blog Abang Khai yer. Abang Khai ni pun baru jer buat blog. Aku suka dengan cerita beliau. Ha? Nak tahu apa cerita beliau ada? Jom baca kat sini. Klik Jer. Free of charge. Kisah Abang Khai.

p/s : Tetiba teringin nak makan telur masak separuh malam ni.

37 thoughts on “Apa Yang Ada Pada Bunga Telur

    1. hafizul Post author

      Hahaha..minum air terasa telur?Meme pelik bin ajaib..Dale banyok2 telur pernah kawe make, tok leh lawe telur sotong lagi..sedap..loni kawe tak ajin jupo lagi ore jual telursotong kecuali telur hok dale sotong doh..kawe kalau jupo molek ngn ore jual telur sotong ni, kawe nak beli buleh 5,6 kilo…serius kawe dah beberapo tahun ketagih telur sotong nih..mujur dop memudaratkan ko diri jah…haha

      Reply
        1. hafizul Post author

          ehh demo spesis ngn kawe la..kawe pun bab tupat sotong memang brehi sgt2..demo brehi pulut durian kawe beri pulut durian..emm lagi nih kalih peseng ore tene..hahaha..emm puji bini nmpok..untung bini demo..hahaha..

          Reply
            1. hafizul Post author

              mesti esok keluar entri tupat sutong tu..haha..demo meme brehi wak kawe terliur…srupo bubur lambok hari tu..hahaha..jolo doh kalu buke suami mithali ni sapo lagi kan..haha

              Reply
  1. Cikgu Hairul

    macam-macam variasi canggih bunga telur sekarang ni. ramai juga yang dah tak isi telur. ada yang isi gula-gula. ada juga yang isi sumi. lama-lama kena tukar nama pulak la. bunga sumi..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge