Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Blog, perkataan itu telah sebati dengan jiwa aku sebagai seorang penulis blog. Beberapa tahun yang lepas, perkataan ni sangat asing dalam hidup aku. Tahun 2012 adalah tahun yang sangat istimewa kerana aku sendiri tidak menyangka bahawasanya aku akan bergelar seorang blogger. Menceritakan kisah kehidupan seharian yang tak akan basi dan sentiasa menjadi kenang-kenangan yang abadi. Blog, ia bagaikan sebuah diari untuk aku lakarkan apa yang terjadi dalam kehidupan ini. Semoga apa yang aku kongsikan menjadi panduan berguna buat mereka yang memerlukan.

blog buat duit dengan blogCantik tak header kiterrr??? Hehe

Sepanjang meniti hari-hari indah bersama blog Pondok Kecil, banyak yang telah aku pelajari. Bagaimana rasanya perasaan putus asa, kecewa, malas, lemah semangat, kering idea, traffic kurang, alexa merajuk sakan dan sebagainya lagi. Aku cuba dan terus cuba untuk bertahan agar impian yang aku bina bersama blog Pondok Kecil tidak terkubur begitu sahaja. Tidak goyah ditiup angin dan ia akan megah berpaksikan pada semangat juang yang tinggi. InsyaAllah.

Apabila bergelar seorang blogger ni, banyak masa dan banyak komitmen yang perlu diberi perhatian. Perhatian terhadap blog kadang-kala melebihi perhatian pada keluarga. Namun itulah hakikat yang terpaksa aku tempuhi. Permulaan untuk menjadi seorang blogger yang berjaya, banyak pengorbanan yang harus dilaburkan. Selagi hayat dikandung badan, selagi jasad mampu bertahan, aku tidak akan biarkan blog Pondok Kecil hilang serinya.

Sepanjang setahun lebih bergelar blogger, tidak banyak ilmu blogging yang sempat aku pelajari. Lambat bertindak, pemikiran yang perlahan dan susah nak hadam ilmu yang diberikan, kadang kala menjadi faktor utama kenapa aku lambat dalam menimba ilmu dalam dunia blogging. Dalam banyak-banyak perkara yang aku perhatikan, salah satu daripada berjuta impian kita semua adalah buat duit dengan blog. Bila dah ada blog ni, rasa rugi pula kalau tidak gunakan sepenuhnya. Kan?

Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging

Ok. Apa yang aku belajar selama ni tentang buat duit dengan blog? Mesti korang dah tak sabar nak mengetahuinya. Walaupun aku baru lagi dalam bidang ni, namun tak salah kiranya aku nak berkongsi apa yang aku pelajari tentang buat duit dengan blog. Bukan luak pun kalau aku kongsikan. Satu ilmu yang kita kongsikan, 10 ilmu baru yang akan kita dapat. Ibarat kata, satu komisen Affiliate kita war-warkan, 10 komisen Affiliate baru bakal kita perolehi. Untung kan?

Antara intipati dalam proses belajar buat duit dengan blog adalah:-

  1. Ilmu – Perkara paling asas dalam hidup kita adalah ilmu. Tanpa ilmu, korang tak mampu nak suapkan nasi ke mulut sendiri. Tanpa ilmu korang tak mampu untuk membuat sebarang kerja diatas muka bumi ni. Mati kering? Ya itulah ungkapan yang logik untuk mereka yag tidak berilmu.
  2. Doa, usaha dan tawakal – Dalam apa jua perkara yang kita lakukan, doa, usaha dan tawakal merupakan senjata utama dalam penentu kejayaan seseorang. Disebabkan ilmu yang kita ada, kita pandai untuk berdoa. Kita pandai berusaha dan kita tahu macam mana ertinya tawakal.
  3. Berguru. Untuk berjaya menjana pendapatan melalui blog, pilihlah guru yang bersesuaian. Bab berguru ni, tidak semestinya berguru dengan manusia sahaja. Dengan blog pun kita boleh berguru. Bila sebut bab buat duit dengan blog, siapa yang korang fikir layak untuk korang ceduk ilmunya? Tepuk dada tanya selera. Dalam etika menuntut ilmu, ingatlah sentiasa kata-kata ini :-

    Berburu ke padang datar,
    Dapat rusa belang kaki,
    Berguru kepalang ajar,
    Bagai bunga kembang tak jadi

  4. Beli kitab Teknik SEO Merah Jambu – Serius!!! Belilah kitab ni. Aku tak tahu nak cakap macam mana lagi. Yang aku tahu, aku akan dapat lagi komisen dari program Affiliate yang aku sertai selama ni. Ini semua disebabkan ilmu yang terkandung dalam kitab ni. Korang tak percaya? Tak apa. Korang jangan dengki sudah la lepas ni aku siarkan lagi komisen Jobdirumah. Yer? Aku dengar harga kitab ni dah naik. Tu la korang. Dulu aku suruh beli tak nak.
  5. Untuk tatapan manja korang semua…pendapatan ke 21 dari jobdirumahSeronok tak dapat duit dengan blog? Seronok laaa…

  6. Promosi – Promosi juga merupakan faktor yang harus korang ambil kira untuk berjaya buat duit dengan blog. Promosi ni banyak caranya. Ping artikel promosi dekat laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Google Plus. Tulis post gedik-gedik sikit, InsyaAllah ada yang berkenan nak klik link yang korang kongsikan. Dan tidak lupa juga blog walking juga merupakan satu cabang promosi yang paling berkesan.
  7. Kuasai SEO – Untuk berjaya menjana pendapatan dengan blog, korang haruslah kuasai SEO. Pelajari teknik SEO yang betul. Bab SEO ni aku tak nak cerita. Tapi rata-rata rakan blogger bagitau, kena kuasai SEO. Aku masih gagal lagi bab SEO ni. Kan nanti aku cakap bukan-bukan korang kata aku merepek pulak. Ye la aku bukan tahu tahap mana ilmu pembaca blog Pondok Kecil ni. kan salah informasi, aku juga yang hilang reputasi.
  8. Banyakkan artikel program Affiliate – Dalam sehari kalau boleh, paling malas pun kena siarkan juga satu artikel berkenaan dengan program Affilite yang korang sertai. Dan jangan lupa masukkan link ataupun pautan agen Affiliate korang.
  9. Belajar dan terus belajar. Usaha dan terus usaha. Bak kata lelaki ego yang kacak, malas pun tetap kena buat kerja. Ye?
  10. Cukup la. Tak banyak pun yang sempat aku pelajari.

Banyak sumber sebenarnya yang boleh menjana pendapatan dari blog. Bukannya program Affiliate sahaja. Review syarikat, iklan dari pihak pengiklanan, program Adsense,Β 8share dan sebagainya lagi. Cuma caranya yang berbeza. Senang nak faham macam ni lah. Lain ikan, lain umpannya. Ikan keli tak kan nak makan umpan sotong kot. Dan ikan Paus tak kan nak makan cacing. Harap korang faham.

Ok? β€œMini contest ini mendapat sokongan penuh blogger Pakar iaitu Titan, Juan dan Suri.”

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

89 thoughts on “Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging

  1. iAwani

    buat duit dengan blogging adalah satu proses dan proses itu akan terus menerus berlaku dari semasa ke semasa.. bagi saya, blogging memberikan satu peluang yang tak akan saya dapat apabila bekerja makan gaji .. bebas dari traffic jammed, boleh kawal masa sendiri, bebas untuk bercuti dan boleh belajar apa sahaja tentang bidang yang saya minati.

    Reply
    1. hafizul Post author

      Hehe..betul tu bro..lama bro tak singgah kat blog saya kan?hehe..terima kasih sebab belum melupai blog Pondok Kecil..emm itulah salah satu faktor kenapa saya nak berjaya buat duit dengan blog..tak nak bangun awal pagi pergi kerja..hehe

      Reply
        1. hafizul Post author

          Haha..betul tu boh..kadang2 kawe takut gok nok caro ko blog 24 jam..kekgi kot ada yang suruh blog masak, blog gosok baju dan blog itu ini..hahaha..jenuh lah kawe…

          Reply
    1. hafizul Post author

      Emm kadang kala ada program Affilite yang tak bertumpu pada SEO semata-mata.. Kebanyakannya memang nak kena SEO ada pengetahuan..emm dah lama ekk blogging..hehe

      Reply
  2. Pingback: Keputusan Penuh : Mini Contest Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging » sabreehussin dot com

  3. Pingback: Aku Dapat Duit Dan Voucer - Pondok Kecil

  4. Pingback: Selesai Agihkan Hadiah Untuk Pemenang Mini Contest » sabreehussin dot com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge