Apabila Terlebih Aura Jobdirumah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apabila terlebih aura macam ni lah jadinya. Macam-macam perkara yang terjadi bila dah terlebih aura. Isteri akan naik hantu bila dah terlebih aura tekanannya. Anak pula akan jadi tak tentu pasal bila dan terlebih aura mengantuknya. Macam-macam hal akan terjadi bila dah terlebih aura ni.

bila nak dapat komisen jobdirumah niGambar : Google Images

Disebabkan selama ni aku praktikkan aura mempromosikan kerja part time dirumah, akhirnya aku sendiri yang terlebih auranya. Bukan banyak pun komisen yang masuk. SPAM pulak yang masuk banyak. Sampaikan ada blog aku yang tak boleh nak edit ruangan WIDGET. Entah la. Aku betul-betul tension. Tukar theme pun sama juga. Reinstall balik wordpress pun tak jadi juga. Tempias daripada mempromosikan laman jobdirumah dengan cara yang baik, akhirnya aku dihargai oleh encik dan puan SPAMMER yang kacak dan kiut tu.

bila dah terlebih auraTension aku… Setiap hari ada jer SPAM yang masuk… Telinga SPAM tak jumpa nak jentik sampai bengkak ni…

Macam ni ceritanya yang sebenar…

Selepas aku buat promosi sepanjang bulan Oktober ni, di setiap platfon media sosial, akhirnya aku berjaya mendapat komisen. Setiap hari akan ada satu komisen jobdirumah yang masuk dalam emel. Paling kurang la tu. Gembiranya hati aku. Dah boleh jadi blogger full time ni. Hehe.

Serius. Seharian, aku check emel. Aku duk hadap emel tu jer. Terdetik satu perasaan teruja dalam hati ni. “Wahhh… Aku dah berjaya buat duit dengan blog.” Sudah boleh bersaing dengan otai-otai program Affiliate ni. Siapa tak gembira kan dapat komisen terlampau macam tu. Bukan seminggu sekali. Sekali sehari tuuu.

Dan kegembiraan ni, aku cadangnya nak kongsikan dengan isteri tercinta. Maklumla kan. Siang dan malam, banyak masa dihabiskan untuk blog. Bila anak pejamkan mata, aku akan on komputer. Dan bila line broadband slow macam siput, aku masih lagi bersabar menunggu setiap page yang loading. Semata-mata kerana blog. Semata-mata kerana nak cari duit lebih dari blog. Dan semata-mata nak kemaskini laman blog Pondok Kecil untuk tatapan manja korang semua.

Tiba-tiba harapan aku tu hancur berkecai dalam sekelip mata. Hancur lerai disapu angin puting beliung 10 skala richter bahayanya. Aku cuba kuatkan hati yang lembab ni. Aku cuba buka kelopak mata yang susah untuk dibuka seakan-akan ada gam cap gajah yang melekatkannya. Perlahan-lahan aku kuatkan diri. Bangun melangkah lemah menuju ke ruangan kerja. Sambil-sambil on komputer, aku sapu kelopak mata yang kabur pandangannya.

Terus buka emel. Ya Allah. Kecewanya aku bagaikan hancur tangkai hati. Sedihnya aku bagaikan nak ramas-ramas komputer ni sampai kemek. Satu habuk komisen jobdirumah tak masuk dalam emel. Ya. Mungkin bukan rezeki aku di bulan Oktober ni. Aku cuba bangun perlahan-lahan. Melangkah longlai menuju ke bilik tidur. Selimut empuk dan gebu ditarik menyelimuti diri yang kecewa ni.

Sebelum melelapkan mata sekali aku mengharap. Harapan untuk mimpi sama berulang kembali.

Dan setiap kali aku nak buka emel, aku berharap. Akan ada berita gembira daripada pihak Jobdirumah. Sepanjang bulan Oktober ni, tiada satu pun promosi yang berjaya menambat hati pengguna internet. Seksanya aku sekarang ni. Waktu diperlukan, dia buat tak tahu jer. Bila tak diperlukan, mulalah terhegih-hegih datang. Selalu macam ni la. Daripada aku berharap, baik aku buat bodoh jer. Haha.

Kadang-kadang kenangan macam ni buat aku tersenyum sendirian. Excited punya pasal nak jana lebih komisen dari Jobdirumah. Akhirnya habuk jer yang dapat. Haha. Tak apa. Belum jumpa lagi lubuknya. Belum masanya lagi aku boleh jana pendapatan dari blog secara konsisten. Mungkin satu masa nanti. InsyaAllah.

Mereka yang berpenglaman ada berkata..

“Buat sesuatu, biarlah bertempat. Jangan pula yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.”

Ok. Setakat ini sahaja artikel untuk hari ni. Selamat mambaca dan semoga terhibur. Ye? Bahaya tempias program Jobdirumah ni, sampai terbawa-bawa dalam mimpi. Nak rasainya juga?

Boleh daftar di sana ~~>> Pendaftaran Jobdirumah.

43 thoughts on “Apabila Terlebih Aura Jobdirumah

    1. hafizul Post author

      EMm saya biasanya promote dekat FB jer..Google plus jarang2..tweet sekali sekala..hehe..saya pun masih mencari kat mana lubuknya nak dapatkan lebih komisen jobdirumah ni..hehe..sama-samalah kita berusaha…ye?

      Reply
    1. hafizul Post author

      EMm mungkin lah..tak apa lah.tak ada rezeki bulan ni nak buat macam mana..hehe..sabar aje lah…umpan?emm malas nak tukar dahhh..hahaha..tengok lah esok lusa macam mana..haha

      Reply
    1. hafizul Post author

      Haha..ok2..patutlah saya banyak makan budu..masin tu yang jadi tu..kena pilih menu macam cendol pulak lemak manis berkrim..haha..thanks encik titan..

      Reply
    1. hafizul Post author

      Haha..ok boeh..terima kasih atas kata-kata semangat ni..emm letih gak nak empty semuanya kan?jadi satu kerja hakiki pulak pada setiap pagi..haha

      Reply
    1. hafizul Post author

      Emm mungkin belum masanya lagi bro tuai hasil..hehe..sabar aje lah..kan bro…saya pun dah start dahagakan komisen JDR dah ni..tak masuk2 lagi..adoiii

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge