Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Belajar akaun menggunakan Excel adalah merupakan satu bonus dalam penjimatan kos. Baik syarikat ataupun orang perseorangan. Orang yang mahir membuat akaun Excel adalah orang yang sangat beruntung. Betul tak?
Apakah asas belajar akaun guna Excel?
1- Tahu fungsi setiap Menu dan Toolbar yang ada dalam Excel.
Nak jimat, korang belajar sendiri dengan menggunakan dengan Internet. Youtube ada. Google ada. Yahoo ada. Bing ada. Jangan asyik nak layan Tonton sahaja.
Ada modal, carilah mereka yang pakar dalam bidang ni. Upah mereka untuk ajarkan korang cara membuat akaun dengan Microsoft Excel. Tak sampai sebulan, korang mesti pandai punya. Melainkan mereka yang betul-betul malas.
2- Tidak terkecuali juga korang mesti belajar satu aplikasi yang ada dalam Excel yang diberi nama “Visual Basic (VBA Project)”.
Yang ni, korang harus belajar dengan mereka yang pakar. Nak belajar sendiri pun boleh. Dengan syarat, korang ada banyak masa FREE, berhati kering, tidak mudah putus asa, mereka yang sukakan cabaran dan tidak terkecuali mereka yang “terlampau minat”.

Dua perkara asas diatas nampak senang jer kan. Tapi bila korang dah mula terjebak untuk belajar menda ni, barulah korang tahu. Mana yang senang, dan mana yang susah. Ofkos korang akan rasa “give up” dan tak nak belajar lagi.
Kumpul duit, beli aje sistem akaun yang ada kat pasaran tu.
Tapi korang silap sebenarnya…
Dengan kemahiran yang kita ada, kita mampu menjana pendapatan sampingan yang tak terkalah hebatnya. Apa salahnya korang ambil peluang ni. Belajar dan praktikkan cara membuat akaun dengan Excel agar korang mampu menawarkan servis sekaligus menolong mereka yang sedang dilema.
__________________________________________________________________________
Belajar Asas Perakaunan Sepantas 5 Hari
“5 hari???Betui Ka???…”
___________________________________________________________________________________
Tambahan pula, harga perisian akaun amatlah mahal. Paling murah aku jumpa RM1,500 sekali dengan perkakasannya. Itupun harga dan tak leh nak nego. Harga mati punya. Bagi mereka yang berkemampuan, itu tidak menjadi masalah. Boleh bayar dengan hati yang gembira.
Tapi bagaimana pula dengan mereka yang tidak berkemampuan?
Yang ada modal cukup-cukup makan aje?
Yang terpaksa mengelas perut dengan air liur setiap hari???
Jawapannya simple…
Sistem Dedit Kredit Senang dapat membantu.
Ianya merupakan sistem perakuan yang lebih kurang sama dengan perisan yang terdapat dipasaran. Tetapi harga sahaja yang berbeza. Jauh lebih murah daripada yang terdapat dipasaran.
Bagi mereka yang “genius”, korang boleh belajar selok belok sistem ini. Dan tidak mustahil, korang akan mampu menguasai sekaligus membuat akaun Excel dengan sendiri. Inilah yang dipanggil “tiruvasi”. Hanya mereka yang “GENIUS” aje yang mampu melalui jalan ni. Haha.
Ok. Aku tak sembang panjang hari ni. Cukuplah sampai disini sahaja. Esok lusa aku mengarang lagi. Untuk mereka yang terlibat, buatlah pilihan yang bijak. Tepuk dada tanyalah selera. Tengok juga poket yang kita ada tu. Tebal ataupun nipis sebelum mendapatkan sesuatu perisian akaun.
Kalau nipis, ini pilihannya ~~~>>> Perisian Akaun Dengan Excel
p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.
saya ni, boleh buat laman web… boleh format komputer, boleh edit gambar, tapi bab microsoft office… hehehehehehe… gagal
Huhu..terbaiklah..kemahiran banyak ni..jangan persia-siakan kemahiran tu bro..hehe,,cer tambah satu lagi ilmu..buat akaun dengan excel..hehe
Saya kalau tak de software akaun, buat pakai excel jugak tapi very simple accounting punyalah. Debit kredit untuk akaun hasil dan belanja. :p Selebihnya rekod biasa-biasa je.
Huhu..sama lah dengan saya..sekarang rasa nak belajar buat akaun dengan excel setaraf dengan perisian akaun yang lain..haha
macam2 boleh guna dengan excel nih…
Huhu..tahu tak apa.. nak lukis pun boleh taw… hahaha.. tapi pakai shape aje la senang..
Pasti saya akan lebih terror menggunakan excel lepas ni. 😀
Haha..sudah semsatinya bro..kita kan manusia genius..hahaha
Sebenarnya excel banyak sangat kegunaannya.
Memnag tak boleh dilawan dengan aplikasi ataupun soft ware bebanyak sekarang.
Sebab dengan excel kita boleh macam2 terutamnya untuk engineering.
Huhu..untuk enginering pun kalau nak pakai excel apa salahnya kan..menda senang dan setiap komputer mesti ada excel.. kadang-kadang tu dah jadi menda wajib ada excel dalam komputer..haha
Dulu memang suka guna Excel, sekarang ni rasanya dah lupa kot nak buat visual basic tu…
Haha.. dulu punya cerita kadang2 rasa menyesal gak tak praktikkan sehingga kini..sekarang barulah saya sedar betapa pentingnya ada ilmu bab ni..hehe
Saya guna excel untuk rekod markah pelajar dan kira markah pelajar biasalah… kalau buat akaun guna excel, tak pernah lagi… hehehe
Huhu..saya buat akaun guna excel.. senang dan dapat jimat kos beli perisian akaun..hehe
Baru saya tau, DKS tu rupanya maksud dia Debit Kredit Senang
Ha ah..itulah maksudnya yang sbenarnya..hehe
ya
excel ni cara buat akaun paling sempoi
mudah
Huhu..tahu tak apa..haha