All posts by hafizul

Seorang blogger sepenuh masa yang mempunyai semangat tinggi untuk berjaya dalam dunia blogging. Menceritakan kisah-kisah kehidupan yang tidak akan basi dan sentiasa menjadi kenang-kenangan yang abadi.

Setup Pondok Kecil

Salam 1Malaysia. Selepas beberapa hari duk setup pondok kecil ni, akhirnya malam tadi sudah boleh digunakan. Amat sukar juga bagi aku sebagai orang baru untuk mengeksploitasikan sistem wordpress ni. First aku setup, hampir 4 jam masa aku bazirkan untuk mencari bagaimana nak buat semua ni. Try & Error jer. Atas sedikit bantuan dari pakcik Google dan Lelaki Kacak tuan punya blog JustKhai.com, akhirnya aku berjaya harungi semua ni.

Entri berkaitan dengan tutorial membina blog part 2 dalam blog JustKhai.com amat bermakna sekali. Beliau menunjukkan cara untuk setup wordpress ni dari A sampai Z. Tq JustKhai.com. Harap penulis JustKhai.com berkesempatan membaca entri ni. Haha. Bukan nak puji tapi just nak bagitau TQ for information. Aku tahu korang semua tak makan dek pujian. Haha.

Terima kasih juga kepada abang ensem ejoesolutios kerana sudi menolong aku dalam beberapa perkara yang aku sendiri tak faham. Terima Kasih juga kepada team ejoesolutions kerana memudahkan urusan aku untuk pembelian hosting dan domain pondok kecil aku ni.

Banyak lagi perkara yang aku perlu perbaiki dalam ruangan pondok kecil ni. Halaman pun nak kemaskan lagi. Perabot dalam pondok ni pun nak kasi baru semua. Haha. Nanti la aku buat slow-slow untuk menambahkan keceriaan dalam pondok kecil ni. Tukang sendiri memang la lambat nak siap. Kalau upah orang buat, dah lama siap. Kemas dan selesa. Hehe.

p/s : Selamat beriadah di halaman pondok kecil ini. Nanti nak tinggal, jangan lupa komen yer.. TQ.

Cerita Disebalik Sulaman Tangan

Salam 1Malaysia. Sulaman tangan memang tidak asing lagi dalam kehidupan kita. Sulaman tangan sudah menjadi popular pada masa kini. Ia memainkan peranan penting dalam menggayakan pakaian. Tak kiralah sulaman tangan pada tudung, pada baju, pada cenderehati dan sebagainya. Saya ambil contoh sulaman tangan di tudung la. Kalau kita lihat di pasaran, kebanyakan tudung yang disulam harganya lebih mahal daripada yang tidak disulam. Adakah sulaman tangan ni sukar untuk dibuat? Adakah sulaman tangan ni memerlukan masa yang lama untuk disiapkan? Bagi mereka yang sudah ada pengalaman dan popular dalam bidang ni, mungkin ia adalah perkara yang senang dan cepat untuk disiapkan.

Namun pada pendapat aku, dan pada penglihatan aku, sulaman tangan ni memang ambil masa. Paling cepat sehari. Bergantung pada masa dan mood. kadang-kadang mood juga memainkan peranan. Kalau tengok tudung macam tak lawa jer sulaman dia, comfirm orang yang buat ni sedang dalam keadaan moody. Tak percaya??? Aku pernah mencuba nya. Haha. Tahun 2012 bukan tahunku yang kacak jika melibatkan aktiviti sulaman ni.

Galeri Sulaman Benang My Wife

Aku dan belajar buat sulaman tangan ni seminggu jer. Pas tu brenti terus. Sebab tak leh tahan sabar. Nasib tudung tu aku tak bakar. Haha. Sory my wife. Im not ready to do this. Huhu.

Hari raya ni comfirm penjual tudung sulaman tangan akan mendapat durian runtuh. Kalau tak percaya, wait & see. Apa-apa pun produk yang melibatkan penggunaan di hari raya, memang akan nampak margin keuntungan yang tinggi. Wahh bagi peniaga, masa ni la nak buat promosi. Nak bagi durian runtuh la. Apa la. Kenapala hari-hari macam ni jer dibuat. Kalau dibuat sebulan sekali apa salahnya. Kan2??

p/s : Tahniah My Wife. Dapat tempahan lagi tu. :-) Lepas ni boleh ler belikan iphone 5 yang menjadi gadjet impian selama ini.

Syukur Diberi Kemahiran Sebegini

Salam 1Malaysia. Hari ni 1 Mei 2012. Semua orang yang bergelar manusia yang berstatuskan Penjawat Awam akan diberi cuti. Wahh Seronoknya. Setiap tahun dan setiap 1 Mei, Kakitangan Awam akan menikmati cuti rehat yang percuma. Haha. Dulu masa aku kerja dengan swasta, 1 Mei jarang sekali diberi cuti. Maklumla My Exboss dulu pentingkan kualiti kerja. Kerja kena Tip Top. Emm macam-macam.

Apakah pengisian korang semasa hari cuti?? Ada ke tak istilah cuti dalam hidup korang?? Hehe. Tapi aku punya aturan hidup, istilah cuti jarang sekali aku isi dengan rehat secukupnya. Kerja yang perlu dibuat sentiasa ada. Haa apakah tafsiran korang semua berkenaan dengan cuti? Adakah ia perlu di isi dengan rehat secukupnya? Ataupun menghabiskan masa bersama keluarga yang tercinta?? Korang tepuk dada tanya la selera. Huhu.

Bagi aku, cuti tu sentiasa ada, tapi aku punya kerja tidak kenal cuti. Hari Jumaat dan Sabtu pula aku sibuk duk tolong My Dad uruskan tanam semula kelapa sawit. Penat tuhan jer yang tahu. Lambat nya siap ladang sawit My Dad.

Hari ni aku siapkan satu menda yang sangat bermakna dalam hidup aku sekeluarga. Aku tahu menda ni tak seberapa, tapi aku rasa amat berpuas hati. Walaupun cuti hanya sehari, dan cuti sebegini setahun sekali jer dapat, tapi aku rasa berbaloi. Apakah mendanya??? Dammm..

Almari Baju Untuk Anak Ayah

Limited Edition