Awak Nak Tahu Tak???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

” Awak nak tahu tak??? “

” Tahu apa? “

” Awak sangat macho… “

” Ha??? Macho? “

” Ha ah. Macho sangat bila korek lubang hidung tu… “

korek lubang hidung
Sekadar hiasan : Google Images

Ok. Beberapa hari ni banyak benda yang telah berlaku. Dan kejadian itu memaksa aku untuk mendiamkan diri seketika dalam dunia blogging. Segala urusan berkaitan dengan blog, terpaksa dibiarkan begitu sahaja. Nak tulis artikel pun tak sempat. Tu belum masuk bab blogwalking lagi.

Dah curi masa untuk menulis satu dua artikel. Tapi lepas siap artikel tu, terpaksa padamkan balik. Aku sendiri baca pun tak faham. Korang lagi la. Ada juga tertulis alamat rumah bakal bini nombor dua, tiga dan empat. Sekali ingat artikel tu, meremang bulu roma. Ngeri sangat. Haha.

Buat duit dengan blog.

Ini masalah sampingan aje. Tapi terbawa-bawa mengalahkan masalah negara.

Minggu lepas, kalau tak silap. Dapat satu lagi komisen ke 21 panduan menjahit baju. Dan komisen yang aku dapat ni tak banyak mana pun. Tapi cukup berbaloi untuk insan yang malas macam aku ni. Haha.

komisen menjahit baju 21
Pendapatan ke 21 panduan menjahit baju

Dan program Affiliates yang lain setakat ni masih belum dapat komisen lagi. Kadang-kadang tu rasa macam fed up pun ada. Yer la. Artikel promosi dah banyak kita tulis. Tapi satu pun tak sangkut. Siap letak ayat berbunga lagi. Ditaburkan pula dengan janji-janji manis. Pun tak laku-laku juga. Haha.

Menda ni semua… Kalau tidak ditangani dengan baik, rasa macam nak delete aje blog tu. Haha.

Kesimpulannya, aku kena rajinkan diri membaiki gaya penulisan dari masa ke semasa.

Banjir melanda Pantai Timur

Ini masalah yang kedua. Banjir yang melanda Pantai Timur sekarang ni agak tidak menentu. Walaupun begitu, aku masih tergolong dalam kalangan mereka yang bernasib baik. Kawasan rumah kediaman tidak dinaiki air. Sebaliknya jalan utama pula yang dinaiki air.

banjir-di-jerteh
Ciluk kat telefon bini pertama…

Aku tahu. Macam mana peritnya hidup sebagai seorang mangsa banjir. Juga menjadikan pusat pemindahan sebagai rumah kedua. Memang menguji tahap kesabaran. Itu belum masuk bab perabot rumah yang rosak teruk. Nak kembalikan kepada kehidupan yang selesa, memakan masa. Ditambah pula dengan masalah kewangan yang seringkali tidak mencukupi.

Takziah aku ucapkan kepada semua mangsa banjir. Dugaan yang dihadapi, terimalah ia dengan hati yang redha. Bak kata pepatah, berat bahu memikul, berat lagi mata yang memandang.

Masalah ketiga, keempat dan seterusnya. Aku rahsiakan jauh dilubuk hati. Agar tidak membebankan mereka yang membaca artikel ni. Haha.

Okeh. Artikel permulaan untuk sebuah percutian yang panjang. Semoga lepas ni, aku akan bangkit dan terus bangkit mencapai cita-cita untuk menjadi orang kedua yang hebat menjana pendapatan online selepas Encik Titan. Haha.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

22 thoughts on “Awak Nak Tahu Tak???”

  1. Tahniah bro.. sebab dapat semakin banyak komisyen affiliate. .. Syukur Alhamdulillah rumah bro tak dinaiki air. . Kesian saya tengok nasib mangsa2 banjir dalam berita.. saya doakan semoga banjir dapat segera surut.. dan keadaan kembali seperti sedia kala. . Lagipun cuti sekolah dah nak habis dah ni.. Banyak urusan persekolahan yang perlu dilaksanakan oleh semua ibu bapa. .

    1. Ya..memang kesian habis ha tengok mangsa banjir ni..ada yang dah beli kelengkapan sekolah..tapi sayang..semua rosak macam tu sahaja..mujurlah kerajaan perihatin bantu mangsa banjir..sekurang-kurangnya ringan sikit bebanan yang ditanggung..

  2. teringin jugak menjana pendapatan dengan blog ni. kite ade buat bisnes mengait kecil2an tp tak dan nk bt blog. Harap satu hari dpt jugak buat satu blog untuk bisnes mengait. In Shaa Allah

    1. Hehe..tak apa..buat dulu bisnes mengait tu..bila dah ada masa, leh la buat blog khas untuk mengait..nak bijak lagi, buat ebook mengait terus..lepas tu jual online..huhhhh..luas lubang duitnya..hehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *