Awe Smart Pah Ceroh

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Agak-agaknya la. Korang faham tak maksud Awe smart pah ceroh?

Maksudnya, anak aku tu dah pandai bergaya sekarang ni. Setiap masa penampilan diri mesti kemas. Malam dan siang. Nak pakai pakaian yang smart-smart. Dan cantik-cantik. Pening kepala dibuatnya. Tak kena selera, mula la buat muka centung. Muncung tu boleh tarik dan simpul. Ada masa buat muka sedih. Kadang-kadang tu merajuk tepi dinding pun ada.

anak suka bergayaNampaknya… Bukan aku sorang aje yang pening…

Anak baru sorang. Dah rasa pening dibuatnya. Tu belum ada geng lagi. Lepas mandi, dia sendiri yang akan carikan baju dan seluar. Malam pun, kalau suruh pakai baju tidur, memang kena jeling aje lah baju tu. Sentuh pun tak nak. Nak juga pakai seluar poket pendek dan baju berkolar.ย Tapi kadang-kadang tu, ada baik gak perangai dia macam ni. Bila susah nak mandi, tunjuk aje seluar pendek yang ada poket tepi dengan baju t-shirt, laju jer pergi mandi.

Tu belum masuk umur 5,6 tahun. Kalau dah masuk umur 5,6 tahun, mengalahkan ayahnya la. Dan perangai anak macam ni, kebanyakan ibu bapa akan rasai. Mujurlah anak aku lelaki. Tak banyak songeh sangat dalam bab penampilan diri ni. Haha. Tapi tak apala. Sekurang-kurangnya telatah mereka ni membuatkan kita terhibur untuk seketika. Dalam masa nak marah tu, boleh lagi senyum dengan perangai anak-anak ni.

awe smart pah cerohNi la dia awe smart pah ceroh. Malam hari pun pakaian macam ni…

Sebab tu kami sorok seluar jeans dia. Pakai bila perlu sahaja. Tak larat rasanya nak beli seluar dan baju baru selalu. Kalau aku kaya tak apa lah. Haha.

Pernah sekali dia tanya. “Mana seluar jeans adik?”

Aku pun jawab dengan muka yang selamba. “Ehh bila pula adik ada seluar jeans???”

Haha. Terus diam budak tu. Tak apalah. Menipu sunat katakan.ย Sebenarnya, perangai anak macam ni mungkin terikut-ikutkan perangai kami. Yer la. Kami suami isteri kan hari-hari kelihatan kemas dan bergaya. Kahkahkah.

Sila abaikan statement tersebut kalau korang rasa loya dan nak muntah. Haha. Anak-anak korang macam mana? Suka bergaya juga ke?

67 thoughts on “Awe Smart Pah Ceroh”

  1. saya bab pakai anak agak tegas utk sekarang ambil part tutup kaki dulu suka tgok pakai seluar panjang dan skirt labuh. akan dtg thun depan ke biasakan anak tutup baju dengan elok.semua berperingkatlah hee…wahualam.

  2. anak teman apa ada je… yg lelaki le. suka sangat pakai baju lama, sampai kena sorok, baju ketat macam balut buah nangka tu… tapi bila dah besar sikit skrg ni, dah mandai nak menyemat pulak…

  3. suka tengok anak-anak lelaki pakai baju berkoler nampak smart.tapi saya tak ada anak lelaki.btw kalau saya balik melaka suka make up anak sedara lelaki bab sisir rambut dia saya suka hee…

  4. serius mmg tak paham frasa itu. loghat ganu yer. tang smart je paham :p

    amboi anak teruna dia dah mula nak bergaya yer.. tunggulah anak pompuan esok dengan kita2 pula geram nk beli baju comel2

    1. Hahaha….tak sabar rasanya nak tunggu baby kedua ni keluar..emm seperti biasa la…yang lebih-lebihnya mak dia nanti..ayah dia tetap tak ada respon pun..hahaha

      1. ore tuo peselah…kalu maso tanam uri tu paka smart2…nanti anok ikut serupo kito paka tu…
        sebab tu kawe paka pioh maso tane uri anok kawe…huhu
        tapi neck tie kawe dok paka lah…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *