Awstat Pondok Kecil 2014 & 2015

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hari ni aku selak semula zaman kegemilangan Pondok Kecil dari tahun 2014 sehingga tahun 2015. Dan ini juga merupakan suntikan semangat untuk diri sendiri agar aku terus bertapak dengan jayanya dalam dunia blogging.

pemadnagan dan teknik seo merah jambu
Sekadar Hiasan…

Blog Pondok Kecil memberikan aku kesan kehidupan yang positif. Baik dari segi pemikiran, gaya hidup dan pelbagai lagi. Tidak pernah menyangka dan tidak pernah menduga bahawasanya aku akan bergelar seorang penulis blog.

Menulis dan mencoretkan sepatah dua kata untuk tatapan manja korang semua.

Walaupun hakikatnya aku bukan seorang penulis yang digilai ramai. Namun, “gaya dan cara” penulisan aku mampu mencuit hati korang semua. Walhal kadang-kadang tu, korang rasa agak muak dan menjengkelkan.

Haha.

Itu perkara biasa. Sudah menjadi lumrah kehidupan seorang penulis blog.

Tahun 2014 adalah tahun yang boleh dibanggakan. Pelbagai kejadian pelik yang mampu mencetuskan perasaan huru hara ditaman hati.

Baik dari segi komisen Affiliates, statistik pelawat, bilangan komen, traffic, statistik alexa dan pelbagai lagi. Semua itu boleh dibanggakan tanpa ada prejudis.

Namun, semua kenikmatan itu tidak berkekalan dan hadir untuk seketika.

statistik blog tahun 2014
Awstat Tahun 2014
statistik blog tahun 2015
Awstat Tahun 2015

Ok. Jangan kata traffic blog Pondok Kecil hebat pula. Yer?

Dan jangan buat-buat terkejut dengan traffic yang ada ni.

Kan ada yang kena babap nanti.

Awal minggu lepas, ada syarikat nak tengok statistik blog Pondok Kecil. Dia kata nak masukkan iklan ke laman Blog Pondok Kecil. Aku segan nak tunjuk, last-last aku tolak macam tu aje tawaran yang diberikan.

Tanya SIFU yang gemar makan cendol tu pun, dia kata “TERPULANG”. Nak terima ke tak. Jadi, aku dengan rendah hati menolak tawaran tersebut.

Kalau aku bagi pun, belum tentu dapat. Biarlah… Aku belum bersedia lagi dengan tawaran yang diberikan.

Dan jauh disudut hati, ada kerinduan yang teramat untuk mengikat semula ikatan “Blogwalking” yang terpisah setahun yang lalu.

Please… Give me the strong… Haha.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

14 thoughts on “Awstat Pondok Kecil 2014 & 2015”

    1. Yup..ada brani semacam saya.. Sekarang ni pun tengah paksa diri.. tengah mencari idea dan tengah mencari tone menulis yang dah lama hilang ni..haha

  1. Trafik yang tinggi walaupun paparan untuk tahun lalu, sedikit sebanyak memberi semangat dan dorongan untuk terus berblogging. Pengalaman digabungkan dengan pendedahan terkini insya-Allah mampu melonjak naik semula.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *