Ayat Untuk Guru Tersayang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ayat untuk guru tersayang? Susah aku nak jawab soalan ni. Sempena hari guru yang akan disambut tidak lama lagi, ramai yang dah pening memikirkan apakah hadiah yang sesuai diberikan kepada cikgu-cikgu semua. Termasuklah kami sekeluarga. Tapi isteri selalu menjadi penyelesaian kepada setiap masalah yang timbul.

ayat untuk guru tersayangPening nak fikirkan ayat untuk guru tersayang…
Gambar : Google Images

Haha. Kan untung ada isteri macam ni. Bukan sahaja pandai jaga makan minum. Yang macam ni, kalau hantaran mahal pun, berbaloi la. Kan? Sebut aje pasal hantaran ni, teringat akan satu peristiwa.

“Agak-agaknya RM5,000 cukup tak?”
“Mana cukup. Sekarang ni semua barang dah naik. Tambahan pula tak lama lagi GST akan dilaksanakan. RM5,000 nak buat apa…”
“Habis tu, anje nak berapa?”
“Anje nak adjust dengan abang RM10,000.”
“Perghhhh… RM10,000? Mak abang nak adjustkan anak jiran kampung sebelah. RM5,000 cukup. Pandai masak 365 resepi, pandai kemas katil, solehah, ada ciri-ciri seorang ibu penyayang… Bla… Bla… Bla… Anje dah la tak pandai semua tu. Shoping pandai lah.”

Ini senario yang berlaku disekeliling aku. Korang mungkin pernah jumpa senario macam ni kan? Biasalah. Lumrah kehidupan. Ada masa pahit. Ada ketika tawar lembar dan kadang kala tu terlajak manisnya.

Ok. Aku tak nak cakap panjang bab jiwa dan perasaan ni. Haha.

Sebelum aku terlupa, aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada warga pendidik di seluruh dunia, khasnya di Malaysia. Jasa dan pengorbanan yang cikgu curahkan selama ini, hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya. Dan semoga pepatah “Guru ibarat lilin, membakar diri untuk menerangi orang lain” akan sentiasa tersemat utuh dalam sanubari. Dan semoga pepatah itu tidak hilang ditelan zaman.

InsyaAllah.

Tidak dilupakan juga kepada rakan blogger Pondok Kecil yang kerjanya sebagai “Seorang Pendidik“. Selamat hari guru aku ucapkan. Dan jangan nakal-nakal kat sekolah yer. Jangan sesekali ciplak karangan budak-budak untuk dimasukkan ke dalam blog. Tanpa kebenaran ibu bapa. Ye?

Haha. Jangan marah. Aku guraukan aje.

“Bro, mana ayat untuk guru tersayang?”
“Susah aku nak jawabkan. Cer klik DISINI dan pilihlah yang mana berkenan. Ye?”

ayat untuk guru tersayangTerima kasih korang. Sebab give me idea malam ni. Haha.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

38 thoughts on “Ayat Untuk Guru Tersayang

  1. Dja@Sishaza

    Blog sis pun meriah dengan carian keyword hari guru ni…ada yang nak cari hadiah sesuai untuk cikgu perempuan, hadiah hari guru yang murah, cara buat sendiri hadiah hari guru …emmm macam2 lah. Apa2 sekali pun,selamat hari guru buat semua blogger guru yer ..
    Dja@Sishaza recently posted..RENCAH HIDUP SEORANG GURUMy Profile

    Reply
    1. hafizul Post author

      Ohhh macam tu sekali ekk..walaupun dulu saya rasa saya hidup dalam kemiskinan dah… Ada lagi yang lebih malang dari saya. Tak apa lah bro..sekarang ni dah terlebih boleh belinya..kan?hehe

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge