Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini 01 Januari 2013 bersamaan 18 Safar 1434h. Selamat tahun baru 2013 diucapkan buat semua rakan blogger dan juga rakan pembaca setia pondok kecil. Tahun 2012 meninggalkan kita dengan berbagai warna-warni kehidupan. Ada yang pahit, ada yang manis, ada yang tawar, dan ada yang masam. Bermacam-macam perisa untuk kenangan tahun 2012. Harapan aku, ia tidak mematahkan semangat korang semua untuk terus melangkah maju dalam tahun 2013.
Di Pantai Timur, tahun 2013 disambut dalam musim tengkujuh. Bagi mereka yang berada dikawasan risiko terkena banjir, aku doakan yang terbaik buat korang semua. Sentiasa berwaspada dan selalu mendengar info terkini banjir.
Alhamdulillah, pertengahan tahun 2012 aku mula terjebak dengan dunia blogging. Dunia yang penuh dengan keseronokan. Keseronokan membuat duit, keseronokan dalam menjalinkan ikatan silaturahim, keseronokan menimba ilmu dan bermacam-macam keseronokan lagi yang aku perolehi. Walaupun begitu, kesedihan sentiasa ada menemani setiap langkah dalam hidup aku. Kadang-kadang aku terfikir juga, alangkah seronoknya hidup ini jika tiada kesedihan, kedukaan dan kelaraan. Adakah anda juga merasa perkara yang sama?
Thank you Allah. Engkau berikan aku cukup kesempurnaan dalam mengecapi nikmat dibumi-Mu. Diberi kesempatan lagi untuk terus menikmati alam ciptaan-Mu sekaligus memberi satu azam tahun baru 2013. Satu matlamat dan satu azam yang sebelum ni tiada dalam kamus hidup aku. Apa yang aku mahukan adalah berjaya dalam dunia blogging dan membawa nama pondok kecil lebih dikenali di persada tanahair.
Azam aku, matlamat aku bukan hangat-hangat tahi ayam. Panas seketika dan sejuk selama-lamanya. Tetapi azam yang boleh memberi semangat juga pada rakan blogger yang lain. InsyaAllah, dengan usaha dan tawakkal aku akan berjaya memenuhi matlamat tersebut. InsyaAllah. Bagi mereka yang tidak menceburkan diri dalam dunia blogging, aku rasa ia adalah satu kerugian.
Penghujung tahun 2012, prestasi blogging aku sedikit menurun. Statistik visitor, pageview, spider, dan feed sedikit terganggu berbanding bulan-bulan sebelum ni. Oleh yang demikian, disiplin dalam menguruskan masa amat penting untuk mencapai azam tahun 2013. Blogger sambilan juga tak mustahil boleh berjaya dalam dunia blogging. Aku tahu Pondok Kecil boleh berjaya dan berjalan seiring dengan blogger-blogger terbaik di Malaysia.
Sempena tahun baru ni, aku nak ucapkan jutaan terima kasih pada mereka yang menyertai giveaway pertama pondok kecil. Setiap cadangan yang diutarakan, akan dinilai dan apa yang baik akan disalur masuk ke halaman pondok kecil. Hehe. Sekiranya tiada masalah dalam pemilihan pemenang, akhir minggu ni aku umum keputusannya.
Akhir sekali, aku nak pohon beribu kemaafan selama aktiviti blogging aku untuk tahun 2012 ada yang menyakitkan hati korang semua. Ayat-ayat aku yang buat korang terasa, aku mintak maaf yer. 0-0 deh. Hehe.
selamat tahun baru 2013 bro…
moga tahun 21013 ni lebih sukses lagi 🙂
Terima kasih AUC..insyaAllah akan cuba yang terbaik…
selamat tahun baru yer bro…semoga tahun 2013 lebih gemilang hendak-Nya…:)
Terima kasih bro..sy doakan bro juga berjaya dalam arena blogging…
selamat maju jaya di 2013
Terima kasih ibu mifzal..bulan disember pondok kecil dah terkeluar dari senarai 3 top komentator blog ibu..huhu
apapun..selamat maju jaya dan menambahkan bilangan anak. haha..
emm memang nak kena tambah dah en titan..sebab rasa tak cukup lagi ada anak sorg..haha..cukup buat team main futsal kira ok la tu..
kesianlah kat bini ko tu wehh. haha..
emm apa nak dikesiankan?haha
selamat tahun baru bro… sama2 kita perbaiki blog kita dan semoga tahun 2013 ini akan memberi kejayaan terulung buat kita semua..
Aminnn semoga kejayaan milik kita untuk tahun 2013 dan tahun-tahun seterusnya..hehe
Selamat tahun baru. Semoga apa yang dicita menjadi impian pada 2013.
Terima kasih akubimed atas kata-kata semangat ni…
Selamat tahun baru bro PK. Jerteh tenggelam air tak. Semoga tahun ini bro lebih kacak
Terima kasih HP..jerteh tak tenggelam air..dekat masjid hadhari jer air sungai limpah..
Semoga semakin sukses di tahuan 2013 ini sahabat
Terima kasih sahabat..semoga ikatan ini akan berlarutan sampai bila2..
selamat tahun baru buat bro dan pengunjung, mudahan sama2 kita lebih succes ditahun baru dan ditingkatkan keimanan kita.
Terima kasih tuan denaihati..hehe
Selamat Tahun Baru Hafizul!!!!
Slamat tahu baru juga kepada wan kaze..hehe
Selamat tahun baru bro.
Semoga tahun ni dimurahkan rezeki dengan blog yang ada sekarang ni. 😉
selamat tahun baru, bro
minta maaf juga ada tersilap tersalah tertulis
emm ok..sy pun nak mintak maaf juga..maklum la kan komen ni kadang2 ada yang buat rakan terasa hati..hehe
happy new year hafizul! semoge tahun 2013 lebey best dari tahun 2012 untuk semua perkara (^_^)
Terima kasih kak nad..diharap mcm tu la..hehe
semoga 2013 bro hafizul terus sukses
Terima kasih bro.insyaAllah dipermudahkan, adala tu kejayaannya..hehe
Bereh boh…selamat tahun baru 2013…
Selamat tahun baru jugok buat demo…
selamat tahun baru 2013..chaiyok bro …you can do it
Selamat tahun baru juga..terima kasih bro..hehe
selamat tahun baru juga bro, semoga kita dapat belajar dari kesilapan lepas, dan terus membina hidup baru.
Terima kasih donnyien..selamat tahun baru juga..