Benci Dan Di Benci

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Benci dan di Benci. Sifat benci merupakan sifat semulajadi yang ada dalam jiwa manusia. Sebagai seorang manusia yang lemah, kita hendaklah terima baik dan buruk apa yang kita miliki. Setiap manusia mempunyai nilai dan tahap kebencian yang berbeza. Bak kata pepatah, lain padang lain belalangnya. Rambut sama hitam tapi hati berbeza. Bencinya kita pada seseorang bukannya boleh dihilangkan dalam sekelip mata.

Benci Dan Di BenciBenci tak tengok Naruto???

Bukan juga sejam dua. Kadang-kadang tu makan masa sampai berbulan-bulan. Kenapa harus ada perangai pelik macam ni? Sedangkan kita berpijak pada paksi yang sama dan berlindung dibawah bumbung yang sama. Kemana hilangnya sikap bertolak ansur yang sering kita bangga-banggakan selama ini?

Hati manusia. Tak semuanya sejuk. Ada yang panas mengalahkan bara api. Tak hairan juga ada yang hatinya suam-suam kuku. Tak salah kita mengundur untuk seketika. Mengundur bukannya kita lemah. Tak bererti kita tewas. Sampai bila kita nak hidup dalam keadaan konflik yang entah bila ada penghujungnya?

Undurkan diri untuk seketika, itu yang terbaik. Bertekak untuk perkara yang sia-sia memang tak akan membawa keuntungan kedua belah pihak. Akhir sekali, dua-dua bermasam muka. Aku cara aku. Kau cara kau. Jadi, biarlah kita mengalah untuk memastikan keadaan konflik itu tidak berakhir dengan perasaan benci membenci.

Setiap malam kita seringkali memaafkan kesalahan orang lain. Sebelum pejamkan mata, kita akan berkata.

“Aku maafkan semua kesalahan yang korang dah buat pada aku tadi.”

Tapi kenapa harus ada lagi rasa benci pada diri mereka?

Hanya ungkapan di bibir manis sahaja, ia diibaratkan sebagai melepaskan batuk di tangga. Esok lusa apabila mata bertentang mata, akan wujud lagi perasaan benci dan sikap malas bertegur sapa. Itukah sikap melayu Islam yang ada dalam diri kita? Ya. Aku tahu aku bukannya baik sangat pun.

Setiap hari, akan ada manusia yang aku benci. Kata-katanya yang gedik mengada-ngada, sikap terrernya mengalahkan orang cerdik membuatkan wujudnya perasaan benci dalam diri ni. Ada juga manusia yang tak pandai nak hargai. Bila kita susah, minta tolong kita tu macam kertas recyle bin aje. Nak tengok tak lalu, nak pegang pun tak naik nafsu.

Tapi aku tak pernah kesah.

Sebab aku tahu, itulah lumrah kehidupan yang sementara. Esok lusa, bertemulah kita. Haha.

Daripada aku meroyan melayan perasaan ni, baik aku jual ebook membuat baju kurung. Sekurang-kurangnya ada juga duit yang masuk. Boleh la belanja mereka, mereka dan mereka yang gedik mengada-ngada, yang cakap tak serupa bikin tu. Haha. Kan?

Ok. Artikel untuk hari Jumaat yang indah lagi mendamaikan.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

Nak Handphone Percuma? Jom tengok di sana ~~> Handphone PERCUMA

43 thoughts on “Benci Dan Di Benci

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge