Benda Pelik Yang Anak Pernah Telan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Anak merupakan pemberian yang paling berharga. Juga merupakan anugerah terindah dalam kehidupan berumahtangga. Kebanyakan wanita yang berkahwin, sudah semestinya akan melahirkan seorang anak. Dan kuantiti anak dalam sesebuah keluarga akan bergantung kepada kekerapan dan kerajinan pasangan tersebut.

Sekadar hiasan : Google images
Sekadar hiasan : Google images

Hah? Rajin?? Kerap??? For what? Haha.

Kadang-kadang bergantung pada rezeki juga. Tidak semestinya rajin dan kerap sahaja. 

Dulu hidup membujang. Jadi, bila sembang pasal anak, tak berapa nak ada ilmu sangat. Itu belum masuk bab menjaga hati pasangan. Bab malam pertama. Bab menjaga hubungan kelamin.

Semua bab itu mesti fail punya. Maklum aje la. Orang bujang. Mana ada experience bab kekeluargaan tahap advance macam tu. Level beginner boleh la. Itu pun sikit-sikit aje. Haha.

Tapi sekarang dah nak masuk level advance dah. Sikit lagi nak lepas level very-very advance. Haha.

Bila dah ada isteri, ada anak, barulah aku faham. Betapa susahnya untuk menjaga sebuah keluarga. Nak bimbing ke arah yang lebih baik bukan senang. Perlu ada pengorbanan dalam setiap aspek.

Ok. Kelmarin ada borak dengan brader ni. Kawan lama merangkap kawan sekolah rendah.

“Bro, kau punya anak pernah telan benda pelik ke?”

“Tak pernah bro. Dia telan makanan aje. Nasi yang kuat dia telan… Kenapa bro?”

Pernah sekali tu anak dia telan riben. Yang kecil-kecil tu. Mujurlah keluar bersama kuih kuning dalam pampers tu. Kalau tak, tak tahu la macam mana.

Kadang-kadang kita bukan tak cakna dengan anak kecil. Tak kan 24 jam nak dukung aje kan. Tak ke rimas budak tu nanti. Dia pun nak explore juga apa yang ada disekeliling.

Sekadar hiasan : Google images
Sekadar hiasan : Google images

Kalau betul-betul kita pantau dan tengok pun, mesti ada juga benda pelik yang ditelannya. Depan mata memang lantai bersih. Tapi tak mustahil kalau ada benda baru yang jatuh ke lantai. Betul tak?

Itulah. Bukan senang sebenarnya nak pantau anak kecil agar selamat daripada telan menda pelik ni. Kan?

“Nak buat macam mana ekkk? Anak aku suka telan menda pelik ni…”

Entah la. Aku sendiri pun susah nak jawab. Senang-senang kurung aje la budak tu dalam cermin kaca. Haha. Comfirm tak ditelannya benda pelik lagi.

Budak yang suka telan menda pelik-pelik ni bahaya juga. Sekali dia telan paku. Apa korang rasa????

Apa yang aku boleh cakap :-

  1. Buat ruang khas untuk anak bermain, anak nak lepak, anak nak merangkap, anak nak bergolek. Buat ruang khas. Dan ruang tersebut 24 jam kena bersih daripada benda pelik lagi merbahaya.
  2. Pastikan. Pastikan dan pastikan kawasan anak bermain tak ada menda pelik yang merbahaya.
  3. Ulang nombor 1 dan 2 sampai anak korang besar. InsyaAllah tak ditelannya benda pelik lagi.

Anak aku dua orang tu setakat ni Alhamdulillah. Tak pernah jumpa lagi benda pelik yang ditelannya. Anak korang macam mana pula?

Apa benda pelik yang pernah ditelannya?

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

43 thoughts on “Benda Pelik Yang Anak Pernah Telan”

  1. Nak buat anak mungkin senang bagi sesetengan anak..
    Tapi yang pasti nak menjaga anak, tidaklah mudah seperti kita membuat anak.. dari sinilah kita belajar erti kesabaran..

  2. Pengalaman saya bukan anak menelan benda pelik, tapi benda itu di masukkan ke dalam hidung macam kacang, biji-bijian, untuk mengeluarkannya dengan membawa ke hospital terdekat

  3. Sudah pun kita berhati-hati menjaga anak ada saja hal yang tidak diinginken jadi juga, karenanya ada baiknya kita mohon penjagaan dari Allah, supaya setiap hal baik-baik adanya

  4. Alhamdulillah, anak saya sekarang dah ada lima orang. Memang dorang makan apa aje yg berada di lantai.

    Tetapi yang kelima ni cukup bagus. Hanya makanan je yang dimasukkan dalam mulut dia, kalau benda lain dia pegang je.

    1. Haha.. anak saya dah pernah terjun tangga.. mujurlah tak ada apa2.. cuma dia fobia jer masa kena.. tubuh tak bermaya macam orang hilang semangat.. fuhhh memang takut sangat masa tu..

  5. Buatnya ditelan benda bahaya adoii yang tu memang runsing lah. Tapi budak kecik semua benda nampak menarik kat mata diaorang even benda tu memudaratkan pun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *