Bersabarlah Melayan Kerenah Anak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pengalaman melayan kerenah anak cukup memberikan tekanan emosi dalam hidup aku. Tambahan pula aku pertama kali bergelar seorang ayah. Memang banyak rintangan dan dugaan yang perlu dihadapi dalam membesarkan anak. Dalam meniti hari-hari kehidupan bersama si anak, tahap kesabaran sering kali menguji keimanan aku. Walaupun hakikatnya aku bertuah kerana mempunyai seorang anak yang tak banyak kerenah, cepat belajar dan periang, namun ada sesetengah perkara yang dilakukannya tidak menyenangkan hati aku.

kerenah anak

Aku akui bukan mudah untuk membesarkan seorang anak. Pengalaman yang cetek membuatkan skop untuk aku berfikir secara matang amat terhad. Dalam proses pembelajaran anak, dengan usianya yang setahun jagung, memang banyak kesan negatif apabila kita sebagai ibu bapa gagal dalam proses mendidiknya. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Kerenah anak – Tak nak mandi dan bila mandi tak nak tinggalkan bilik air

Kerenah ni selalu sahaja berlaku apabila tiba masa mandi. Memang menguji kesabaran aku. Apabila di ajak mandi, ada sahaja perkara yang tak sepatutnya dilakukan. Masa tu lah nak main basikal, masa tu lah nak main bola dan macam-macam lagi kerenahnya. Nak kata tak suka mandi, dia memang suka mandi. Aku pun naik hairan. Masa aku tak kalut, tak sibuk dengan urusan lain, ok jer kalau dia bersikap macam ni. Aku boleh tahan beberapa minit untuk pujuk dia. Tapi bila sibuk, seminit pun tiada masa untuk melakukan aksi pujuk memujuk.

Biasanya apabila anak buat kerenah macam ni, aku akan cuba menarik perhatian dia. Seperti membawa alat mainan bersama untuk mandi. Kadang-kadang bawa itik yang sudah tak berkepala. Haha. Bila dah mandi, memang susah nak tinggalkan bilik air. Caranya senang jer dan masih praktikal untuk diamalkan sampaikan sekarang. Tutup lampu bilik air, mesti dia cepat-cepat angkat tangan minta di dukung. Haha. Bijak betul idea isteri aku.

Kerenah anak – Susah pakai pampers dan baju apabila siap mandi

Sejak kebelakangan ni, kerenah ni selalu jer ditunjukkan oleh anak aku. Mungkin mahukan perhatian dan mungkin juga dia rasa tak dihargai. Haha. Bila diajak pakai pampers, biasanya dia lari-lari anak macam tu la. Nak suruh main kejar-kejar. Kadang-kadang selamber jer dia menjawab ” Tok Chir “. Biasanya aku akan bagi satu alat yang boleh menarik perhatian dia. Seperti bagi dia main minyak ubat, bagi dia main bedak dan bermacam lagi. Anak aku memang suka main bedak dan salah satu faktor yang aku tak bagi dia main bedak adalah seperti gambar kat bawah tu.

Antara kerenah anak yang selalu menguji kesabaran aku. Mungkin dia inginkan perhatian kot. Sebab tu buat pelbagai kerenah. Tak apa la dik. Hari ni ayah cuti, lusa ayah cuti. Boleh la ayah luangkan masa sepenuhnya dengan adik. Hehe. Dalam membesarkan anak, banyak kesabaran yang terpaksa dikorbankan. Memang tidak patut dan tidak wajar diamalkan sekiranya kemarahan menentukan segalanya. Marah itu perlu tapi haruslah berpada-pada. Dalam ketegasan, ada lemah lembutnya.

p/s : Sekadar coretan di kala penyesalan melanda…Huhu..

53 thoughts on “Bersabarlah Melayan Kerenah Anak”

  1. Ya Allah..memang semua kanak-kanak camni ke? Anak saya ponnnnnnnn! Memang kadang-kadang boleh naik marah. Pernah sekali tercubit dia..tapi dia still rilek buat muka tak bersalah. Sampaikan saya sendiri cakap “sorry” !! masa untuk pakai pampers memang mencabar. Bila dah baringkan dia, atas tuala, dia bangun berlari-lari atas turun katil…geram..tapi dia gelak2 suka..

    anak saya ni kalau nak mandi takde masalah. tapi dia request nak “bubble bath” iaitu pakai bath tub masa dia kecil. Mana lah kalau setiap kali mandi nak pakai bath tub tu. takde masa dan juga membazir air je…..ermm kalau dah mandi memang tak nak keluar bilik air. nak tutup lampu dah memang terang..hahaha memang kena amik tuala cecepat lah angkat dia…terpaksa ckp “bye water..thank you water” dia pon bye lah bilik mandi tu dengan pasrah…kalau la bagi chance dalam bath tub tu…menangis taknak bangun sampai sejuk ler kaki mak nya…

    memang budak2 sama ye..ahahhha ibu bapa kena bersabar…

  2. Seronok melayan telatah anak-anak ni…pengalaman saya paling manis ialah menjaga puteri kembar saya…dari kecil sehinggalah sekarang dahpun berusia 4 tahun 9 bulan…kalau sorang ceritanya macam yang bro PK ceritakan…cuba bayangkan kalau dua orang macam mana pulak?hehehe

    1. Biasalah ciktom anak kecik memang camni. bila jadi ibu ni baru paham..tapi rasa macam geram jugak tengok anak layan yang over betul kenakalannya. taktahulah sebab genetik ke, perangai ke, didikan ke…wallahuallam

  3. emm baru tahu “senang” jaga anak kan, cabaran tu bro, tu baru sorang tu, akak yang tiga org ni jenuh juga melayannya di kala abahnya tetiap mggu outstation.

    yang seronoknya melayan kerenah dan sunyi hanya bila diorg dah tidur hihi

    1. hahahaahahaaaa…setuju sangat..kedamaian memang ketika anak sudah melelapkan mata..haha…emm 3 orang lagi byk ragamnya kan..satu masa nanti sy akan lalui perkara sama mcm aju lalui..hehe

  4. biasa lah budak kecil.
    ada saja kerenah nya.
    saya pun begitu juga.
    syukurlah tahap kesabaran yang dianugerahkan Tuhan kepada saya dapat dilaksanakan dengan mudah.

  5. alhamdulillah suke dengar org lelaki yg sanggup sabar ngn kerenah anak..tapi suami saya sangat2 kurang sabar dengan kerenah anak yang agak aktif..saya sndiri tension dengar dia marahkan anak..seolah2 anak menyusahkan dia..semoga Allah bukakan pintu hati dia untuk berlembut ngan anak

    1. Aminnn..semoga Allah lembutkan hati dia..saya pun kadang-kadang marah juga anak..biasa la tu ada masa kena marah..ada masa kena berlembut..tapi jangan dijadikan sikap marah tu sebagai segala penyelesaian untuk kerenah anak…semoga puan diberi kekuatan selalu untuk menghadapi dugaan mcm ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *