Bersabarlah Melayan Kerenah Isteri

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bersabarlah melayan kerenah isteri walaupun kerenah tersebut lebih teruk daripada kerenah seorang anak. Ini hakikat yang harus di terima. Ada ketika kerenah isteri akan lebih mengada-ngada dan lebih manja daripada kerenah anak-anak. Ikut sedap mood saje. Nak itu la. Nak ini lah. Nak selalu berkepik 24 jam. Sampai makan nasi pun malas nak makan sendiri. Tu belum bab mandi.

melayan kerenah ister

Sabar aje la. Maklum la kerenah isteri ni ada lebih 1001 ragamnya. Dapat yang tak banyak songeh kira ok la tu. Dapat yang manja, sampai ke tua manjanya. Semakin tua semakin menjadi. Agaknya la. Haha. Kita selaku seorang suami yang baik hati. Selaku seorang suami yang mempunyai akhlak terpuji haruslah melayan kerenah isteri dengan sebaik-baiknya. Betul tak?

Walaupun sikap dan perangainya kadang kala mengundang perasaan amarah dalam diri. Bak kata pepatah, dimarah jangan selalu. dipukul biarlah berpada-pada. Kan? Fitrah kejadian seorang wanita. Dijadikan daripada tulang rusuk yang bengkok sehingga dirinya mudah melakukan kesalahan. Kecil ataupun besar, selagi tidak bercanggah dengan ajaran Islam, maafkanlah. Itu lah perkara PAHIT dan KELAT yang suami kena telan demi mengekalkan kebahagiaan sebuah keluarga.

melayan kerenah isteri

Bukan senang nak bina sebuah keluarga yang lengkap dengan isi rumahnya. Ada boboy, ada gugirl, ada papa dan ada mama. Itu semua bukan boleh terjadi dalam sekelip mata. Makan masa bertahun-tahun tu. Haha.

Wanita tidak akan mampu lurus selamanya. Jika kamu merelakannya walau apa kebengkokan itu, kamu akan bahagia bersamanya. Tetapi jika kamu memaksa meluruskan kebengkokannya, kamu akan membuatnya patah, iaitu penceraian.Hr Muslim - Dipetik dari buku The Great Husband

Aku tahu. Bila dah mempunyai isteri ni, macam-macam hal yang kita kena hadapi. Salah percaturan, isteri masam muka. Salah cakap “Ayang, abang nak madu boleh?” pun jadi isu bergaduh. Padahal kita cakap nak madu dalam peti tu. Tu la. Bila cakap dengan isteri ni, kena cakap dengan terang, jelas dan nyata. Tak boleh nak berkias sangat untuk perkara yang sensitif di hati isteri.

Bila isteri 24 jam di depan mata, mula la kita nak bertekak manja. Bila jauh di mata, mula la rasa bertapa kasih dan sayangnya isteri pada kita. Jaga makan dan minum. Memberi layanan special sepanjang masa. Malam-malam buta, anak merengek nak susu, rela korbankan masa tidur. Bangun, lapkan mata, ambik bekas susu dan buatkan susu untuk anak kita.

Tu belum bab isteri sediakan makanan best-best untuk kita. Tapi semua tu isteri tak pernah merungut pun. Kan? Ok. Bermula hari ni, bersabarlah melayan kerenah isteri. Semoga kebahagiaan itu sentiasa kekal berpanjangan. Aminnn.

Sebab tu, aku selalu cakap ayat keramat ni kat isteri. Sayang, I LOVE U so mucccchhhhhh.

Tapi…..

Dalam hati jer la. Hahahaha.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

32 thoughts on “Bersabarlah Melayan Kerenah Isteri

  1. shahfir

    Memang perlu mendalami ilmu rumah tangga bagi suami kalau mahu mendepani dengan karenah isteri,pelbagai masalah,bukan seperti masa bercinta semuanya indah belaka.Seribu satu macam dugaan ada dihadapan apabila bergelar suami.Kuncinya perlu banyak bersabar.
    shahfir recently posted..PAKCIK TUNGGANG BABI JADI POPULARMy Profile

    Reply
    1. hafizul Post author

      Haha..tahu tak apa..masa bercinta ni, saya rasa tak banyak kerenah sangat..bila dah kawin ni masing2 leh nampak la…haha..masa tu memang kena bersabar banyak2 la…terima kasih bro kongsikan pendapat yang baik ni..

      Reply
    1. hafizul Post author

      Hahaha..bab kawin tu memang tak sabar bro..sama je ngn saya dulu…excited sangat nak kawin..haha..alhamdulillah..bila dah ada anak ni, jarang2 jer rasa tak sabar dengan kerenah anak…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge