Bibit-Bibit Cinta Mekar Kembali Nampaknya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Ok. Ini tajuk boleh bawa maut. Boleh buat isteri hangin satu badan kalau tak ditafsirkan dengan baik. Kalau dah salah faham, memang susah nak diperbetulkan. Makan masa. Makan jiwa. Makan hati. Dan segala jenis makan yang boleh memudaratkan emosi dan perasaan.

Sekadar gambar hiasan : Google images

Sekadar gambar hiasan : Google images

“Bibit-bibit cinta mekar kembali nampaknya”

Luahan ikhlas terdetik di hati apabila terpandang wajah isteri pertama. Hari ini kelihatan cun, kiut dan seksi sekali. Bergayakan baju kurung bertemakan bunga ros kembang tak layu. Situasi itu seakan-akan mengimbau saat pertama kali mata bertentang mata. Saat ketikanya meluahkan rasa cinta.

Sekadar gambar hiasan : Ini bukan isteri aku...

Sekadar gambar hiasan : Ini bukan isteri aku…

Masing-masing malu kemaluan. Lidah kelu tak terkata. Hubungan yang dibina sekian lama akhirnya disulami dengan benang-benang cinta. Disusun kemas dan rapi menjadikannya sehelai songket asmara.

Dicelup pula dengan perindu yang tak pudar dimakan masa dan waktu. Dikeringkan dan disarungkan bersama hingga ke hari tua. Itulah ibaratnya percintaan kami berdua. So sweet kan???

Haha.

Ok. Dah cukup mengarut pendahuluannya.

Sempena hari ibu yang dah lepas, aku nak kongsikan beberapa tips mekarkan kembali cinta yang lama suram. Ini dikhaskan untuk mereka yang dah berumahtangga lebih 30 tahun lamanya.

Tidak dinafikan, pasangan yang dah mendirikan rumahtangga untuk tempoh yang agak lama akan mengalami masalah seperti :

  1. Tak terasa hangat sepertimana malam pertama.
  2. Pasangan dah tak romantik macam zaman-zaman bercinta.
  3. Suami dah kurang pandang wajah isteri. Berkedut dah kot.
  4. Suami tension sebab nafkah batin tidak dijaga dengan baik.
  5. Dan macam-macam lagi.
  6. Dah la..

Masalah diatas sekiranya tidak dibendung dan dicegah dengan baik, akan menyuramkan lagi rasa cinta diantara satu sama lain. Oleh yang demikian, aku terpanggil untuk berkongsikan tips ini.

Tips Mekarkan Kembali Cinta Yang Lama Suram :

  1. Dekatkan diri dengan Allah S.W.T. serapat yang mungkin. Bonceng motosikal sama-sama pergi masjid. Kan romantik tu.
  2. Jangan paksa suami untuk tidak berkahwin dua seandainya suami mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan baik.
  3. Suami ataupun isteri, bila dah lanjut usia jangan selalu sangat sibuk dengan urusan luar. Sibuk main golf. Sibuk dengan group pinggan mangkuk. Sebaliknya banyakkan masa untuk berdua-dua dengan pasangan masing-masing. Masa muda dulu, memang tak lama rasa nikmatnya hidup berdua. Dengan anak kecilnya, dengan anak remajanya, dengan sibuk urusan kerjanya. Jadi, usia emas macam ni, kena perbanyakkan masa untuk bermanja, berkepik dan bertentang mata.
  4. Solat bersama. Mandi bersama. Makan bersama. Tidur bersama. Buat kerja rumah bersama. Pendek kata semuanya harus dilakukan bersama. Dan dari situ, akan mekarlah bunga-bunga cinta yang dah lama suram secara tidak disengajakan.
  5. Terima pasangan seadanya. Ini penting. Maklum aje la. Dah tua kan. Masing-masing ada perangai pelik. Masing-masing ada hobi yang aneh. Jadi, terimalah kerenah pasangan kita seadanya. Selagi ia tidak memudaratkan Agama, Bangsa dan Negara.
  6. Hiaskan diri dengan baik sekali. Bila dah tua, mesti korang tak kesah akan penampilan diri. Pakaian pun ala kadar jer. Terutamanya isteri. Suami tak apa. Semakin tua, semakin berharga. Haha. Lepas ni pakaian jangan “asal pakai jer”. Kalau perlu guna gincu, guna maskara, guna berus pipi, silakan.
  7. Dah la tu. Banyak-banyak kan nanti korang jemu pula.

Korang pula fikirnya macam mana?

Betul kan? Semakin tua, semakin kurang rasa hangatnya cinta. Semakin kurang rasa panasnya asmara. Dan lain-lain yang berkurangan. Yang berkaitan. Haha.

Untuk membuat wanita bahagia, seorang lelaki hanya perlu jadi :
1. Rakan
2. Teman
3. Kekasih
4. Saudara
5. Bapa
6. Induk
7. Tukang masak
8. Juruelektrik
9. Tukang paip
10. Mekanik
11. Seorang tukang kayu
12. Banyak lagi… Sila baca kat sini ~~~> Cara Membuat Isteri Bahagia

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

40 thoughts on “Bibit-Bibit Cinta Mekar Kembali Nampaknya

  1. Pingback: Kenapa Sambut Hari Ibu? | MUHAMADYUSRI.COM

        1. hafizul Post author

          Oloh..ambo mudo lagi bohhh..mudo trang tang-tang.. Haha.. Kawe tulis dari pemerhatian etek.. Tengok cara ore lamo nikoh lagu mano..ore mudo nikoh lagu mano.. Pah gabung dan buat kesimpulan.. Dari kesimpulan, terhasillah tips ni..hahaha

          Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge