Biey, Nak Singgit…

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Sabtu petang…
“Biey, nak singgit boleh?”

Ahad petang…
“Biey, nak singgit…”

Isnin pagi…
“Biey, nak singgit…”

duit satu ringgit

Dengan penuh rasa kehairanan…

“Nak buat apa singgit? Hari-hari mintak singgit…”

Suami siapa yang tak pelik. Suami mana yang tak simpan syak wasangka dengan penuh rasa curiga. Setiap hari mintak singgit. Nak beli barang dapur pun tak lepas. Cuka makan pun dah naik harga sekarang ni. Dulu RM0.40 satu botol kecil. Sekarang dah cecah RM0.80 sebotol.

Rupa-rupanya si isteri nak menabung untuk masa depan keluarga.

Terharu rasanya… Macam nak keluar air mata jantan yang sukar dikeluarkan dicelah-celah kelopak mata.

Jauh disudut hati…

“Alangkah beruntungnya kalau diamalkan cara ni beberapa tahun yang lepas…”

Berkemungkinan besar, sekarang ni dah jadi jutawan kecil la kot. Haha.

Apa yang dilakukan oleh si isteri merupakan satu tindakan yang amat wajar. Dan sepatutnya menjadi amalan yang berterusan. Ye la kan. Nak harapkan suami menabung memang tak la. Suami pandai cari duit aje. Tetapi kurang pandai dalam bab menguruskan kewangan keluarga.

Ini lumrah yang orang pempuan kena terima.

Walaupun begitu, ada juga suami yang bijak dalam menguruskan soal kewangan keluarga. Tidak dinafikan. Tak kata orang lain. Aku sendiri pun sukar nak uruskan kewangan keluarga. Mujurlah ada isteri yang berdedikasi dalam menguruskan kewangan keluarga.

Kadang-kadang aku terfikir gak.

RM 1 x 365 hari = RM365.00 (Sorang isteri)

RM 365.00 x 4 Orang Isteri = RM1,460 / Tahun

Haha. Macam sedap aje jalan pengiraan tu kan???

Nilai singgit sekarang ni bukanlah tergolong dalam nilai yang tidak mampu dibayar oleh masyarakat di Malaysia. Kecuali mereka yang terjebak dengan masalah kegawatan ekonomi keluarga yang terlampau serius.

Nilai seringgit memang sikit dan tak mampu untuk memenuhkan tabungan kita dalam masa yang terdekat. Sabar la. Ingat senang ke nak jadi Jutawan? Perlukan masa. Orang puteh kata, “Take Yout Time”. Bak kata pepatah orang kampung, sikit-sikit lambat laun jadi banyak.

Kesimpulannya…

Menabunglah dari sekarang. Tak mampu RM10, menabunglah dengan RM1. Tak mampu juga dengan RM1, menabunglah dengan RM0.10. Kalau tak mampu juga, nescaya korang tergolong dalam golongan manusia yang bertahi hidung masin.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

26 thoughts on “Biey, Nak Singgit…”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *