Bila Lelaki Tunjuk Dia Punya Mulut Manis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pernah dapat surat cinta? Pernah utus surat cinta buat yang tersayang? Maybe dah tak ada zaman sekarang. Sekarang semua pakai emel aje. Pakai note dekat FB. Pakai taip dalam WhatsApp. Hantar dengan Telegram. Dulu mana nak ada semua benda ni.

kertas a4 bakar tepi

Sumber : http://id.wikihow.com/Membuat-Kertas-Terlihat-Tua

Kertas kajang ataupun kertas A4 yang dibakar tepi yang telah menjadi kebanggaan di zaman cinta monyet dahulu. Haha. Dapat surat. Kononnya dari girlfriend. Heppy tak hingat dunia. Padahal bukan isi penting sangat pun. Awal-awal lagi awek tu declare dia tak syok dan tak jatuh hati kat sape-sape.

Ego ke apa ni?

Lagipun, surat yang dibalas sekadar untuk memperingati aje.

surat-cinta

Isi secuit pendek macam tu aje.

Tapi dia punya feel gembira sampai boleh lupa diri.

Come on la…

I bukan nak perasan sangat. I memang minat kat you. I memang suka dengan sikap you. Hati I memang dah jatuh pada you. So? Salah ke kalau I tunjuk minat dan sayang dekat you?

I tak perasan mana pun, you. I sedar yang I ni tak berapa nak hensem. Tak berapa nak kacak. Tapi cute tu masih ada. Comel dan seksi tetap I yang pegang tahta.

You…

Bila I cakap I seksi dan cute, you buat bibir semacam aje kan? Tahu yang you nak cakap I ni jenis tak sedar diri. Kan? Sebab itu la. I cuba pikat hati You. I nak you sedarkan I. I nak you siram hati I dengan cinta you.

Agar I lebih sedarkan diri pas ni…

Salah ke???

Susah ke???

I tak pandai nak main ayat-ayat puchline yang menggoda. I tak ada cara yang kreatif untuk tambat hati you yang keras ni.

But one thing you must know. I sayangkan you lebih dari emas dan berlian.

You….

I tahu… One day you akan pilih someone yang ada Iman. Yang boleh jadi Imam di setiap solat you. Yang boleh bawa you ke syurga. Yang baik hati. Yang romantik. Yang tak pernah nak tengking you. Yang pandai jaga hati you. Yang boleh bimbing you ke arah jalan yang betul. Yang boleh membentuk you menjadi isteri yang solehah.

Pendek kata, you nak someone yang boleh buat your married till jannah. Kan???

married-till-jannah

Tapi kenapa you tak bagi peluang dekat I untuk I tunjuk who am I yang sebenarnya.

I bukan tebuan ataupun lebah yang suka menghisap madu semata-mata. Dan I bukan segelintir lelaki yang excited pada sesuatu perkara yang baru. Sampai bila-bila pun bagi I semua benda yang ada pada You adalah baru. Dan tak pernah lusuh. Ataupun buruk!

I tak sama perangai dengan lelaki lain. I bukan lelaki sebagaimana yang kaum you selalu duk sembang tu.

“Alahhhh… Habis madu sepah dibuang laaa…”

I bukan jenis macam tu. I kalau dah dapat, sampai bila-bila pun I tak buang tau. Tambah-tambah kalau dapat hati you yang keras dan kejam ni.

Comfirm I laminate dan framekan, letak dalam konkrit. Supaya tak hilang dan tak dirampas lelaki lain. Tapi itulah. Kalau I cakap macam tu, you kata I sembang kencang. Yer la. Yer la. Kaum I kan bermulut manis.

Kaum I kan jenis yang pelik.

Sebelum kawin memang excited tahap paling klimaks ajak datim. Lepas kawin nak ajak makan sama-sama pun susah.

What the hell, kan???

Ye. Kaum I memang pelik….

Sebelum kawin, kaum I yang mintak benda pelik-pelik kan? Kaum you mana ada. Kan? Kan?? Ok la. Ok la. Kaum I yang suka request macam-macam dekat kaum you.

Nak MMS gambar tak pakai tudung lah. Nak gambar yang tak berbaju la. Tapi lepas kawin, haram nak mintak semua tu. Dah terbentang depan mata pun, buat tak layan aje. Tapi itu bukan I, you. I tak macam tu.

Serius you….

I tak berani nak request macam-macam dekat you. Tapi kalau you bukak kaunter, I lah orang pertama yang akan request macam-macam perkara tu.

Tak… Tak… I gurau je, you.

Jangan ambik hati tau!

….. Tamat!

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

29 thoughts on “Bila Lelaki Tunjuk Dia Punya Mulut Manis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

CommentLuv badge