Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kahwin, perkahwinan dan berkahwin. Semuanya mempunyai makna yang sama tetapi lain sebutan sahaja. Kahwin adalah perkara yang baik dan sesuai dilaksanakan jika segala keperluan dan kelengkapan telah mencukupi. Syarat-syarat sah perkahwinan, dan segala bagai lagi berkenaan dengan nikah kahwin, perlulah diberi keutamaan. Dalam suasana kegembiraan menyambut hari berbahagia itu, janganlah sesekali kita lupa akan tugas dan tanggungjawab yang harus dipikul selepas berkahwin. Sebaik-baiknya sediakan persediaan yang cukup tentang nikah kahwin agar tidak menimbulkan sebarang kesulitan di masa depan. Pengalaman mendewasakan.
Kredit : Gambar Penang Heritage
Semalam ada berborak dengan sorang kawan baik yang bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi. Dalam topik berbual kami tu, ada lah diselitkan beberapa hal berkaitan dengan alam perkahwinan. Biasa la bila dah ada pengalaman tentang nikah kahwin ni, mesti rakan-rakan suka bertanya. Nak mintak tips la kononnya. Aku dulu masa nak kawin tak minta tips dari sesiapa pun. Boleh pula dia minta tips nikah kahwin dari aku. Tak apa lah. Selagi ada tips yang berguna, aku akan kongsikan. Aku pun bukan pandai sangat dalam mewujudkan kebahgiaan berumahtangga.
Dan apabila mereka bertanya tentang kahwin, aku mesti senyum jer. Aku seronok sebenarnya apabila membicarakan topik berkenaan dengan alam perkahwinan. Alam mistik yang tidak kesemua insan alami perkara yang sama. Dan tidak semunya mengetahui keseronokan sepertimana yang dapat aku rasakan. Namun apa yang penting yang harus kita ingat, rahsia dalam rumah tangga mesti kita sembunyikan jauh di lubuk hati. Tidak sesuai dikongsikan dengan mereka yang lain kecuali isteri sendiri. Ataupun suami sendiri. Tak pun isteri no. 2, no. 3 dan no. 4.
Apa yang seronok bila kawin?
Alam perkahwinan ni banyak perkara yang boleh memberikan kita keseronokan. Keseronokan dapat dirasai beberapa hari sebelum majlis akan nikah lagi. Masa tu ada yang duk hafal lirik akad nikah. Masa tu ada yang tengah gelabah nak berhadapan dengan tok kadi dan sanak-saudara di sebelah pihak pasangan. Masa tu juga menuntut untuk korang tak leh tidur lena. Dan paling best, waktu tu mesti korang tengah berangan-angan macam mana suasana selepas kawin nanti. Kat mana nak berbulan madu. Nak hadapi malam pertama macam mana. Ramai mana korang nak anak. Nak beli rumah besar mana dan segala macam lagi.
Dan semasa majlis akad nikah, korang mesti lagi seronok. Masa aku kawin dulu, dapat tok kadi yang sporting dan pandai melawak. Walaupun hakikatnya jiwa gelisah, tapi aku tidak gemuruh. Berdebar-debar pun tak. Tengok muka tok kadi rasa nak senyum jer. Tut-tut dia pandai melawak pula. Ada juga lawaknya yang memaksa untuk aku gelak sakan. Siapa tak gelak kan, kalau ada yang buat lawak. Memang seronok masa tu. Tapi tok kadi tu dah tak ada. Meninggal dunia beberapa tahun yang lepas.
Bab yang paling mengembirakan adalah apabila melihat semua orang kat majlis perkahwinan tu ceria dan gembira dengan menyambut hari kebahgiaan tu khasnya mak ayah aku. Itu lah saat yang paling menyentuh hati. Segala pengorbanan yang mak ayah berikan selama ini, sehingga aku berjaya berada di gerbang perkahwinan, memang tidak akan dilupakan sampai bila-bila pun. Masa tu aku nak sangat peluk cium mak erat-erat. Cuma nak cakap, “Mak, terima kasih…”. Tapi hati lelaki, tetap ada egonya.
“Usah dikenang masa lalu, biarkan ia menjadi sejarah untuk kenangan abadi”
Ada lagi bab yang menyeronokkan. Waktu isteri mengandung. Memang seronok tak terkata apabila dapat mengetahui aku bakal bergelar seorang ayah. Kadang-kadang macam tak percaya. Umur muda lagi tapi dah bergelar ayah. Namun itulah hakikat yang harus aku terima. Aku akan dapat baby dan aku akan menjadi seorang ayah. Memang gembira sakan waktu tu. Dan masa tu, layanan yang diberi pada isteri rasa terlebih dari hari sebelumnya. Haha. Biasalah. Isteri mengandung anak kita kan. Kena layan bagaikan raja.
Perkahwinan lagi seronok apabila korang mengecapi Keindahan Hidup Berkeluarga. Gurau senda bersama isteri dan anak-anak sedikit sebanyak menjadi pemangkin semangat untuk meneruskan kehidupan. Memang tidak dinafikan, kadang kala kita rasa tewas dengan dugaan kehidupan. Dan apabila korang hilang punca untuk mencari semangat tu, ingatlah. Isteri korang sentiasa ada disisi. Sekali sekala, pinjamkan paha isteri untuk dijadikan alas kepala agar bebanan yang korang tanggung tu sedikit sebanyak akan hilang dek usapan manja tangan si isteri. Hebatnya tangan seorang isteri merangkap ibu, yang tuhan ciptakan cukup sempurna untuk kita lelaki yang bergelar seorang suami.
Keseronokan bertambah lagi apabila korang dan pasangan korang wujudkan kebahgiaan dalam rumahtangga. Nak wujudkan kebahagian dalam rumahtangga tak susah. Korang boleh baca dekat blog rakan blogger, artikel yang bertajuk Tips Rumahtangga Bahagia:Elak 5 Perkara Kalau Sayangkan Suami Isteri! dan Cara Memikat Suami. Kehidupan ni menuntut untuk kita belajar dan terus belajar. Dalam setiap perkara, kita kena belajar walaupun kita sudah khatam tentang perkara tersebut. Aku rasa dah panjang benar penulisan aku ni. Rasa nak sambung lagi, tapi takut korang muak pulak. Hehe.
p/s : Siapa tak sayang bini oii!!!
Perkahwinan adalah suatu yang sangat suci…jadi pertahankalah institusi ini sebaik mungkin kerana ia adalah sunnah…
terbaik! pakat sama2 ikut nabi yg menjadi manusia terbaik pada keluarganya
Emm terima kasih bro..insyaAllah akan saya pertahankan sebaik mungkin..hehe
gua kalau tahu habis sekolah je terus kahhwinn
hohoho…tak tahan punya statement..keh3
yeayy..jadi 1st komentator bulan mei…hahahaha
Haha..tahniah bro..saya tak sempat nak check dan buat artikel lagi..masalah bertimbun-timbun..hehe
Hahahaha..bro ni..ada-ada aje lah..
Bila ingat balik masa mula2 kawin dulu nak tergelak rasanya 🙂
Haha..semua tu pengalaman dan kenangan kan bro..
Perkahwinan itu menyeronokkan..pengalaman sekali seumur hidup..tapi perlu dipastikan kehidupan selepas berkahwin itu juga menyeronokkan..kalau tak, itu yang membuatkan banyak kes penceraian berlaku sekarang..kan bro?
Emm betul tu bro..kehidupan lepas kawin bagi saya memang seronok..ditambah pula anugerah seorang anak yang tidak ternilai..emm bab cerai ni susah nak cakap kan bro..hehe
memang niat nak kahwin awal tapi apakan daya heheh rezeki tak ada lagi 🙂
Emm nanti ada la rezeki tu..hehe
Zaman sekarang ramai kahwin pada umur agak lewat kerana mahu kewangan mereka kukuh sebelum berpasangan.
ada benarnya jugak..ramai jugak member2 yg belum kahwin…belum sampai seru agaknya
nak kawin awal pun mak ayah tak benarkan nak wat camne ehhe
Emm betul tu bro..bila semuanya dah kukuh, nak lalui alam berumah tangga pun selesa..hehe
Rugi woo sapa tak kawin..sapa2 yang dah kaya dengan affiliate tu, cepat2 la kawin…eh?ada ‘blogger kacak’ rasa tercabar ke? 🙂
hahahaha..dia belum datang lagi kat entri ni =)
Hahaha..nasib la kalau ada yang tercabar..hehe
banyak lagi nikmatnya berrumahtangga ni..
haha..betul tu bro..
ibu jari mesti up utk entri kali ini heeee
Terima kasih Suri..hehe
mantap betul penulisan ko nih
Ye ke?biasa2 je la bro..apa-apa pun thanks yer..hehe
sedang seronok baca, dah habis la pulak
misteri alam berumahtangga
hanya yang dah kahwin je dapat alami
hehehe…gitulah jawapan ambe jugak..payah nak cakap, jadi sesape yg belum kahwin tu, cepat2lah kawen
Hehe..betul tu bro..seronoknya kawin..hehe
nie yg rasa nak kawen nie.. 😀
Laaa bro tak kawin lagi ke?
eh bukan dah kahwin ke
Tak fikir lagi pasal nak kawin. Lagipun baru keje lpas hbs belajor…
Emm untung lah lepas belajar terus dapat kerja..hehe..nanti kena fikirkan juga tu..hehe
perkahwinan, banyak rahmatnya 😉
Emm betul tu bro..hehe
so siapa yg dah ada calon dan mampu, cepat2lah kahwin kan 😉
Emm betul tu aju..jangan tunggu lama-lama..hehe
gua memang dah tahu lama dah benda ni. kahwin memang seronok.
tahu tak sama ngn alaminya bro…hahahaha
Emm apa boleh buat kan..hahaha
Hehe..emmm betul dah tu..memang seronok..hehe
kalau camtu, cecepat la kahwin
bab akad nikah takkan boleh lupa punyalah, segala jenis peluh boleh keluar…he he
Haha..betul tu tua DH..memang suam2 sejuk peluh tu..hehe
bukan senang nak jaga rumah tangga.. makanan rohani kena jaga.. hehe.. KAHWIN salah 1 dari tiga perkara yang harus di segerakan selain solat dan kebumikan jenazah…
Emm terima kasih bro sudi kongsikan..betul kan?baik makanan rohaninya, maka bahagia yang akan kita ketemui..
kahwin memang seronok dan jaga perkahwinan itu satu cabaran besar.
Emm betul tu bro..dalam keseronokan ada kesedihannya..uhuhu
nanti nak kawin nak mintak tips dari bro la..hhaha
Ahahaha..tipsss la sangat..tak kena buat makin sayang la bro kat isteri nanti..cepat2 kawin nanti mintak la tips tu…hahahahahaha..tips anak ramai ok gak bro..
masih belum ada rezeki untuk mendirikan rumahtangga..
Laa tak kawin lagi ke?hehe..sabar2..nanti ada la jodohnya..hehe
Haaaa…. Menunggu waktu – bila aku pulak nak kahwin 🙂
Emm calon dah ada kan?apa tunggu lagi..hahaha
jom kahwin.. opss.. wahhaha
Hahahaha…panas2…adakah DT dengan IF??????
hm, membuatkan sesiapa yang membacanya hendak berkahwin secepat mungkin. Berdebar pula memikirkan, siapa yang layak untuk diri ini.
Emm ada lah tu calon-calon yang sesuai..doa jer mintak yang baik2..hehe
baru nak naik syeikh baca, dah habis..
pe2pun, kena faham bab nikah kahwin ni betul2 =)
thanks bro PK selitkan entri ambe kat sini…hihi
betul tu
kata ustaz kena tahu maksud tersurat dan tersirat ‘aku terima nikahnya’
Sama-sama..hehe..alamak sampai naik syeikh tuhh..bahaya gak artikel ni ekkk..hahahaha
Bila baca entri ni sampai habis….hehehe tetiba rasa nak kahwin la
Ehh bro tak kawin lagi ke?
Hujung tahun nie turn saya pulak untuk seronok. 🙂
Wahhh seronok la bro nanti..tahniah2..hehe
heheh memang dah simpan niat nak kahwin dah ni, tunggu calon jer
Wahh alhamdulillah..niat dah pasang..tunggu calon masuk jer yer..hehe
kalau dah mampu apa salahnya..kahwin jelah
Emm betul-betul..jangan tunggu lama-lama..hehe
Jika perkahwinan kita dalam keredhaan Allah, insyaAllah bahagia hingga hujung usia.. aminnnn 🙂
Emm betul tu kak..aminnn..hehe..terima kasih kak..hehe
bila baca ni, rasa tak sabar plak nak kahwin.. aduyaiii
Emm boleh dah tu kawin tu..kan dalam MODE bercinta dah tu..hahaha
Aku nak kahwin gak…tapi….
tapi apa bro???confius jer tu..hahaha
Baru sempurna hidup bila dah berkahwin.
Kalau tidak tak lengkap rasanya jika bersendirian…
Emm betul tu boh..lepas kawin, masalah lain pulok..jeng-jeng..haha
masalah ada di mana-mana,pandai-padailah kita berikhtiar menyelesaikannya…
Ok boh..terimo kasih banyak dehhh..hehe
samo-samo boh…semoga urusan kita dipermudahkan oleh-Nya…insyaAllah..
InsyaAllah..haha
amin…
Kerugian pada sesiapa yang tidak ingin berkahwin. Sangat seronok apabila dah berkahwin sebab ada orang disisi ketika saat susah dan senang.
Yup..betul sangat tu..hehe