Bitesize Galleta dan Baby Language

Assalamualikum dan Salam Sejahtera.

Bitesize Galleta dan Baby Language adalah dua perkara yang berbeza. Satunya tu makanan. Dan satunya lagi, DVD untuk kenali bahasa bayi. Haha. Entah la. Aku tak tahu nak tulis macam mana dah ni. Nak terangkan maksud yang ada disebalik tajuk tersebut. Entah kenapa tetiba jadi blur semacam jer. Haha.

Bitesize Galleta dan Baby Language

Bitesize Galleta

Apakah ia?

Bitesize Galleta biskut ialah biskut leper atau cookie kecil. Tapi aku panggil biskut aje. Sejujurnya, aku mengaku. Aku tak pernah rasa lagi ini biskut. Rasa sedap ke tak. Tapi kalau korang dah rasa, baguslah. Nanti raya baru nak cuba. Haha. Patutlah aku tengok, ada rakan blogger yang duk cerita kehebatanย Bitesize Galleta ni. Sehingga ke hari ni, barulah aku faham. Kenapa korang teruja sangat nak kongsikan kesedapanย Bitesize Galleta ni.

Lambat betul aku “Pick Up”.

Masih belum terlambat lagi kot untuk aku mempromosikan kehebatan biskut Galleta ni. Mesti ada rakan pembaca blog Pondok Kecil yang belum mengenali biskut ini. Kepada mereka yang ingin mengetahui maklumat lanjut berkenaan biskut ni, boleh klik banner dibawah.

Klik –> Berkenan –>> Order ONLINE

DVD Baby Language

Ataupun dalam Bahasa Melayunya ialah Bahasa Bayi, merupakan hasil kemenangan GA anjuran rakan blogger Melastik Bintang. Aku pun hairan kenapa random.org pilih pondok kecil jadi pemenangnya. Haha. Mungkin rezeki anak la tu kot. Kan?

Aku dah tengok apa yang ada dalam DVD Baby Language tu. Sangat menarik. Dan paling terbaik, aku dapat mempelajari bahasa yang selama ni aku sendiri pun tak faham. Tak tahu bayi menagis tu lapar ke, nak dukung ke, nak berjalan kat taman ke, ataupun mahukan perhatian. Haha. Tapi lepas aku tengok, aku hayati apa yang terkandung dalam DVD tu, barulah aku tahu.

Tapi apa yang aku tahu ni, tak seronok rasanya kalau tak dikongsikan dengan korang semua. Jadi, untuk itu, aku kongsikan beberapa perkataan beserta maksudnya sekali. Ye?

  1. Neh – Bayi tu lapar la.
  2. Owh – Bayi tu penat.
  3. Eh – Bayi tu nak sendawa ataupun dalam Bahasa Inggeris “Burp Me”.
  4. Heh – Bayi tu tak selesa.
  5. Eairh – Dalam Bahasa Inggeris “Lower Wind Pain”. Dalam bahasa yang aku faham pula, bayi tu kembung perut.
  6. Dah cukup la tu. Kan?

Dan setiap bunyi yang dihasilkan diterangkan juga cara untuk mengatasinya. Dan sejujurnya bagi aku, DVD ni memang terbaik. Aku baru tengok sikit jer. Nanti ada masa lapang, nak tengok sampai habis. Akhir sekali, terima kasih banyak-banyak rakan blogger Melastik Bintang. Hehe.

Bitesize Galleta dan Baby LanguageAntara part yang terdapat dalam DVD Baby Language

Ok. Aku rasa cukup panjang dah artikel ni.

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

60 thoughts on “Bitesize Galleta dan Baby Language

    1. hafizul Post author

      Emm entah la..saya belajr ni dari DVD aje..mungkin yang buat DVD ni, dia dah buat kajian kot..maklum aje la..orang puteh..hehe

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge