Blog Aku Wonderful? Betul Ke?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah. Malam ni line Celcom broadband begitu clear sekali. Sudah lama aku tak rasai kenikmatan melayari laman blog dengan kelajuan yang begitu baik sekali. Dan apa yang aku harapkan, esok lusa dan seterusnya line Celcom broadband ni akan mengekalkan prestasinya sepertimana yang ditunjukkan malam ni.

blog aku wonderful

Ya. Aku sangat-sangat mengharapkan. Dan mengharapkan simpati pada liputan Celcom 3G agar ia terus kekal laju sepertimana apa yang aku rasai malam ini. Kesempatan yang ada, aku gunakan dengan sebaik-baiknya. Alhamdulillah. Selesai juga beberapa perkara yang telah tertangguh untuk berbulan lamanya.

Dan malam ni, aku rasa bangga sekali. Kenapa?

Sebabnya ada yang puji blog aku wonderful dan suka baca artikel yang ada dalam blog Pondok Kecil. Ehh rasa macam kembang kempis aje hidung ni. Mujurlah tak melarat sampai ke bawah. Kalau tak habis lah. Haha. Kalau korang tak percaya, korang tengok buktinya kat bawah ni. Aku bukan mereka cerita. Jauh sekali nak membangga diri. Namun aku punyai bukti yang kukuh.

Nahhh…

betul ke blog aku wonderful?Ataupun sekadar gurauan manja sahaja?Aku tahu korang tak nampak kan. Klik untuk besarkan. Ye?

Emm dah banyak sangat pujian yang aku terima. Lebih kurang sama je macam ni. Kalau nak puji pun agak-agak la kan. Aku tahu yang ni bukan memuji. Aku rasa macam kena kutuk aje. Aku tahu lah blog aku tak cantik. Tak menarik. Bab penulisan pun, masih ada yang komen. Dan yang komen bab penulisan aku tu adalah dari golongan mereka yang bergelar manusia.

Bukan Spamer. Ya. Bukan spamer….

Entah la. Aku sendiri pun hairan dan pelik. Adakah ini betul-betul spam ke tak ehh? Aku nak delete komen ni pun rasa sayang. Ye la bukan selalu orang puji aku kan. Tengok la esok lusa macam mana. Kalau aku rasa nak delete, aku akan delete permanently. Kalau sayang nak buang, aku biarkan aje ia berada dalam kotak spam tu. Haha.

Ok lah. Ni jer mampu buat untuk malam ni. Banyak lagi sebenarnya kerja yang tertangguh. Emm harapnya hari esok lebih baik dari hari ini. Masih confius. Adakah blog aku wonderful ataupun ini adalah gurauan manja sahaja?Emm…

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

48 thoughts on “Blog Aku Wonderful? Betul Ke?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *