Blog Isteri Curang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Blog Isteri Curang. Satu perkataan yang teramat menusuk kalbunya. Perkataan yang aku rasa macam nak gelak sakan aje. Haha. Namun itulah hakikat yang aku harus terima. Dah tu sape yang suruh aku buat macam ni kan? Tut-tut hari ni dah dapat result yang terbaik juga la. Pertama kali dalam hidup bergelar seorang blogger dapat anugerah macam ni. Banyak-banyak blog, kenapa harus pilih blog Pondok Kecil sebagai blog isteri curang?

keyword blog isteri curangHaha. Jap aku nak gelak lagi.

Hahahaha…

Kahkahkah…

Dah..

Sedikit sebanyak jasa baik korang tu, buat aku rasa heppy untuk seketika. Berjaya juga korang buat aku tersenyum yer. Dah lama blog Pondok Kecil tak bagi aku senyuman gembira macam ni. Kali terakhir senyuman gembira tu ketika masuknya Pendapatan Keempat Dari Panduan Menjahit Baju. Lepas tu, langsung tak masuk komisen. Baik komisen Jobdirumah dan komisen dari panduan menjahit baju. Tak ke stress namanya tu?

Dan aku sikit pun tak salahkan diri sendiri. Dalam seminggu dua ni, aku ada gak rasa kecewa, marah, sedih, moody, layu tak bertempat dan sebagainya lagi. Ye la kan. Bulan 9 hari tu syok jer dapat komisen Jobdirumah. Bulan 10 ni menyepi sakan komisen Jobdirumah yer. Padahal promosi yang aku buat melebihi promosi bulan 9 hari tu. Emm maybe lah kan. Something wrong somewhere yang aku sendiri pun tak tahu pucuk pangkalnya.

Tak apalah. Aku tak kesah. Sikit pun aku tak kesah. Walaupun hakikatnya setiap hari aku akan ternanti-nantikan komisen dari program Affiliate yang aku sertai. Haha.

Aku lebih selesa macam ni. Bak kata pepatah susah-susah dahulu, senang-senang kemudian. Mungkin la kan. Rezeki aku mahal kot bulan 10 ni. Mungkin di bulan-bulan seterusnya rezeki aku akan murah. InsyaAllah. Semoga blog Pondok Kecil dikurniakan rezeki yang melimpah ruah. Aminnn.

Setahu aku lah kan, aku jenis yang setia. Kadang-kadang tu terpandang gak perempuan-perempuan hot kat tepi jalan tu. Kat kaki-kaki lima tu kan. Namun bukanlah niat aku untuk merobek kesetiaan yang dianugerahkan. Aku cuma mahu perhatikan gelagat dan telatah diorang sahaja. Mana yang buruk, aku jadikan teladan. Hidup ni macam tu lah. Ada ketika pengalaman daripada pemerhatian itu lebih mendewasakan kita.

Setahu aku, aku ni lelaki. Bergelar suami pulak tu. Langsung tak ada kaitan dengan keyword blog isteri curang. Kalau jadikan tagline blog isteri curang sebagai tagline Pondok Kecil, aku rasa tak senang duduk para suami sekalian. Hahaha. Jangan marah yer. Aku sekadar berceloteh sahaja. Hahaha.

Pondok Kecil bukan blog isteri curangNanti masukkan keyword pelik dan hot lagi yer… Hehe

Jujurlah.. Korang kaum lelaki suka tak tengok awek??? Suka kan? Hahaha.

p/s : Selamat membaca dan jangan gelak yer…

65 thoughts on “Blog Isteri Curang

  1. Pingback: Gambar Payudara Di Hisap - Pondok Kecil

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge