Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah. Seronok membaca kisah mereka yang menghadiri seminar majlis buat duit dengan blog. Macam-macam ragam korang yer. Aku tak dapat join seminar tu pun rasa seronok dengan bebelan korang semua di blog, Twitter dan Facebook. Apatah lagi korang semua yang dapat bersua muka dengan barisan panel yang hebat. Dapat bersua muka dan berbual bicara sesama rakan blogger yang selama ini mesra di blog sahaja, kini boleh bermesra di seminar pula. Hehe. Semakin kukuh ukhwah yang dibina selama ini.
Kredit : Akademi Denaihati
Macam mana dengan teknik SEO merah jambu? Ada yang menarik tak dengan teknik SEO merah jambu? Nanti ada kelapangan, korang kongsilah dekat blog korang yer. Kesiankan lah kami yang menagih dan meraih ilmu berguna dari korang semua. Hehe. Mungkin banyak lagi yang korang tahu dan korang dapat ceduk dalam seminar ni kan? Walau apa-apa pun, aku harapkan selepas ni korang berjaya menjana pendapatan melalui blog. Aku tahu semua ni ambil masa untuk jadi hebat tak terkalah seperti lelaki kacak dari banting tu.
Kredit : Lelaki kacak paling ensem – #SBDdB13
Tapi sekurang-kurangnya korang yang hadir seminar tu dah dapat ilmu serba sedikit. Kalau tak dapat tangkap 100% ilmu yang diberi, dapat 50% pun dah kira ok. Tak macam aku. Tak dapat apa-apa. Itulah kelebihan korang apabila hadir ke seminar buat duit dengan blog. Dan aku tahu untuk dapatkan ilmu sebagaimana yang korang dapat tu, amat susah dan perlukan masa. Mungkin lama, mungkin kejap. Jadi, hargailah ilmu yang korang perolehi tu dengan sebaik-baiknya.
Kalau korang rasa tak nak ilmu tu, korang simpan dan longgokkan di laman Pondok Kecil yer. Nanti ada lah yang datang mengutipnya. Siapa yang dapat pahala? Korang jugak kan. Itu pun kalau korang tak nak ilmu tu. Hehe. Terima kasih yang tak terhingga kepada rakan blogger yang sudi berkongsi ilmu semasa menyertai seminar ini. Mungkin lepas ni aku akan ketahui serba sedikit berkenaan dengan teknik SEO merah jambu. Dan harapan aku, kalau boleh aku nak tahu banyak lagi berkenaan dengan teknik SEO merah jambu tu. Banyak dan banyak lagi. Nak minta pada tuan empunya teknik SEO merah jambu, terlalu banyak kerahsiaannya. Maklumlah rahsia buat hidup kita lebih kacak.
Kredit : Bermula Seminar Buat Duit Dengan Blog #SBDdB13
Tak apalah. Apa-apa pun, usaha mesti diteruskan. Ilmu mesti digali dan terus digali. Kalau boleh nak gali sedalam yang boleh dan sedalam yang termampu. Bukan senang untuk berjaya dalam dunia blogging. Kualiti blog, kuantiti blog, traffic, rakan blogger, blogwalking dan seribu bagai lagi faktor mempengaruhi aku untuk terus berjaya dalam dunia blogging.
Kenapa aku nak berjaya dalam dunia blogging?
Sebabnya… Tiada kejayaan yang lain yang mampu mengembirakan hati aku melainkan dapat menjana pendapatan melalui blog. Terlalu indah, terlalu bermakna kejayaan yang dikecapi bersama blog Pondok Kecil. Di sini impian bermula, dan di sini juga impian itu berakhir.
p/s : Tahniah pada rakan blogger, Melastik Bintang. Bertuah sungguh yer. Tahniah. Tahniah. Hehe
yeah bro gali dalam – dalam
kan bro..kalau ada pendapatan degan blog ni mesti rasa seronok kan..rasa usaa kita selama ni da terbalas.
seronoknya mmg lain macam
nanti ramai yang kongsikan tu.. tunggu je entri dari mereka…
Rugi betul tak join, tapi apakan daya ada komitmen lain.
lepas ni, setatlah blog korang penuh dengan artikel affiliate. haha..
hahaha…dah ko cakap kena buat paling cikai pun 5…habislah lepas ni..hehe
Tapi blog pondok kecil cukup dah kot dengan komisen JDR…hahahaha…blog lain la kalau nak setat pun…hahahaha
boleh pasang lagi ni bro..
cuma mungkin kena organize elok2… =)
Emm tu la..nak kena study lebih ni biar dapat banyak mcm lelaki kacak dari banting tu..hehe
moga berjaya bro!
pssst..apa kata buat blog lagi satu?
Blog satu lagi dah ada bro..cuma bersawang sebab tak sempat nak update…hahaha
Seminar semalam memang banyak input yg dikutip, antara nak cuba dengan tak aje..
Nanti MJ refer nota balik ye PK ;D
Orait…terima kasih MJ..hehe..nanti kongsikan dalam blog yer..
InsyaAllah nanti ada tu bro, pendapatan dari blog.. bila sampai masa.. mencurah2 macam hujan.. heee.. yg penting kena bersabar dan terus berusaha… 😀
Terima kasih bro..insyaAllah itulah yang saya harapkan..bukan senang nak mencurah-curah mcm hujan tu kan?terima kasih bro..hehe
InsyaAllah…..di mana ada usaha, di situ ada kejayaan. Yang penting kita berusaha sedaya-upaya dan tidak malas dalam setiap kerja yang kita lakukan. Balasannya rezeki yang melimpah ruah.
Terima kasih areep..usaha dan tawakal adalah pintu kejayaan..kalau malas semua kerja pun tak jadi..hehe..terima kasih berikan saya semangat untuk terus berjaya dalam dunia blogging..hehe
untung blogger semenanjung.. senang nak join event mcm ni..
Emm untung kan?tapi ada gak yang rugi..like me..hahaha
me too..hehhee
untunglah menang cabutan bertuah, takpelah janji dapat ilmu sikit oklah kan, titan tu rupanya kelakar la hahaha
Emm ye ke aju?kelakar ekk…wahhh rasa excited nihhhh nak jump En Titan..gelak sakan kalau dapat bersua muka…hahaha
Byk mana kita dapat satu hal..tp yg penting byk mana kita usaha utk dapatkan hasil…itu hal paling besar…betul tak bro PK?
Wahhh menarik arr statement deme nih..bagi saya semangat yang padu untuk terus mencari gali ilmu yang tidak terbatas ni..saya setuju dengan kata-kata deme nih..terima kasih banyak2..hehe
terima kasih kembali boh..ambe main tulih jer sbb ambe pernah dengor lebih kurang gitulah
ilmu byk kalu kita dok amal..dok paka rawa jugok…baik ilmu sikit, tp kita konsisten beramal…gitulah lebih kurang
ambepun peringat diri ambe jugok ni…. =)
Haha..betul dah tu bro..terima kasih kasi pendapat yang bernas untuk ambe..hehe
bernas..cam cap padi plak…hehe
ramai yang dah kongsikan…semoga bro pun dapat manfaatnyalah yer.
Terima kasih tuan..dalam FB gruop denaihati banyak ilmu dari seminar terhidang disitu..hehe..
Saya salah seorang peserta seminar. Amat menghargai ilmu affiliates yang dikongsi oleh bro Titan.
affiliates bagus di sedut heee…klu tak mmg rugi
Emm mesti banyak ilmu yang bro perolehikan..tahniah sebab berjaya dapatkan ilmu dari En Titan yang kacak tu…hehe
bro AB dah mula beramal…kita bila lagi?
Emm entah la bro…kadang2 naik jemu gak bila ingt nk buat menda ni..entah mungkin belum terdetik dihati lagi kot…hahahaha
segak bergayalah bro Titan…:)
Emm memang doh..lelaki kacak dari banting kan tuhhh..hehe
x dpt pergi jg, suka baca pengalaman blogger yg pergi tu…
Emm sama lah..syukur mereka berkongsi seba sedikit..hehe
Kawe ingatkan demo pergi bro. Kawe nak pergi tapi member tak nak pergi pulak.
Haha..kawe nok g guano…anok bini ni sayang jugok nok tinggal..hahahahaha…tak apo lah..lain kali keadaan mengizinkan kiter pegi lah..hehe
memang rasa jeles bila baca kisah diorang pegi seminar denaihati tu
Tapi apa boleh buat..dah keadaan tidak mengizinkan..bersyukur sgt sebab diorang sudi kongsikan ilmu dengan saya yang tak pergi nih..hehe
ada masa pegi tak der masa lain kalin blh pergi 🙂 jangan sedih2
Hehe..terima kasih Suri..
Sebuah seminar yang bagus dan banyak info berguna.harap PondokKecil dapat join lepas ni..
InsyaAllah kalau ada keizinan saya pun nak join sekali..hehe
aku ada share sikit apa yang dapat masa seminar hari tu. boleh lah baca kat blog aku
Hehe..ok nanti saya singgah..terima kasih bro…
siap ada video lagi…mmg terbaiklah bro wan!
ciktom attend jgk sminar ni aritu..seronok..hehe
Emm ye ke cik tom?wahhh seronoknya..hehe..mesti banyak cik tom dapat ilmu..hehe
tp cik tom pandai menyorok…kalau tak, dah ramai yg pakat berebut nak amik gambar ciktom
Setuju dengan kata-kata ini…hahahahaha
Mari kita terus semangat dalam berblog semoga mimpi menjadi kenyataan