Buffet Ramadhan Casa Ombak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Contest Duit Raya – Buffet Ramadhan Casa Ombak @ Jalan Damai KL.

Alhamdulillah. Hari ini berpeluang untuk menulis dan menerbitkan sebuah artikel sebagaimana tajuk yang tertera di atas. Walaupun jarak menjadi pemisah antara aku dan Kota Raya Kuala Lumpur, namun ia bukanlah alasan yang ketara untuk aku tidak mencuba apa yang menarik yang dihidangkan di Buffet Ramadhan Casa Ombak tersebut. Betul tak?

Buffet Ramadhan Casa Ombak

Ahad, 15 Ramadan 1435h, pertengahan bulan Ramadan. Sedar atau tidak, sekejapnya masa berlalu. Sepanjang tempoh tersebut, banyak juga promosi yang aku nampak dan juga yang pernah dibaca tentang hidangan Buffet Ramadan. Sana-sini heboh memperkatakan kehebatan hidangan masing-masing. Ada diskaun dan dapat kupon makan percuma selama seminggu, dan pelbagai lagi teknik promosi yang cuba dilakukan.

Akan tetapi, dalam keseronokan kita (pelanggan) memilih tempat berbuka, jangan sesekali kita terleka. Sila pastikan kedai tersebut mempunyai sijil HALAL sebelum menikmati juadah yang disediakan.

Dan salah satu hidangan berbuka yang harus dikunjungi di sepanjang bulan Ramadan ialah Buffet Ramadhan Casa Ombak  di Jalan Damai KL.

” Of Couser, HALAL… “

Casa Ombak banglo

Halal itu bermula dari aspek penyediaan makanan sehinggalah makanan tersebut dihidangkan diatas meja. Kalau tidak halal, tak kan korang (beragama Islam) syok sangat mempromosikan Buffet Ramadhan Casa Ombak. Tidak mungkin juga pihak terlibat (beragama Islam) sanggup menghabiskan puluhan ringgit semata-mata untuk mempromosikan hidangan berbuka puasa ni.

Ok. Sebelum meneruskan artikel yang menarik ni, apa kata kita kenali dulu Casa Ombak punya latar belakang. Mana tahu nantinya bertambah yakin nafsu makan korang semua. Betul kan?

A – Latar Belakang Casa Ombak & Ombak Creative

Casa Ombak itu lokasinya. Beralamat di Casa Ombak Banglo, No. 22 Jalan Damai Off, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Casa Ombak dibangunkan dengan citarasa dan kongsep ala garden yang mana kongsep seperti ini mampu mencetuskan kelainan dihati pengunjung. Salah satu kongsep yang mampu menarik perhatian aku untuk singgah lagi dan lagi dan lagi. Manakala makanan di tempat itu pula dihidangkan oleh team Ombak Creative.

Korang nak buat tempahan pun boleh. Rujuk maklumat di bawah :

Call/Whatsapp : Akma Omar 013- 2680001
Tel : 03 21818750
Call/Whatsapp : 013 624 1417
Call/Whatsapp : 012 662 1062
Facebook page : Ombak Creative
Website: www.OmbakCreatives.com

Bukan tertumpu kepada hidangan semasa bulan Ramadan sahaja malah team Ombak Creative ada keunikannya tersendiri.

Kami menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada bakal pengantin dari penjagaan diri, persiapan perkahwinan, catering & canopy, lokasi perkahwinan dan bermacam macam lagi dibawah satu bumbung.Ombak Creative

Casa Ombak Casa Creative

Okeh… Cun habis haaa…
Sekadar Gambar Hiasan – Kredit : Ombak Creative

Ok. Serba sedikit infomasi yang dapat dikongsikan dengan korang semua. Sekiranya ada yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut, boleh layari laman web sebagaimana yang tertera di atas.

B – Promosi Hebat Buffet Ramadhan Casa Ombak

Di bulan Ramadan yang mulia ini, pihak yang terlibat telah menerapkan kongsep Buffet Ramadhan Ala Kampung. Pendekatan yang diambil oleh pihak terlibat amat bersesuaian dan menepati citarasa pengunjung. Ini kerana lokasinya di tengah pusat bandaraya, dihidangkan pula dengan lauk pauk ala kampung yang jarang-jarang sangat jumpa, menjadikan Buffet Ramadhan Casa Ombak unik dan lain dari yang lain.

” Bagus la menu Buffet Ramadan Casa Ombak ni… Dapat makan Nasi Kerabu… Perghhh rasanya macam aku sekarang duk kat kampung… “

Dialog sebegini sudah pastinya akan diluahkan oleh pelanggan yang telah mencuba keenakan menu berbuka puasa di sini.

Ombak Creative hidangan ala kampung

Favourite kami sekeluarga… Digaul rata dengan sambal belacan, pasti menggoda selera….

Manakala dari segi harganya pula, pihak yang terlibat telah menawarkan harga yang sangat berpatutan. Sesuai dengan taraf hidup di ibu kota.

Buffet Ramadhan Casa Ombak

Buffet Ramadhan Casa Ombak

Kalau aku kata, korang mesti tak percaya. Nahhh buktinya…

3 – Lagi perkara yang menarik yang ada di sini :

1. Aneka juadah makanan dan kuih muih disediakan. Aku suka layanan penjual yang ramah tamah serta sopan santun percakapannya.

Buffet Ramadhan Casa Ombak

2. Ruang makan luas dan selesa.

ruang makan casa ombak

Ditambah pula dengan color hijau macam ni. Mendamaikan rasanya.

3. Disediakan juga tempat solat. Makan sikit, pergi solat. Lepas tu barulah sambung makan dengan sepuas hatinya.
4. Lokasi yang strategik. Tak banyak simpang siur dan liku-liku tajam yang terpaksa ditempuhi.
5. Orang lain yang pergi duk kata makanan kat sini sedap-sedap belaka. Jadi, kenapa korang tiada rasa cemburu? Bila lagi korang nak rasai kenakan juadah berbuka di sini kalau bukan hari ini?
6. Dah cukup 6 perkara ni. Selebihnya, boleh tanya dengan Encik Google. Baik dari menunya, kelazatannya, dan semuanya sudah diterangkan dengan jelas dan nyata. Haha.

4 – Penambahbaikan yang aku rasa perlu

Walaupun pengalaman menikmati Buffet Ramadhan Casa Ombak diperolehi melalui pembacaan sahaja, namun aku rasa perlu dinyatakan serba sedikit tentang penambahbaikan yang aku rasa perlu. Semuanya adalah untuk kemajuan bisnes Casa Ombak juga.

Antara penambahbaikan yang dirasakan perlu :

  1. Pelbagaikan kongsep menu. Rata-rata yang aku jumpa, semua duk cerita ala kampung sahaja. Tak ada ala moden ataupun ala kadar. Jadi, aku rasa kepelbagaian ‘Kongsep’ ini perlu.
  2. Boleh letakkan satu kumpulan penari tango ataupun sekadar alunan muzik yang lembut dan membelah jiwa. Semuanya adalah untuk menambahkan lagi keunikan dan suasana ketika menjamu selera.
  3. Kuih muih ataupun juadah dibukus kemas dan ditutup rapi. salah satu etika kebersihan dapat di lihat di sini. Lebih menarik sekiranya dilabelkan sekali nama menu tersebut. Ada yang dah dilabelkan. Ada yang tak. Maklumla. Kalau pelanggan macam saya ni, sekali sekala nak rasa juga menu yang namanya pelik ni. Walaupun rupa luaran sama dengan karipap, tapi dilabelkan dengan nama lain, aku jamin. Ramai yang nak mencuba nama menu yang pelik lagi ajaib tu. Haha.
  4. Jong masak tu, kalau boleh pekena topi macam chef masak kat hotel tu. Tak tinggi pun tak ada. Baru nampak profesional sikit. Keyakinan pelanggan pun membuak-buak. Selera lagi la. Semakin menganga-nganga.
  5. Dah cukup dah. Kan banyak-banyak nanti korang cakap aku lebih-lebih pula.

Haha.

Ok. Semua penambahbaikan yang tersenarai ni, ia adalah hasil pemerhatian aku semata-mata. Sekiranya ada yang salah, harap diperbetulkan. Dan sekiranya ada pihak yang terasa hati dengan artikel ini, salam kemaafan dihulurkan. Cuma satu sahaja harapan aku. Jika ada yang sudi membaca artikel ini, dia tersenyum gembira. Selepas tu, dengan segera kaki melangkah untuk menjamu selera dengan juadah berbuka yang ada di sini. InsyaAllah.

Akhir sekali…

Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.com, Inspired Magazine, Profhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD

p/s : Selamat membaca dan doakan aku berjaya dalam contest hebat ni. Haha.

25 thoughts on “Buffet Ramadhan Casa Ombak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge