Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pernah tak korang rasa jemu dalam pekerjaan korang? Pernah tak korang rasa korang nak brenti kerja dan mulakan hidup baru sebagai full time blogger? Pernah tak korang simpan angan-angan untuk jadi selesa macam kehidupan Abang Ensem? Pernah tak dalam hidup korang, korang jadi yang terbaik untuk si dia? Sampai si dia sanggup menghadiahkan seorang isteri untuk dijadikan madunya? Walau apa pun jawapannya, korang tepuk dada tanya selera sendiri. Dan jangan lupa untuk berusaha bagi mendapatkan segala yang di impikan.
Rezeki memang sukar untuk di duga. Kekadang ada, kekadang tak ada. Macam chipsmore. Kejap ada, kejap tak ada. Selama beberapa hari hati aku terusik dek kekasih hati, Alexa buat hal, kelmarin luka tu bagaikan terubat. Selama-lamanya. Kerana satu bungkusan, ia mampu menjadikan penawar luka dihati. Terima kasih pada yang memberi. Sesuai dengan tagline nya iaitu hidup untuk memberi. Murah rezki aku awal bulan ni. Aminnn.
Mula-mula aku lihat sampul ni, terdetik juga dihati. Bungkusan apa ni, cam pelik jer. Bila pegang jer bungkusan ni, aku dah dapat agak 100%. Ni mesti baju. Wahhh tersenyum lebar untuk seketika.

Baju ni aku dapat disebabkan oleh contest Denaihati hari tu. Contest untuk meneka siapakah juara Euro 2012. Kalau dah rezeki aku ada, tak kan kemananya. Hehe. Suka sangat bila dapat hadiah macam ni dai blogger yang terkenal macam tu. Wow. Kembang kempis lubang hidung aku. Macam dapat hadiah wang Tunai RM 100,000 dari Red FM. Semoga rezeki blog denaihati makin mencurah-curah dan makin bertambah-tambah.
Semalam semasa mengarang entri ni, sempat juga usik-usik isteri yang sedang leka menyiapkan baju pelanggan. Ternyata permintaan untuk sulaman tangan ini masih relevan dan masih mendapat perhatian masyarakat lagi. Berbagai ragam dan kehendak pelanggan yang terpaksa dipenuhi. Maklum la dalam berniaga ni kena la pakai istilah “Costumer First, Costumer Always aright” dan segala macam lagi ayat untuk menjaga hati pelanggan.

p/s : Ada orang call. Nak jumpa. Urgent. So, aku stop kat sini dulu. Sory. Korang minat tak nak buat cupcake dengan tema 1Malaysia & menangi hadiah sehingga RM100,000!
ehhhh serupalah, tahniah jg dari auc π
terima kasih..hehe..tu la..suka sgt dapat hadiah ni..hehehehehe
tahniah..saya dah ada 2 pasang baju ni..hehe
emm betul ke??hehe..sy first time dapat memang happy giler..haha
wahhhh !!< best nye dpt baju, nak gak !
hehe..jeles ke??tak pe…rajin2 la usha contest denaihati tu..hehe
Tahniah tuan….
Sulaman tangan akan sentiasa dapat sambutan sebab kualitinya lebih baik dan yang pasti ianya satu seni dan bakat yang tidak semua orang ada dan boleh buat…
hehe..tu la pasal..tapi nak boleh ke siap selai baju tu, memang lenguh tulang punggung..hehe
wahhhh seronoknya dapat hadiah ya…
nak jugak ker hadiah isteri dari isteri tercinta π
kalau si dia tak kisah, apa salahnya…muahahaha..tapi tak leh jugak sebab tak mampu nak pikul tgjawab tu nanti..kan tak pasal2 kena soal esok2..takut ahhh
wah dapat hadiah baju tu..best2
Hehe..best sgt bu..hehe
tahniah bro…pasukan ambe kalah…tp wife ambe dah dapat baju ni…lehla tumpang…hehe
haha..wife demo undi sepanyol jugok ke??tak apa leh tumpang merasa..hehe
amik la gamba time pakai. =)
emmm rasa syg man nak pakai..nak letak kat dinding jah..hehe
Perhh,,lawa baju tu. Tahniah kerana dapat baju dari DH
hehe..memang comel..terima kasih bro…
Sedap doh wase dapat hadioh tu…memang kelah demo…
Hahaha..nasib jah heh..kalau sepanyol kaloh tak leh jugok pun..hehe
apa-apa pun at least ada jugok sesuatu dari blogging…
wahh..semua orang dapat maa…bestnya korang.
emm best la jugak sebab first time dapat..hehe
hehe…ada jugak yg dapat buat jeleskan titan…hohohoo
Hehe..jeles main2 jer kot..bukan jeles betul2..kan en titan..hahaha
Sulaman yang menarik.
Terima kasih abang ensem..hehe
tahniah…dpt baju cantek… hehe
pandainye isteri menyulam… tangan sy ekras, tak mampu buat keje2 keperempuanan.. hehehhe
emm terima kasih..baju ni memang cantik dan simple..masih tak pakai lagi dan rasa syg nak pakai..sebab nak dapat ntah bila pulak..hehe
Tahniah , sy ada baju denaihati tp tk muat hehehe ..
nak kasi org sayang pula , cantik sulaman tangan wife tu
Hehehe..cantik ke??terima kasih puanbee..emm bak sini la baju tu..syg buang tepi dulu..haha
sulaman tangan? saya pernah ikut kursus jahitan dan sulaman tangan, siyes saya cakap nak sulam menyulam memang susah… perlu teliti dan kesabaran, sebab tu saya lebih suka sulam menggunakan mesin penyulam π
BTW tahniah sebab dapat baju daripada denaihati..
Hehe..terima kasih mama murai..memang betul dah tu…perlu ketelitian..sy pernah juga belajar..seminggu jer boleh bertahan..lepas tu surrender..haha
tahniah! anda salah seorang pemenang GA blog ciktom; http://www.ciktom.com/senarai-pemenang-giveaways-kedua-dari-blog-cik-tom/
Muahahahahahahahaha…gembiranya hati sy cik tom…Alhamdulillah..Rezeki2…Terima kasih cik tom…
alhamdulillah, dah sampai dgn selamat. sulaman sentiasa ada pasaran luas dr dulu n sekarang.
Hehe..terima kasih denaihati atas hadiah tu..emm tu la..ingtkan sulaman tangan ni dah kurang permintaan sekarang ni..rupanya masih mendapat perhatian masyarakat lagi..hehe
tahniah bro..leh tahan cntik t-shirt tu.. π
Hehe..terima kasih bro..rezeki kan dapat baju cantik mcm ni..hehe
tahniah der..terbaik laa