Cakap Tak Serupa Bikin???

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

“Ok. I cakap tak serupa bikin la…”

“Habis… U punya bikin cakap sama dengan I ka???”

“Bla… Bla… Blahhh la wei…”

Sekadar renungan...
Sekadar renungan…

Macam-macam hal manusia atas dunia ni kan. Ada anak, diderakan. Dapat baby, dikeratkan-keratkan. Disumbat-sumbat dalam lubang jamban. Apa jenis manusia la korang ni kan.

Oooooooo hoiii…

Masa main sumbat-sumbat, bukan main seronok korang yer. Bila dah berjaya JARINGKAN 1 GOL, dah berjaya membuahkan hasil, korang buang macam tu aje. Of course korang memang jahil bab Agama kan?

Bulan puasa, aku bukan nak tunjuk baik sangat pun. Aku dulu pun jahat gak. Pernah buat salah. Pernah buat silap. Pernah tumbuk itu dada kepunyaan perempuan. Siapa suruh main pensel yang mak aku hadiahkan.

Sampai patah terbelah dua. Ganas permainan korang kan. Habis tu? Macam mana aku nak kasi sabar banyak-banyak. Padan muka korang. Makanlah penumbuk sulong yang tak berapa nak sedap tu.

Itu cerita 24 tahun yang lepas. Tetapi masih segar dalam ingatan.

Dan sekali lagi, aku rasa macam nak huluq satu penumbuk bongsu. Kat dada-dada pempuan dan juga laki-laki. Mereka ni memang pandai makan tapi malas nak simpan. Masa makan bukan main gelojoh lagi. Adab-adab makan memang tolak ke tepi. Lepas tu, korang santap dengan selera sekali.

Dasyat….

Tapi aku sedar. Siapalah aku nak bagi korang ceramah agama. Nak bagi korang nasihat kearah kebaikan. Kan?

Last-last aku juga yang kena sembur…

“Cis… Cakap tak serupa bikin…”

Kan? Aku dah cukup tersentap hati dengan kata-kata lembut korang ni. Aku cakap elok-elok. Nak kasi kesedaran. Tapi apa yang aku dapat? Kata-kata itu jugalah yang aku hadapkan.

Aku tahu. Sangat-sangat. Sekurang-kurangnya aku dah laksanakan satu tanggungjawab sebagai khalifah dimuka bumi ni.

Kalau korang rasa itu nasihat untuk korang berubah menjadi manusia yang selayaknya digelar manusia, korang fikirkan balik kata-kata aku tu. Tapi kalau korang anggap itu sampah, korang buanglah ia ke dalam bekas yang sepatutnya.

Boleh?

Ofkos U must do like this....
Ofkos U must do like this….

p/s : Selamat membaca dan semoga terhibur hendaknya.

32 thoughts on “Cakap Tak Serupa Bikin???”

  1. Nak nasihat tak perlu kena ada title ustaz ustazah pun..semua orang boleh nasihat, sebab kita nak yang baik2, lepas tu lepaslah tanggungjawab kita.

    takpa,di padang ‘besar’ nanti adalah budak kecik datang minta balik haknya.

    1. Maksudnya??? Tang speaking ni tak berapa lancar lah mana.. Tak sempat nak khatam.. Cikgu balik Oversea.. Tungu punya tunggu, tak datang-datang…Hahahaha…

  2. hahhahaha….
    memang cakap tak serupa bikin..buat orang panas saja…
    tapi itu adalah lumrah kehidupan manusia zaman sekarang.. pikir nak seronok saja.. tak pernah pikir panjang.. Iman kalu tak kuat itu lah jadinya.. cepat goyah dan tumbang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *